Monday, July 27, 2009
just nice and complicated

Hey all,

First, tadi our class gabung dengan kelas 3 Dedikasi. At first, kitaorang sepatutnya belajar dekat Bengkel Paip but nasib baik God sayang kitaorang and kitaorang dapat Bilik Serbaguna instead. Alhamdulillah. Much much more better than the Bengkel Paip. 3 Amanah and 3 Cemerlang dekat Bilik Pameran. And hey, kitaorang belajar dengan selesa dengan kerusi dan meja but diorang belajar atas lantai. Tapi, diorang ada aircond. Ok, whatever.

Second, tadi ada suntikan and it was not Rubella. Tah apa benda tah nama dia aku pun dah lupa. Woahhh, gila scary. (Btw, tangan aku masih berdenyut saat aku tulis benda ni.). At first takdelah sakit mana tapi bila jarum tu start masuk aku dah rasa lain. Ada sorang nurse ni asyik kata "Jangan bergerak nanti jarum patah and what so ever." Aku memang dah gabra. Aku tak berani nak pandang jarum tu. And then, masukkkkk! Masa jarum tu masuk takdelah sakit sangat but masa dia nak tarik jarum keluar tu memang nightmare betul. Dah lah ada bius dengan ubat dia.Lepas tu aku punya otot bahu start rasa kejang and lenguh. Memang seriously lenguh la. Agak pedih pada mulanya tapi takdelah sangat. Nasib baik darah yang keluar sikit je. Alia punya seriously banyak gila sampai satu kapas pun tak cukup. Terbeliak mata aku tengok kapas Alia.

Atie tak datang sekolah hari ni. Congratulations Nur Izzatie Shaharuddin. Kau dan masuk Interact sekarang ni. Tah-ni-ah. (Macam Ustazah I. sebut).

Today we had so much fun kenakan each other. Tapi aku nak bagi warning awal-awal kat korang. Don't ever mess with Alia Natasha. Kau mess dengan dia sikit, dia mess ngan korang tiga kali ganda lagi teruk. Haha. Loco time with my friends tadi. Salah aku jugak, cari pasal lagi. Padan muka. Sorang-sorang kena kutuk. Sorang-sorang dikenakan. Hehehe. I am so dead kalau dia betul-betul datang esok. Haiyaaaaa. (Risau ni.)

Guess what, Miss AAA bagi aku ceramah free pasal 'love'. Alhamdulillah, minda Miss AAA dah terbuka sedikit demi sedikit. Macam Lizzie kata, sejak Miss AAA pakai cermin mata, dia nampak macam orang tua yang matured. Haha. ORANG TUA. No lah darl, you look great. I'm just kidding. Haha. Seriously she looked like a doctor.

xoxo,
Fatin.

p/s :
Bahu aku (tempat injection) dah jadi besar macam jambu batu dah. Erk, maksud aku, bengkak. Bagus gila Lizzie pergi pukul tangan aku banyak kali and Leya pulak pukul aku jugak. Dah tau tempat injection kat situ lagi nak pukul. Eh, apa cite pukul dengan tangan? Kenapa tak pukul dengan kayu sofball ke raket badminton ke? Barulah sedap sampai ke tulang sum sum. Aku dah kata jangan usik tangan aku lagi banyak kali dorang pukul. Tak dengar cakap betul. Hisy.. Budak-budak ni. Aku ada special poem yang aku cilok untuk dorang :

Ada ubi ada batas,
Ada hari,
AKU BALAS!
WAWAWA!
Tunggulah korang, sesungguhnya doa orang yang teraiaya bakal termakbul.
Amin
=p

Labels:


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram