Wednesday, August 26, 2009
Me in The Kitchen?

Hey readers.

Sekarang ni kan bulan mulia, Ramadan. Jadi aku pun yang kadang-kadang je masuk dapur, terus offer diri tolong nenek masak. Nak cakap masak tu takde lah sangat but for sure aku tolong. Kadang-kadang tak tolong masak tapi tolong buat kuih. Cool kan? Aku dah belajar sikit-sikit nak buat kuih tradisional. Bangga gila kot. Seriously la, kuih tu jadi and satu family puji. *bangga bangga*.

So hari pertama puasa kitaorang tak buat kuih apa-apa. Just beli from Bazar Ramadan je. Hari kedua, buat kuih hijau gulung tu. Erm, sorry aku tak tau apa nama dia. Tapi en, dia hijau, gulung and ada inti kelapa dekat dalam dia tu. (Kalau Pn. Norizah baca ni, kantoi aku. Buat penat je dia ajar topik Kuih Tempatan dalam KH tapi aku still tak tau lagi. Haha, budak bandar lah katakan...) Aku buat tau, jangan main-main. Daripada inti sampai lah nak gulung kuih tu.

Third day puasa, buat kuih gula melaka. Again, yang hijau bulat-bulat kecik tu tapi ada kelapa dekat luar and gula melaka dekat dalam. Ok, honestly, aku tak tau nama dia apa. Kuih gula melaka kan nama dia? Ke onde-onde eh? Not sure la!

So, semalam, hari keempat puasa, aku buat popia pulak. Woah, best wo main tepung. Haha, just kidding. Tapi yang ni, nenek sendiri puji. Woah! Kembang kempis hidung. (sambil senyum meleret). Tapi satu je slack, ada kuah popia tu cair sangat. Aku pergi tambah air banyak gila. Tapi takpelah, still sedap kan? Haha.

So today!!!!!! Aku buat roti jala. Tiba-tiba pulak teringin nak makan kuih ni so tanya nenek. Nenek kata dia tau buat, so apa lagi, on lah. Tiba-tiba pulak tengah buat kuih, teringat pulak nak update blog. Tu yang bersemangat ambik camera tu. Haha. Masa tengah tangkap gambar tu kena sound jugak dengan nenek coz lupa still ada roti jala atas kuali. Nasib baik Nisa back up. Kalau tak, memang hangus! Roti jala ni seriously special sikit sebab selalunya dilipat dalam bentuk gulung kan? Tapi ini, Roti Jala Ala Fatin dilipat segi tiga. Tak percaya? Tengok.




Tapi seriously lah, thanks to Ramadan tahun ni yang buatkan aku masuk dapur. Esok, ingat nak buat kuih lapis pulak. OMG! Sedapnya! Oklah, nak tolong hidang lauk and tolong nenek dekat dapur. Kejap lagi nak buka dah.

p/s : thanks nina for the awesome novels!

xoxo,

Labels:


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram