Monday, September 14, 2009
Cockroach!

Hello readers,

OMG. I HATE COCKROACHES more than words! Seriously oh. Dah beberapa hari ni, aku jadi pembunuh lipas yang tak bertauliah. They are everywhere. Aku keluar pergi bazaar, masa nak balik tu, ada seekor lari terkedek-kedek sebelah kereta. Kedebangboom! Dah penyek kena pijak dek selipar jepun aku. Haha. *Evil laugh*.

And then, masa dekat sekolah hari tu aku pergi toilet. Tengah basuh tangan and aku realise ada lipas terbang tu. Terkejut aku tengok dia terbang gaya bebas. Selamba je. Macam flying fox pun ada jugak. Haha. Aku dengan berani, kononnya nak simbah dengan air sebab memang aku benci dekat lipas since kecik lagi. Tengok-tengok si flying fox eh silap, flying cockroach ni pergi terbang dekat aku. Betul-betul atas tudung aku. Hmm, apa lagi, menjerit tak ingat dunia la. Nasib baik takde sesapa, kalau tak, malu gila! (Nasib baik kain and kasut aku tak basah coz air tu hampir nak terpercik dekat aku, tapi sempat elak.)

Hah, lepas tu tolong nenek buang sampah dekat luar pulak. Kali ni ada 2 ekor. Couple. Eh, takdelah. Ada bapak dia (besar weyh) ngan anak dia (kecik weyh). Haha. Aku tak buat apa-apa pergi amik Ridsect dalam stor. Aku lari pergi sembur banyak-banyak dekat lipas-lipas tu. Tercici-cicit dorang lari. haha. Aku kononnya dah nak menang lah ni. Tengok-tengok, dorang tak mati tapi lagi hyper. Mabuk pun tak. Aku geram lagi, aku amik penyapu lidi and terbantai-bantai lipas tu. Terlambung-lambung badan dia. Bapak dia gila tak patut, pergi lari tinggalkan anak dia. Tapi tak apa, aku spray lagi Ridsect tu. Menggelupur bapak dia (anak dah mati). Yes, mati jugak lipas-lipas ni. Aku punyalah hyper pergi terlompat-lompat macam orang sakit dekat luar. Kebetulan pulak security guard lalu dengan motor dia, pelik tengok aku. Tiba-tiba dia stop and tanya. "Awak okay ke?". Aku terus terdiam pastu angguk and lari masuk rumah terus. Malu gilaaaaa!

Hohohoho. And then ingat lagi satu kes. Masa duty. Aku, Yuen Ping dengan Syara pergi duty kat gate canteen. Guess what ada lipas keluar daripada longkang. Yuen Ping dengan Syara dah obviously gabra. Aku pun sebenarnya. Pastu ada nenek dia keluar daripada timbunan daun-daun kering pulak. Lepas tu kitaorang buat macam-macam suruh lipas tu pergi. Macam-macam lah, tak payah tanya macam mana. Lawak gila. Nasib baik, dia pergi jugak.

Ok, sekarang aku teringat lipas mati yang dihurung dengan berpuluh-puluh semut api. Ahhh! Tak suka! Tak suka (macam dalam iklan cat dengan kuman tu!)

p/s :
Dekat sekolah tadi ada exam Agama untuk 2nd TRIAL. Seriously aku tak ready. Patutlah dari semalam instinct aku suruh study Agama. Mengejut kot. Hari ni ada exam right after rehat, baru masa rehat ustazah bagi tau. Nasib baik tak terkejut kot.

xoxo,

Labels:


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram