Friday, October 30, 2009
Speechless

Hello readers,

Thursday 29th of October 2009 memang buat aku pening kepala, rasa seram, sejuk, menggigil tak ingat dunia, gelak macam orang gila, sedih sangat and macam-macam. Mood tak menentu. But now, aku akan cerita pasal seram sejuk and menggigil ni.

You know, after PMR, memang takde benda nak buat. Pergi sekolah, tengok movie dalam Bilik Pameran and terpaksa libatkan diri dalam aktiviti yang sekolah aturkan, memang boring. Liveless kot. Hari-hari benda yang sama kena ulang ulang dan ulang. (Aku rasa, dah boleh agak dah apa benda yang cikgu nak cakap hari-hari) Tapi sebagai seorang murid yang baik, aku datang jugak sekolah. Heh, actually aku nak kekalkan record bersih after PMR. Hey, aku tak pernah lagi tak datang sekolah after PMR tau. Bagus kan? ;D

So yesterday, instead of watching movie, pihak sekolah jemput Ustazah and Ustaz from Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. For what agaknya? Hah, sebabnya, diorang bagi kitaorang ceramah pasal JENAZAH. Everything yang kitaorang dah belajar dalam silibus, kena belajar dan diterangkan lagi sekali.

Before recess, diorang just bagi Presentation je. Tapi yang bestnya after recess, siap ada demo macam mana nak kapankan mayat semua benda. We were separated to 2 groups. Satu lelaki dengan satu perempuan. Khatijah and Fikri from 3 Solihin jadi 'jenazah'. I mean, jenazah yang hidup. Konon-kononnya lah. Kain kapan semua benda kitaorang potong sendiri. Ustazah tu bawak semua benda, again, semua benda, the complete set untuk benda-benda ni. Memang masa tu satu surau bau macam bau... You know.. Dah cukup nak buat aku punya bulu roma meremang.

Dengan perempuan, lepas dah buat 5 lapisan kain (baju, tudung, kain, and 2 alas) untuk demo kapan. Memang siap ikat semua benda lah. Kain semua complete. Nampak muka Khadijah je. Yang lain semua dah siap kena 'ikat'. Memang betul, tangan dah siap kiai, kaki, dah siap ikat. Weyh, memang macam real. Dahlah aku duduk betul-betul dekat kaki Khatijah kot. Aku tolong ukur tempat nak letak kain kapan pun tangan dah menggigil. hmmm, lepas tu Ustazah tu boleh pulak cakap, semua kain dan benda yang kitaorang guna hari ni, akan digunakan pada jenazah yang betul-betul. Mana tak seramnya. Kan? Tak dapat eden nak bayangkan.

Ustazah tu siap pas semua benda. ( Kapur barus etc etc. ) For girls, kitaorang taknak tabur semua 'ingredients' tu sebab takut bau dia. yelah, kan bau tu bakal tahan lama. Tak sanggup kot. Tapi guess what, lelaki punya group memang tabur betul-betul. Poor Fikri. Lalu dekat sebelah dia, bau.... mengancam kot. Rasa macam real. Satu surau kompleks Seri Bintang tu, bau kuat gila.

xoxo,
fatin hanani adnan.

Labels:


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram