Monday, October 12, 2009
When She Starts Blogging...

Helllooooo!

Ohmygod. Lama gila tak update. Busy lah katakan. Ehem, ehem actually PMR belum habis lagi. Esok last day. Aku tak boleh tahan nak tekan keyboard ni. Rindu lah plak. Haha. So, post aku yang pasal 'I'll be back after pmr', tu abaikan je okay?

I just don't want to talk about PMR. Tapi kan, aku suka PMR week! Best gila. Haha ;). Lama tak blogging, aku sebenarnya ada banyak gila benda nak tulis. Semua ada. Sakit hati, tension, frust, happy, hyper. Cukup rasa. (Macam iklan Maggie Cukup Rasa lah pulak.)

Just imagine, sebab nak tau pasal something, ada budak dekat sekolah aku ni sanggup SPY aku. Sebab dengar rumors yang tak betul tu, kawan aku pun kena SPY jugak. WTH? Apasal sampai nak spy-spy orang ni? Takde kerja lain ke nak buat? Takde kerja, meh sini datang jumpa aku. Aku bagi pinjam buku-buku revision PMR aku. Kau kan nak PMR next year kan? So start study daripada sekarang. Masa jangan buang free free je. Rugi tau tak?

This past two weeks, tak cukup tidur kot. Haha, apa lagi preparation for PMR la. But alhamdulillah, esok exam habis. Aku dah tak sabar nak online 24 jam. Tak sabar jugak nak keluar coz this year aku memang tak keluar langsung. Duduk terperap dalam rumah je. Buat apa? Mengadap internet. Buat apa? Study. (Study lah sangat)

Minggu ni dengan minggu lepas aku memang hyper. Pelik jugak, bukan ke aku memang selalu hyper tak kira masa? Tak, ni lain. Sumpah lain. Aku dah macam hyper hyper hyper! Haha, maybe sebab.. sebab.. sebab.. Haha, jkjk. Taklah, just excited nak tunggu PMR habis.

Hah, lupa pulak. Tadi, I met his mom! Gabra gila kot. Tengah bincang-bincang tengok-tengok mak dia depan mata. Aku gabra la. And then sebelum mak dia balik, dia tanya dekat aku, Leyya, Alia, Atie dengan Nina "Macam mana exam? Boleh jawab?" sambil senyum. Aku angguk and cakap, "Alhamdulillah, boleh." Atie, Alia dengan Nina cakap "Boleh." sambil nak tergelak-gelak. Haish, budak-budak ni. Tak faham aku. Haha

btw, aku dah kata taknak cakap pasal PMR kan? Alamak, tercakaplah pulak.

xoxo,
fatin hanani adnan.

Labels:


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram