Friday, December 11, 2009
Family Confession


Hello readers,
I miss blogging. Haha. Lama tak update. Blame komputer aku yang asyik rosak je memanjang. Tapi rosak-rosak pun, komputer tu lah yang banyak berjasa dekat aku. Haha.

By the way, semalam after ibu balik kerja, aku, ibu dengan auntie duduk lepak kat meja dapur. Kitaorang dinner together since semua orang taknak dinner. (Actually, bukan dinner. Ibu just buat air Nescafe dia yang ada kick and then semua minum.) Entah macam mana terbukak story masa zaman muda-muda dulu. Aunt dengan ibu bagi tau aku everything pasal dorang. Love story, school story, diorang. Everything. Ibu even cried masa cerita tu. (Ibu memang sensitif. That's why aku sensitif sikit.) And then gelak-gelak sampai keluar air mata. Haha. Lawak gila.

After giliran ibu, aku pulak punya turn. Aku mula-mula taknak comment apa-apa coz tak berani. Nak mati? Tapi since ibu aku dalam very very good mood, aku ceritalah jugak. Tapi tak banyak sangat sebab before this memang aku rapat dengan ibu pun. Semua cerita dekat sekolah ibu tau. Yes, hampir semua. So aku just cerita jelah apa-apa yang ibu tak tau. So ibu cool aje. Haha. Now, aku dah tak payah nak takut kantoi lagi. ;D

And then auntie pulak bukak cerita. Guess what, actually aku ni dapat bakat menulis from auntie aku. Dia ada banyak gila manuscript yang dia tulis masa zaman sekolah dulu tapi tak publish. Yelah, dulu bukan senang nak jadi author. Tak banyak lagi publisher macam sekarang. Computer pun takde. TV pun still hitam putih, kelabu asap tu. Tapi yang buat aku terharu gila tu, auntie kata aku buat auntie bangga coz aku kiranya menyambung legasi lah. Hah, konon. Pastu dia kata sebab aku amik dream job dia sejak dulu, aku kena bagi 20% royalti aku dekat dia. hah? banyak cantik auntie aku nih.

So this morning, aku tengah kemas bilik when suddenly auntie masuk. Dia tunjuk aku manuscripts dia. Aku apa lagi. Speechless. Tergamam. Terkaku. Terkelu. Terkejut. Terbantut niat nak buat semua benda. Banyak wo! Aku baca one by one semua manuscript tu. Seriously, aku menangis. Sedih gila cerita dia. Aku pun sebenarnya pelik lah jugak, auntie aku ni bukannya minah yang suka menangis, dia bukannya minah vulnerable tapi kenapa cerita-cerita dia menusuk kalbu menikam jiwa??? Ceh, ayat aku. ;D

Tapi dalam banyak-banyak ni, aku suka ada satu cerita ni. Kisah benar. Cerita pasal arwah paklong, ibu and auntie sendiri. Tiga beradik tu. I love it more than words. Aku baca dengan auntie, dua-dua dah touching semua benda. Maknanya cerita tu memang sedih sebab auntie hampir-hampir je nak nangis. Hehe. Btw, aku dah ada idea untuk tulis balik manuscript tu tapi dalam modern punya version. Tapi satu je yang slack, takde ending. So kalau nak reka balik, kena fikir ending dulu. Aduh, satu lagi kerja. Dahlah banyak gila kerja aku yang tertangguh sejak kebelakangan ni. Masak, masak.

Labels:


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram