Wednesday, January 20, 2010
Marching Maclay.

Hello readers,

Aha! Ada jugak masa nak update. Ingatkan dah busy sangat kan? Hehe. Actually yang ni pun curi masa jugak. Add maths punya homework masih tersimpan rapi di dalam beg. Okay okay, nak siapkanlah ni tapi tunggu jap, update dulu. ;D

Whoa Maclay. Aku tabik betul. (Maclay - Nama rumah sukan Biru kat SBU). Ceritanya berbunyi begini :

Aku stayback for Cooke (rumah Kuning) tadi. But then, aku tersangatlah bijak, tak bawak baju sukan. Ni semua sebab malas nak join. Ye lah, hantar je la attendance, then dok belakang siapkan homework. Lagi best. Even Lizzie pun stayback for Shirtliff. Hehe.

Nak dijadikan cerita, aku pergi padang kejap. Nak cari Alia coz Fiqah kata Alia dekat padang ajar budak Green kawad. So, aku dengan malasnya pergi ke padang sekolah. Takde pulak Alia. Aku tak jumpa dia. Tengok corner sana, Cooke tengah buat lari 100 meter. Tengok sebelah sini, Shirtliff tengah buat larian 100 meter jugak. Aduhai. Mana pulak si Alia ni?

Lepas tu, aku pun jalan masuk Skylite balik. Jalan ikut laluan canteen yang sebelah pondok ilmu tu, jalan punya jalan punya jalan, sambil menikmati alam sekitar (cehh) tiba-tiba aku nampak Haziq. Aku jalan lah pergi kat dia. Tengok-tengok dia tengah train budak Maclay kawad. 4 Orang JE! Aku ingat budak-budak tu budak-budak yang ada problem. Maksudnya, budak-budak yang tak berapa faham arahan ke, budak-budak yang hentak kaki laju gila ke, jalan tak sama ke. Pastu aku pergi tanya Haziq.

"Weh, pahal 4 orang je ni?"
" Dah ni je yang datang hari ni."
Gelak, " What? kau biar betul? Asal plak?"
"Diorang dapat false alarm kot. Ada org kata takde training hari ni."
Gelak, gelak dan gelak. "Padan muka Maclay. :p "

So, aku pun amik kesempatan untuk tengok 4 orang ni practice. Pastu aku pergi balik Skylite balik, tengok Lizzie, Afiqah and Nasuha tengah khusyuk buat Add Maths. Aku inform kat Lizzie yang Maclay 4 orang je datang semua benda. Lizzie, Fiqah and Nasuha pulak terus bangun. Nak tengok, nak tengok! Then, kitaorang kacau the juniors, sorry Maclay! Haha. Lawak gila. Gelak sampai tak ingat dunia.

Pastu aku nak tunjuk lagak, kononnya nak command la ni, bagi arahan. Tah apa-apa. Tunggang terbalik terbabas naik bas command aku. Baris, akan menghadap ke depan, ke belakang pusing, aku tukar jadi, Baris, akan menghadap ke belakang, ke depan pusing. Haha. 4 orang juniors tu diam je coz tak tau nak pusing macam mana. Haish, malu gila kot. Puas kena gelak dengan Haziq, Lizzie, Nasuha and Afiqah. Aku buat apa lagi, muka tembok je la.

Then Arif and Alia join us. Arif lagi bagus, baju kuning, dok kat tempat biru, dengan buku Add Maths tambah calculator Casio kat tangan. Adoi, tinggalkanlah add maths tu sekejap. Bila dah ramai macam tu, budak-budak tu tak boleh kawad la. Asyik gelak je sebab senior kacau dorang. Sorry juniors. Yelah, macam mana nak concentrate kalau nak pusing je, senior gelak. Nak hentak kaki je, kena tegur. Tak keraskan tangan je, Haziq kata macam pondan. Nak start jalan jem Arif buat bunyi drum. Nak stop je, aku bagi command salah. Nampak ada something yang tak kena je, Nina dengan Alia gelak sampai guling-guling. Kalau aku jadi budak-budak tu, ada jugak aku anti orang-orang macam kami ni. haha. Kami kadang-kadang annoying lah jugak. Haha.

Cerita tamat, nak buat Add Maths. Bye.

Labels:


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram