Friday, February 19, 2010
Spammer Night

TEEEEEET - Berita Dunia

KUALA LUMPUR, 18/2 - Nabihah Ulfah, Muhaimin Arif, Noor Shazwan, Arif Nasrudin dan Fatin Hanani yang merupakan pelajar Tingkatan 4 di sebuah sekolah terkemuka di Kuala Lumpur telah mencipta sejarah peribadi dan juga sejarah sebagai seorang spammer tegar di laman sesawang terkenal seluruh dunia, Facebook.

Mereka telah berjaya melakar sejarah baru apabila berjaya 'mengumpulkan' sebanyak 1056 komen bagi sebuah video. Video tersebut menunjukkan salah seorang kawan mereka, iaitu Haziq Hasnan yang jatuh daripada bukit ketika sedang menghadiri kenduri yang diadakan di rumah Fatin Hanani. Video yang baru sahaja 5 hari disiarkan di laman milik Arif Nasrudin mendapat pelbagai komen positif dan negatif daripada pelbagai pihak. Rata-rata pihak memberi pandangan yang mengatakan video itu amat kelakar sehinggakan ada yang terkena sindrom ketawa tanpa henti.

Video ini telah mendapat liputan meluas daripada pihak media dan wartawan tempatan mahupun luar negara. Wartawan kami, Bihun Patin Cawan Maggi Sirif, telah pun menemu bual kesemua mereka untuk mendapatkan responds tentang perkara ini.

Nabihah Ulfah - "Yeah, gerenti masuk blog fatin ni. fatin, nama aku fatin, nama aku! NABIHAH ULFAH, haha!"

Arif Nasrudin -"Weh serious weh.. video ni legendary for us all dowh.. if we managed to get 1000 soon.. gerenti masuk blog fatin.."

Noor Shazwan - "C'mon! halfway there people!!" (SL.SL)

Fatin Hanani - "Hahaha, jom. lepas ni terus aku update blog. haha"

Muhaimin Arif - "Aku ade lg la...mls nk tulis daaa "

Walau bagaimanapun, pihak media gagal mendapatkan apa-apa responds daripada Haziq Hasnan, yang merupakan watak atau teraju utama dalam video tersebut. Menurut komen yang telah pun dihantar oleh Haziq Hasnan sendiri, sakit tengkuk yang melampau ditambah dengan 'muscle pain' kerana terlebih bermain di Cosmo World membuatkan dia terpaksa berhenti menaip komen kerana khuatir keadaannya akan jadi lebih teruk.

Penghargaan juga perlu diberikan kepada mereka-mereka yang namanya terdapat dalam gambar, kerana menghadiri dan juga memeriahkan video yang telah menempa sejarah ini. (Fayra Deena, Alia Natasha, Syahiri Mohd, etc. etc.) Ucapan terima kasih juga pihak penganjur ucapkan buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana tanpa anda, di manalah letaknya video ini di mata dunia. Setinggi-tinggi kemaafan juga dimohon sebagai tanda memadamkan memori 'notifications' anda yang berwarna merah di Facebook.

Diharapkan kesungguhan pelajar-pelajar ini dapat dijadikan contoh dan teladan yang baik untuk pelajar di luar sana. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

p/s : Rekaan semata-mata. ;)

xoxo,

Labels:


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram