Friday, February 26, 2010
Sports Day

Okay, semua orang sila fokus dekat kepala botak Haziq. ;)
From left; Fatin, Leya, Bihah, Alia, Arif, Afnan, Wan, Min, Afiq

Hello readers,

Semalam merupakan hari Sukan Tahunan SBU. Yeah, buat pertama kali dalam sejarah, sukan sekolah pada hari biasa. Weekdays and not weekends. But who cares by the way? Hari sukan tetap akan berlangsung bukan kalau pada hari biasa sekali pun?

Sukan sekolah tahun ni, aku rasa agak happening jugak la. Ops, jangan salah faham. Sebenarnya, aku punya geng yang happening. Aik, betul ke? Tapi memang kalau duduk sekali dengan dorang semua ni, korang takkan boleh berhenti gelak. We even laughed at silly things. LOL.

Guess what? Ada persembahan poco-poco masa pembukaan sukan, lepas kawad. Kitaorang semua dah pandang-memandang dengan senyuman yang penuh makna. Lepas tu apa lagi, the field is ours! Semua orang pandang kitaorang buat poco-poco. Yelah, makhluk asing mana tiba-tiba masuk tengah padang, lepas tu terus join poco-poco, betul tak? Orang lain semua dalam khemah, kitaorang je tah apa-apa menari poco-poco. The best part is, masa kitaorang tengah menari tu, tiba-tiba je ramai orang ikut. Penari utama mula-mula dalam sepuluh orang je, lepas tu bertambah dan terus bertambah. Okey, sape yang ikut menari sama, korang memang gempak! Sila saksikan video poco-poco di bawah ni.

Credits : Fayra Deena, ILY

Di sini, aku ingin mengcapkan tahniah kepada semua pelajar SBU yang mewakili rumah sukan masing-masing. Kalah, menang, semua, tak payah kira. At least, korang dah wakil rumah sukan korang. Better than duduk diam, bergosip dalam khemah, kan? Congrats to Faris (Shirtliff), Arif, Thinesh and Vincent (Cooke). Good job!

Aku tak nak cakap pasal keputusan penuh. Agak menyedihkan jugak la. ;(

p/s : Aku tak bawa kamera masa hari sukan. Takut kena rampas! Iyalah kan, hari persekolahan macam biasa. Kan aku budak baik? HAHA

Labels: ,


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram