Monday, March 22, 2010
2nd Day of KL Book Fair


Hello readers,


Ramai yang tahu pesta buku tahun ni telah pun selamat membuka tirai hari Jumaat lepas. Sabtu, 20th March 2010 aku pergi PBAKL. Sampai sana dalam pukul 10.30 pagi macam tu. Masa tu keadaan agak lengang daripada lautan manusia. Tak adalah lengang sangat, tapi sesiapa yang pernah pergi Pesta Buku sebelum ni, korang tau kan lengang yang macam mana? Masih belum pack lagi.

Sampai sana, terus pergi ke Gerai Pink Ain Maisarah. Borong banyak jugak buku baru dekat sana. And I was excited to see Ain Maisarah again and Izanor Sharif. Haha. :) And then, Aini and I went directly to Karnadya's Booth. Aini dan super duper excited sebab tak sabar nak menjejakkan kaki ke Booth yang dah banyak kali menang booth tercantik ni. Hehe. (Btw, Booth Karnadya dekat seberang sungai, just for your info)

Dari jauh lagi dah nampak Laura Caldwell. Aku pergi tegur dia lepas tu borak-borak kejap. She said, she was impressed with me and Hasif. Aku senyum je la. Nak cakap apa? Haha. Lepas tu, aku join autograph session sebelum minta diri untuk pergi jalan-jalan survey buku sekejap. (Sebenarnya, aku tak terikat hari Sabtu hari tu sebab sesi sebenar aku pada 28 nanti, so bolehlah bersiar-siar. Lagi satu, masa ni Hasif belum sampai lagi.)

Jalan punya jalan punya jalan. Jalan lagi, pergi ke booth Gempak Starz (okay, aku memang pencinta komik. :P ) Masa ni, PWTC dah mula penuh. Memang sesak habis. Memang pack habis. Semua orang memang terpaksa bersesak-sesak masa tu. Alhamdulillah, aku sempat beli 3 komik baru. Then, bergerak pulak masuk ke dewan Karangkraf dengan Alaf 21. Jumpa ramai sangat authors kat sana. Hmm, aku jumpa Puan Rohana, cikgu Add Maths aku dengan seorang senior kat dalam dewan ni.

Hmmm, shopping buku sudah. Magazine pun sudah. Aku dengan Aini balik semula ke booth Karnadya. Kali ni Hasif sudah sampai. Hehehe. Mula-mula Hasif berdiri dengan family dia, takut pulak aku nak tegur. Nervous. :P Lepas Hasif berdiri sorang-sorang kat tepi booth, aku tegur dia. Kitaorang sama-sama excited. Selama ni chat dalam FB je. Last-last jumpa jugak dengan penulis termuda KarnaDya ni.

Signing session lagi. Kali ni, best sikit sebab Hasif ada. Kami banyak bertukar cerita dan pengalaman. Dari cerita pasal buku, hingga pasal virus K-Pop yang semakin menjadi-jadi sekarang ni. Dalam pukul 2 lebih, kitaorang (aku, Aini and Hasif) tinggalkan booth KarnaDya sekali lagi. Kali ni sebab nak pergi seminar dengan Laura Caldwell. (Susah betul nak cari bilik seminar. Kakak Counter Information bagi information salah!) Aku, Hasif dengan Aini bersusah payah cari bilik seminar. Fuh, nasib baik jumpa.

Seminar berlangsung dengan sempurna sekali. Masa seminar nak dekat-dekat habis, ada orang datang dekat kitaorang. Cuba teka siapa? Haaah, yang ni tak lain tak bukan, abang Resmanshah, satu lagi penulis dari KarnaDya. Lepas tu, kami semua bergerak ke bilik jamuan (tak makan pun.). Kami borak lagi dengan Laura Caldwell. You know what, Laura bagitau aku dengan Hasif something yang memang buat aku dengan Hasif tak boleh berhenti senyum. Hahaha.

Basically, macam tu lah ceritanya hari kedua PBAKL 2010. Thanks a lot to Karnadya and staffs sebab tak habis-habis promosikan buku aku. :D JASAMU KU KENANG!

Labels: , ,


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram