Monday, March 15, 2010
EH, Sudah Hari Isnin?

Nota gambar : Kesian Garfield kena hempap dengan word Monday. ;p

Eh, sudah hari Isnin??? Baru semalam hari Sabtu, kan? Aduh, cepatnya masa ni berjalan. Aku baru je ingat nak slow down sikit, dia berlari berkejar-kejaran nak tinggalkan aku. *Sigh*

Cakap pasal Isnin, aku tak bukak pun lagi kerja sekolah yang berlambak-lambak, yang menjerit minta disiapkan. Semua buku kerja sekolah aku, telah pun siap disusun dengan begitu cantik dan kemas sekali atas study table dekat luar sana tu. Okay, aku tipu. Aku cuma letak je semua buku atas meja, dengan buku nota yang aku catat semua kerja sekolah, on top of it. Ibu dah mula membebel dah tengok keadaan meja aku sedangkan meja aku takdelah bersepah sangat. Hmmm, maybe ibu rimas tengok keadaan buku-buku aku yang semakin lama, semakin meninggi tak? Hehehe.
Ibu : Hanani, kemas meja cepat. Dah macam tongkang pecah dah meja awak ibu tengok.
Aku : Okey, kejap lagi kaklong kemas.

*Satu jam kemudian*

Ibu : Tadi masa ibu suruh cakap sekejap, sekarang ni tak bergerak-gerak jugak. Kemas cepat sebelum ibu pergi call orang Celcom suruh potong terus Broadband. Asyik depan laptop je 24 jam, belajar ke mana, homework ke mana. Tu baju sekolah entah dah gosok ke belum tu...

Aiyaaaaak. Dah dah, jangan risau. Aku dah siapkan semua tu sebelum aku update entri ni. Sebenarnya kerja sekolah aku belum usik pun lagi, cuma aku cakap dah sebab nak menyedapkan hati sendiri. Hahaha. Tapi memang betul, aku tak rasa ada pelajar sekolah yang dah sentuh pun kerja sekolah dorang masa cuti ni. Kalau ada pun, maybe 3 daripada 10 orang, betul tak?? Sila jangan buat tak tau dan nafikan hal ni, sebab aku pun student, sama macam sesetengah daripada korang yang sedang membaca ni. :) So, korang tak boleh nak kelentong aku.

Untuk menambahkan tekanan kepada diri sendiri, aku sekarang ni sedang membuat banyak list kerja rumah aku. Tampal satu kat peti ais, kat atas meja, kat sana, kat sini. Semua ada. Maybe it sounds weird, but trust me, it works! Buktinya, aku dah berjaya siapkan sikit nota Sejarah. Walaupun sikit, aku tetap bangga. Haha, Applause! :p

Labels:


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram