Friday, March 12, 2010
Lonely No More

Hello readers,

Secara rasminya, sekolah menutup tirainya pada tengah hari tadi, untuk memberi laluan kepada cuti pertengahan penggal pertama. *Sigh* Opps, jangan salah sangka. Aku mengeluh bukan sebab aku tak suka cuti datang. Aku memang sangat-sangat menghargai cuti sekolah, tapi aku dapat rasakan yang cuti seminggu ni, dah takkan jadi cuti untuk aku. Tau kenapa tak? Jawapannya mudah saja, jawapan ni memang semua pelajar sekolah akan bagi. Homeworks. Yup, sebab tu.

Tapi sebenarnya aku amat bersyukur. Kerja rumah yang Beta dapat tak sebanyak kerja rumah Alpha. Alpha lagi berdozen banyaknya. Syukur, Beta masih ada ruang untuk bernafas. HAHA.

Sekolah hari ini teramat bosan. Teramat bosan dengan ketiadaan Min dengan Bihah. Walaupun baru sehari diorang tak datang sekolah, aku tak boleh elak nak rasa bosan. Boring. Dull. Pucat. Yup, hari aku hari ni diwarnai dengan perkataan-perkataan tu. Aku rindu Bihah dengan Min sangat-sangat. I miss Bihah, prefect yang selalu bergossip dengan aku, tak kira masa. Dia dekat Jepun sekarang ni. And I miss Muhaimin too, orang yang selalu kena buli dengan aku. Dalam masa yang sama, aku selalu sakat dia pasal rambut dia. Awhh, i miss them a lot. Bihah and Min, jangan lupa oleh-oleh daripada Philipines dengan Jepun okay? Sayang korang.

Disebabkan kebosanan tahap maksima, during Modern Maths period, Nina, Alia and I went to 4 Sc. Alpha. Fuh, nasib baik Alpha tak ada cikgu. Haha. Apa lagi, gossip session starts. Fayra and Azura turut serta bergossip sambil tangan masing-masing sibuk buat Worksheet Maths. Bagus bagus. Inilah ciri-ciri pelajar cemerlang. Seimbang soal sosial (gosip, fesyen) dengan pelajaran. Haha.

Labels:


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram