Monday, March 22, 2010
No Way Out

Hello readers,

HELLO SCHOOL! Oooh, hari ni dah mula sekolah balik lepas seminggu cuti. Rindunya dekat sekolah. (Haha, fake habis)

Hmm, hari ni agak lain la daripada hari-hari lain. He was not there. So, okay. Aku tak moody pun hari ni. I forced myself to smile and I did it! Bukan setakat senyum, gelak-gelak semua ada. Alia and Min, thanks a lot. If you guys weren't there, aku sendiri tak tau macam mana kawal keadaan sekarang ni.

Untuk kelas BM hari ni, kitaorang kena baca drama (Gelanggang Tuk Wali). Kena baca dengan intonation semua. Arif jadi Tuk Wali. aku jadi Mak Umi, Min - Ripin, Alia - Jamil, Lisa - Halim, Sharon - Mariam, Vincent - Imam etc etc. Banyak sangat benda yang lawak jadi during drama ni. Intonasi sorang-sorang jangan cakap la, memang lawak.

The only thing I love about school is the JAMBU drink. OMG, i just love it very much. Hari ni, lepas bunyi loceng sekolah je, aku dah ajak Alia, Min, Arif semua pergi minum air jambu batu dekat depan sekolah. Air jambu dia memang addictive gila-gila. Sebab tak minum air ni seminggu punya pasal, hari ni aku minum dua cawan sekali gus. :P Makcik yang jual air jambu tu rasanya dah kenal sangat dengan kitaorang. Yelah, kitaorang kan pelanggan air jambu tetap dia. Hahaha.

Tau apa tak? Projek arca 1 Malaysia Taman Sains yang kumpulan aku buat tahun lepas, after PMR dah rosak. Rosak teruk. Habis semua hancur. Dawai-dawai yang kitaorang guna untuk gabungkan semua tin dah berkarat dan putus. Tin-tin pulak jatuh bergolek dekat bawah. Pita selefon pun dah kinda reput. Memang tersentap jugak la tadi tengok hasil kerja yang kitaorang guna banyak sangat effort tahun lepas, roboh. Tak tau nak cakap macam mana. Aku ingat lagi, Min dengan Wan dok gali lubang nak tanam kaki kerusi makmal sains sebab nak biarkan arca ni diletakkan dengan sempurna. Aku ingat lagi, Alia dengan Leya and some other friends, ikat semua dawai sekali. Aku ingat lagi, aku dengan Nina buat lubang dekat semua tin-tin yang nak digunakan. Aku ingat lagi Hana, ketua projek yang banyak buat kerja.

Sekarang ni, dah tak ada dah arca 1 Malaysia dekat Taman Sains. Yang tinggal hanyalah kerusi dan juga kelopak bunga raya. Semua kerja keras, berkubur di sini.

Seriously, sedih gila!


2009 : Projek Arca 1 Malaysia
(Aktiviti Selepas PMR)

Labels:


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram