Wednesday, April 21, 2010
Desperado?


Hello readers,

So yeah, aku tak datang sekolah hari ni. Hari ni hari Rabu, so jadual takdelah pack sangat.No ience subjects semua, so hari ni memang perfect untuk skip school. Haha. Just kidding.

Actually, I need rest for at least a day. Macam-macam benda nak kena fikir and ada macam-macam benda nak kena buat. Hah, ni nak bagi tau ni, hari Jumaat dengan Sabtu ni aku join Kem Perdana. Aku pergi dengan some of the Scouts members. Nanti masa kem tu, ada Malam Kebudayaan *Bihah and Azura, kening kening*. And guess what, camping ada lagi 2 hari and kitaorang (Scout members) tak prepare apa-apa pun lagi untuk malam tu. So, sebagai wakil perempuan dan sebagai orang yang paling 'tua' sekali dalam skuad, aku, Azura denga Lizzie kena jugak fikir pasal Malam Kebudayaan ni. Kalau tak, kitaorang nak perform apa? Tak payah buat performance? Nanti habis semua markah hilang macam tu je. Mana boleh! Kalau kawad kaki kitaorang okay takpe lagi, ini kawad pun hancur. -.-'

Kitaorang tiga orang memang dah sampai tahap pecah kepala semua fikir pasal benda ni. Just risau kalau malam tu nanti kitaorang tak prepare apa-apa. Tak ke naya jadinya? Bukan setakat malu biasa je, malu luar biasa kitaorang nanti, Dahlah guru penasihat kitaorang yang kena uruskan kem ni. Tak pasal-pasal je cari nahas.

So cakap pasal kem, aku baru je semak senarai barang yang nak kena bawak nanti. Aduh, banyaknya. Nasib baik semua barang-barang tu memang ada kat rumah. Torchlight, First aid, kain anduh etc etc. Hampir semua dah ditandakan; Checked. Uniform pulak, badge, scarf, rope; checked. KASUT HITAM?! Takde. Barang paling penting sekali, and aku tak ada. Kebetulan ayah nak pergi cari barang dia, aku pun ikut sama sebab nak cari kasut. Pergi Bata,hampir semua kasut yang aku pegang, takde saiz. Aku pun dah give up. Kenapa kalau kita desperate nak something, mesti selalunya susah nak dapat?

Aduh, nasib nasib. Gonna hunt for it tomorrow.

Labels:


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram