Sunday, April 25, 2010
Kem Perdana SBU 2010

Hello readers,

Hari Jumaat dengan Sabtu hari tu, selama 2 hari 1 malam, aku berkampung dekat sekolah. Macam yang aku dah bagitau sebelum ni, aku ada camping. Walaupun tak keluar daripada kawasan sekolah, aku rasa pengalaman tidur satu malam dekat padang sekolah pun dikira sebagai camping juga kan? Eh, iya ke? Eh, tak kot. Eh, whatever la. :)

Hari Jumaat memang tragik sangat. Macam-macam jadi. Dahlah aku lewat untuk sesi pendaftaran, pastu boleh pulak tertinggal CD untuk performance Malam Kebudayaan dekat rumah. Tak ke naya? Sebab ambik CD tu la, aku lambat datang sekolah. Sepatutnya kena register pukul 3 petang tapi aku sampai sekolah dalam around 3.15 macam tu. Orang semua dah beratur dah. Pheeew, nasib baik tak kena marah. Nasib baik semua orang baru mula nak beratur. Nasib baik Encik H. tak perasan. Haha.

Encik H - Nama ni korang akan banyak kali dengar dalam entri ni. Dia konon-kononnya ketua komander kitaorang la. Dia konon-kononnya jadi leader dalam camp kali ni. Encik H. merupakan seorang bekas tentera.

Right after pendaftaran, para peserta perkhemahan kena gerak pergi padang sekolah. Sebelum apa-apa aktiviti mula, kitaorang kena pasang khemah dulu. Honestly, ni memang kali pertama aku pegang khemah camping and ni jugak kali pertama aku pasang khemah sendiri. Memang berdebar campur excited habis masa tu. Tak boleh nak jangka apa-apa sebab memang diakui, aku, Nina dengan Azura semua jarang pergi camping. Kitaorang kena pasang khemah sendiri, memang tak ada briefing pun. Cikgu just suruh pasang khemah dengan buat gadjet je. Cara-cara semua benda kena cari sendiri. Azura, Nina dengan aku, share satu khemah since kitaorang je ahli perempuan Scouts yang pergi camping.




Lepas dah lebih kurang 15 minit berhempas pulas, at last, khemah kitaorang berjaya didirikan. Haha, bangga gila kot khemah dah naik. Jeng jeng jeng *bangga bangga* :

Lepas dah siap dirikan khemah, kitaorang ada satu lagi tugasan, which is kena buat gadjet. We decided to change into our PJ attire first sebelum buat gadjet. Yelah, baju uniform kena pakai jugak masa penutup nanti. Tak sanggup nak pakai baju yang penuh peluh. Then, start buat gadjet. Scouts decided nak buat ampaian baju. Lepas dah siap ikat semua benda, nak tanam ampaian tu, so that dia tak goyang. Punyalah susah nak tanam, sebab takde apa-apa benda yang boleh guna. Tiada cangkul, takde benda-benda lain yang boleh guna. At last, kitaorang pacak je. Tu pun tak kuat lagi.



Then, lepas dah siap semua benda, kitaorang diarahkan untuk siap-siap untuk solat Asar dan Malam Kebudayaan. Sorry aku tak dapat nak capture any gambar sebab tak jumpa camera aku dalam khemah. Dah panic gila kononnya camera hilang. Padahal tak pun, terselit elok je dalam beg. Haha, dalam khemah gelap sangat, memang susah nak cari barang.

Alhamdulillah, the Scouts performance, menurut penonton dan Mr. Te, was okay. Yay! Boleh imagine tak, kitaorang buat last minute preparation. Haha, gempak gila kan? Script narrator aku pun aku buat sepuluh minit before persembahan. Hebat hebat. Aku, Nina dengan Azura banyak kali cerita pasal storyline cerita kitaorang kat budak-budak Scouts. Persembahan kitaorang dibuat tanpa script, semua benda spontaneous. Since petang lagi, aku banyak kali pesan dekat budak-budak Scouts tu, "Don't be a faker. Ingat tu. Kalau sorang slack, cepat-cepat tolong cover. Team work, ingat!". Haaaaaaaaaaa, tu exactly apa yang aku cakap. Last last, performace kitaorang okay jugak. Tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Haha. Senang cerita, aku dengan semua Scouts members yang lain, had fun on that night.

Lupa pulak, malam tu, first time in history, kitaorang kena kawad. Dah pukul 12.30 malam macam tu, Encik H. dera kitaorang dekat tengah padang. Salah sikit kena pumping. Salah sikit kena star jump sampai 150 kali. Adoi, kalau setiap malam macam ni, boleh sakit terus aku. Tak sanggup, memang tak sanggup. Memang penat gila la. Dah la masa tu memang kepala aku dah ringan je terfikirkan tempat tidur. Senang cerita, memang masa tu energy memang dah nak kong dah. Tunggu masa je nak habis. Masa tu, gunalah bateri Energizer ke, Tesco Choice ke, memang confirm tak boleh nak jalan jugak.

THE NEXT DAY,
Ada pertandingan Kawad Kaki. Tak nak cerita, coz Scout sucks! Malu gila beb. Depan St. John, Navy, Kadet Polis semua yang terror-terror. Encik H torture Hardesh, komander kitaorang. Hardesh dah start pressure, salah bagi command kat kitaorang. Haish, buat malu je. But Hardesh, it was not your fault. Chill kay? At least, kita buat jugak. Next year, I promise, kitaorang akan jadi much better than this year.

Right after kawad, kitaorang diarahkan untuk pack barang and pergi robohkan khemah. Aku takde picture masa ni, so sorry. Ni last picture sebelum khemah kitaorang diruntuhkan dan selepas aktiviti mengemas selesai.

Then, pergi lunch. Nak kena naikkan energy level balik after tak cukup tidur malam Jumaat tu. Aku tidur dalam around 2 pagi and at 5 o'clock dah bangun dah. Mata dah macam panda dah. Haha. Before camping habis, aku hulur camera kat Bihah and she captured this. Thank you Nabihah Ulfah!

After lunch, ada games. Final games sebelum Kem Perdana 2010 tutup langsir. Eh silap, maksud aku tutup tirai. Macam-macam games ada, tapi aku, Azura, Nina dengan Jazmi involve in Gadjet Competition. After cikgu bagi explanation dengan tunjukkan cara-cara ikatan, aku dengan Nina dah pandang-pandang dah. Kitaorang main kenyit-kenyit mata kat situ. Nasib baik takde sape perasan. Haha. Sebenarnya, semua benda yang cikgu ajar tu, kitaorang baru belajar hari Jumaat. Our Renjer Puteri best friend, Alyea Aziz dah ajar kitaorang dah benda tu before kitaorang pergi camp. Manalah tau, ada emergency ke apa ke. Bolehlah guna ikatan-ikatan yang dia ajar tu. Thanks a lot Alyea Aziz!

And then, ada majlis penutup. Masa ni dia announce semua result game-game yang kitaorang main. Hey hey, look at this!

Memang benda ni cherish balik mood semua Scouts members yang dah penat tahap kritikal and dah berputus asa. Since kawad kitaorang teruk gila, mati-mati kitaorang ingat kitaorang last. Hampeh betul. Tengok-tengok out of 15 unit beruniform, Scouts tempat ke-7! Haha, memang tak jangka pun. Tak pernah terlintas kat kepala pun pasal ni. Lepas full result dah announce, guess what, Pengakap kalahkan Navy kot! *YANG NI MEMANG AKU BANGGA SANGAT-SANGAT*. Nazy is one of the unit beruniform yang kuat dalam sekolah aku. Last-last diorang kalah ngan kitaorang? Aik, apa cerita? Hahahaha. Just kidding, just kidding. Dalam masa yang sama, the Scout members tak berhenti cakap thanks to aku, Nina, Azura and Jazmi. At least, Pengakap won something. Diorang kata sebab gadjet yang kitaorang buat yang banyak melonjakkan markah Pengakap. Err, entahlah, I have no idea. But at least, we won something!

ALYEA ABDUL AZIZ
, thanks a lot! I'll pray for your Girl Guide exam. :)

Labels:


3 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram