Monday, May 24, 2010
I Write Diaries, Yes.


Hello readers,

Sorry untuk menghilang sekejap. Sekejap je aku hilang, tak lama pun. Sekarang ni tengah musim Mid-Term exam. And yes, aku salah seorang pelajar sekolah yang sedang menduduki exam. Tadi ada paper Agama. It was....... hard. Eh, ye ke? Entahlah, aku tak berani nak comment apa-apa. Takut apa yang aku comment tu jadi kenyataan pulak. Karang lain jadinya. Esok ada paper Chemistry dengan Sejarah and what the hell should I do right now? Yes, studying. But I decided to blog jugak. Haha.
Diary.

Siapa yang tulis diari angkat tangan? I used to write diaries when I was in primary school. Tapi masa Form 1, I stopped. Kiranya dah lama la jugak aku tak tulis diary ni. Haha. Aku memang suka tulis sejak kecik lagi. Apa-apa hal pun, aku akan cari pen dengan paper untuk conteng and untuk tulis apa yang aku rasa. Aku rasa, that's the reason why ibu and ayah selalu belikan note book untuk aku sejak dulu lagi. Betul, trust me.

So, lepas ibu dengan ayah dah beli note book baru untuk aku, aku akan start tulis diary. Believe it or not, aku ni jenis yang tak suka tengok buku kosong. Kalau ada je buku yang muka surat pertama dia kosong, secara automatically nya tangan aku akan bergerak sendiri mencari-cari pen yang aku sendiri tak tau kat mana. Masa tu memang satu rumah la kaki aku bergerak. Tak kisahlah pen biru ke, merah ke, hitam ke, bila jumpa je, aku confirm akan mula conteng buku tu. Haha.

Mungkin sebab tu aku rasa, aku ada banyak gila diaries masa sekolah rendah dulu. Tak sempat satu buku habis, aku dah start buku baru. Haha, teruk betul perangai aku. Membazir tak sudah-sudah. Ibu selalu marah aku sebab buku aku bersepah-sepah satu rumah. Satu hari tu, aku tengah cari buku dalam almari aku, and tiba-tiba je mood rajin aku datang. Aku terus kemas balik almari tu. Bila dah mengemas tu, segala khazanah lama pun muncul la balik kan? Aku jumpa dalam lebih kurang 3 diari lama aku. Hehehehe, banyak gila.

Aku baca balik diari-diari aku. Rasa nak tergelak dan memang tak dinafikan, rasa nak ketuk kepala sendiri. Aku tak percaya yang aku boleh tulis macam tu. Ayat dia, waaaahh jangan cakap, sesedap rasa menusuk kalbu tau! Haha, lol. Memang skema tahap maksimum la. Dalam banyak-banyak tu, aku cukup excited baca satu diari aku ni. Kalau tak silap, diary tu aku tulis tahun 2004. Yup, aku darjah 4 masa tu. Bentuk dia sama macam yang dekat atas tu ha (Memang sebijik pun). Tapi aku punya takdelah plain sangat, walaupun colour dia hitam sama. Aku hias sendiri diary aku. So, fancy sikit la. Dalam tu ada macam-macam. Cerita masa aku tengah happy ada, bengang ada, sedih pun ada. 1001 gitu, wah!

Sekarang ni, aku memang mengaku yang aku tak tulis diary. Kiranya, blog ni macam journal aku la. Live journal. Alah, takde beza dengan diary biasa pun. Okay, just yang kat dalam blog, semua orang boleh baca apa yang aku tulis. Kan? Tapi seriously, I can't wait to read this blog again when I'm 30 nanti. Aku tak sabar nak tahu macam mana gaya penulisan aku sekarang ni. Aku tak sabar nak baca balik blog ni sambil kutuk diri sendiri nanti. Haha ;)

Okay, aku kena study sekarang. Ibu dah main jeling-jeling dah tu. Apa lagi, dia suruh aku tutup computer sekarang and pergi belajar untuk exam esok la. Haha. Just kidding just kidding.

:)

Labels: ,


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram