Sunday, July 18, 2010
Oh, Durian!

Hello readers!

Alhamdulillah, at last mood untuk blogging datang balik. Teeeheee. Haha. Hari ni aku nak cakap pasal? Jeng jeng jeng ;

DURIAN


Sekarang ni memang tengah musim durian kan? Pergi balik kampung nampak durian, tengah-tengah highway nampak durian. Yang paling aku tak boleh terima, nak cari ice-cream dalam peti ais, bukak tupperware pun nampak durian. Sigh. Aku sendiri tak tau bila masa ayah beli durian. Aku tak peka enough kan kan kan? Okay, my bad.

Orang kata kalau tak makan durian, maknanya kita bukan orang Malaysia. Betul ke? Tak la, aku tak rasa macam tu. Kalau apa yang orang kata tu betul, maknanya aku ni bukan rakyat Malaysia la. Opps, aku bukan tak makan langsung, tapi aku tak suka durian. Mungkin darah ibu yang tak suka durian mengalir sama dalam badan aku. Ayah memang suka sangat durian. Angah pun sama, memang naik hantu kalau nampak buah ni, anak ayahlah katakan.

At least, aku boleh jugak la telan buah ni. Cousin aku memang tak boleh makan langsung. Hari tu, baru makan secubit, dia dah lari cari sink. Muntah terus. Yang tu lagi kes teruk. Aku bersyukur sangat sebab sekurang-kurangnya tekak aku tak tolak terus buah durian ni. Rugi kot kalau tak dapat rasa.

Tapi ada satu benda yang aku paling tak boleh tahan sekali pasal durian. Yes, you got that right. Bau dia. Aku paling tak suka kalau ada bau durian dalam kereta. Memang tak boleh bernafas langsung. Lepas tu ada aircond pulak, memang pengsan aku dalam kereta. Selalunya kalau beli durian, aku akan suruh ayah tutup aircond. Lepas tu bukak tingkap. Selamat sikit walaupun terpaksa sedut asap kenderaan yang mengandungi carbon monoxide. Aku lagi sanggup sedut gas-gas kat luar daripada sedut bau durian. Huh, tak sanggup.

p/s :
Hari ni nenek masa pulut durian. Yum yum yum, delicious! Tapi, aku tak makan durian dia. Haha.

:)

Labels:


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram