Wednesday, September 08, 2010
She's the Iron Woman

Hello readers,

Tadi baru je TV umumkan yang hari Jumaat ni Hari Raya Aidifitri. Kalau pergi blog walking pun, semua orang akan cerita pasal raya. Tak kisahlah pasal persiapan raya ke, kuih raya ke, kemas rumah sebab nak raya ke, tapi setiap entri mesti ada keyword dan keyword dia ialah 'Raya' .

So yeah, memang tugas official aku setiap kali hari raya kena iron baju. Tak kisahlah Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha sekalipun, memang kalau nak gosok baju je, semua orang akan panggil aku. Tahun ni, theme family aku colour biru. Sebelum tu, aku nak jelaskan yang memang family aku jenis yang pakai baju warna sedondon. Daripada lelaki sampai perempuan, kalau sorang pakai biru, semua orang kena pakai baju colour yang sama.



Aku sempat capture gambar baju kurung dan baju melayu yang aku kena gosok sebelum pagi Jumaat. The picture above is kinda blur, right? Sorry for the bad quality. Aku guna camera phone rock kapak aku je. Aku tak jumpa wire camera. Tapi at least, better than nothing kan?

Sampai sini dulu. Aku nak start iron baju-baju raya untuk satu family. Penat tak penat, letih tak letih, aku tau aku jugak yang kena iron nanti. Fatin, Fighting!

ps. This is my first raya entry for 2010. Esok InsyaAllah aku akan curi masa untuk capture gambar seluruh rumah selepas di 'make over'.

xx

Labels:


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram