Wednesday, October 13, 2010
Abracadabra is not the word.


Hello readers,

Nothing much today. I went to The Legacy's Publisher Office with Lizzie, Diane, Tabitha, Kar Men and Puan Aniza this morning. The office is located at Sri Damansara. Jauh kan? From Cheras to Sri Damansara. Rasa macam nak balik kampung je. Almost satu jam untuk satu perjalanan. Sepanjang perjalanan tu, disebabkan oleh faktor bosan yang melampau ditambah pula dengan mata yang tak boleh nak tutup, aku dengan Lizzie buat senarai inventori. Kitaorang kira setiap shopping complex yang kitaorang jumpa. Haha, serious takde kerja kan?

Sampai sana around 9 macam tu. Bertolak from sekolah at 8. Then bila sampai-sampai je, operasi menyemak semula The Legacy 2010 terus dimulakan dengan segera. Lizzie and I hadto write a report balik since ada banyak kesalahan. So otak dikerah semahu-mahunya sepanjang proses menyiapkan laporan tersebut. Masa macam nilah otak start nak buat hal. Tak boleh nak fikir ayat yang sesuai. Boleh pulak macam tu. Selama ni kalau nak tulis apa-apa, laju je tapi this one, satu report pun ambik masa yang lama.

Since we don't have enough time, we have to finish all the work fast but at the same time, we have to make sure tak ada error. Kena tengok semua benda betul-betul dan kena check dengan detail sekali. Yelah, nanti kalau dah start print majalah sekolah, memang tak boleh nak betulkan lagi dah. So kitaorang kena buat double, triple check jugak. Semua words yang terkandung dalam magazine kena baca sebijik-sebijik.

The Editors-in-Chief; Kar Men & Diane.

Around 5 jam dekat sana, kepala aku dah berpusing. Mata pula berpinar-pinar. Tak pernah-pernah tengok kertas lama macam tu sekali. Kalau colourful takpelah jugak. Ni, putih hitam semata. Memang tak ah. Nasib baik majalah sekolah nanti colourful. Kalau tak, memang nak bukak pun tak berselera.

Now I know the feeling bila kita kena kerja dalam office. Tak boleh bangun, kena duduk and concentrate, buat kerja. Memang tension gila. Semua orang serious, satu suara pun tak dengar. Fusssh, tak sanggup. Lagi-lagi aku yang bising ni. Memang tak boleh nak hold. Nasib baik kitaorang tak serious sangat. Gelak-gelak lah jugak. So hari ni, aku dapat experience suasana bekerja dalam tempat yang dipanggil office. Not that bad, at least I learnt something new. Haha.


Labels:


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram