Wednesday, November 03, 2010
the PAST; #2



3. I miss Mama and Abah :'(

Yes, saya sangat rindu mama (pengasuh) saya. She's one of the amazing women yang saya pernah kenal. Umur mama hampir sama dengan nenek. Boleh imagine tak, mama jaga saya daripada umur 3 tahun sampai 12 tahun. Macam mana saya tak sayang dia?

One thing about mama, I know that she loves me. Setiap kali kalau pergi mana-mana dia selalu je bawak aku sekali. Mama utamakan aku dalam SEMUA hal. Kalau pergi shoppping dengan ibu, jangan harap aku boleh beli benda-benda yang nonsense. You know what I mean kan? Tapi dengan mama, semua je boleh. That's why aku sayang mama. Semua benda yang aku nak, confirm dapat. Mama yang susah payah siapkan baju aku pergi sekolah agama masa ibu dengan ayah kerja. Mama masak untuk aku setiap hari. Mama hidangkan makanan untuk aku dari kecik sampai besar. Semua mama.

Terus terang, aku memang agak cerewet dalam bab makanan. Mama tau dah perangai aku. That's why setiap hari mama mesti tanya nak makan apa untuk lunch untuk keesokan harinya. Aku pulak dah orang layan, lagilah mengada-ngada kan? Aku cakap dekat mama aku nak makan lauk pindang, ayam masak merah, sardin etc etc. Esoknya, bila balik from sekolah pagi, makanan tu dah tersedia dah atas meja. Kalau memang dah betul-betul tak sempat nak makan, mama akan pack lunch untuk aku. Mama tau aku confirm akan lapar kalau tak makan tengah hari, so dia sediakan bekal untuk sekolah agama. Baik kan? Aku boleh je suruh nenek masak makanan yang aku nak tapi tak sama dengan mama masak. Ye, nenek masak pun sedap jugak tapi masak pindang nenek tak sama macam mama punya. Kalau masak pindang, mama punya nombor satu.

Ibu memang dah bagi duit belanja untuk sekolah kebangsaan dengan sekolah agama. Tapi, adatlah kan? Aku budak-budak lagi masa tu so kerja aku nak beli gula-gula je. Sekolah pagi ke petang ke, banyak jugaklah sweets yang aku beli. Setiap kali nak pergi sekolah, mama akan tanya sama ada aku ada duit ke tak. Awwww, saya sayang mama sangat-sangat.

Oh yes, and not to forget, abah. Abah pun sangat-sangat baik dan saya sangat sangat sayang abah jugak. Abah kerja shift so kadang-kadang je aku dapat jumpa abah. Kalau shift malam, maknanya aku boleh jumpa abah la pagi tu. Kadang-kadang, abah masak untuk aku jugak. Abah tahu aku suka makan Maggie yang abah buat, so dia selalu masak Maggie secret recipe untuk aku. Trust me, Maggie abah lain daripada yang lain. Bukan Maggie biasa. Aku sendiri tak tahu macam mana abah buat. Abah kata abah letak serbuk kari (kari biasa bukan kari maggie) dan adalah bahan-bahan yang lain. Aku memang tak ambik tahu pun sebab tugas aku makan je. Haha. But bila dah besar-besar ni, aku ada try tanya abah macam mana nak buat Maggie tu. Teringin tahu? Abah dah ajar tapi aku buat tak jadi. Rasa dia pelik. Whatever it is, abah punya Maggie nombor satu.

So kesimpulannya, saya sangat rindu dekat mama dengan abah. I'm thankful sebab diorang dah buat macam-macam untuk aku dari kecik sampai darjah 6. Abah and Mama, you're always in my heart.

ps. Saya masih keep in touch dengan Mama dan Abah :)

Labels:


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram