Monday, November 01, 2010
the PAST;



Woots woots, Hello readers!

Tiba-tiba aku terfikir balik pasal sekolah rendah. How my primary school life used to be. Bila fikir balik, boleh sengih sorang-sorang sambil tulis entri ni. So now, 3 perkara yang saya rindu tentang sekolah rendah.

1. Balik naik bas sekolah

Mak datuk! Dah lama tak menjejakkan kaki di atas bas sekolah atau dalam bahasa senangnya, naik bas sekolah. Dah berzaman dah rasanya. Kalau dulu, setiap kali loceng habis waktu sekolah bunyi, akulah orang paling cepat sekali keluar kelas. Bas sekolah mesti dah tunggu kat luar masa tu. So apa lagi, aku jalan keluar kelas laju gila sebab takut tak dapat duduk masa nak balik nanti. Lepas tu, kalau pilih tempat, mesti pilih yang best punya. Sebelah tingkap, so that sejuuuuuuk je (Ye, bas saya kuno okay? Tak ada aircond ;p) masa dalam perjalanan balik. Awwwhh, good times. Plus, aku ada tempat favourite tau dalam bas. Kalau tengok ada orang lain dah 'cop' tempat tu dulu guna beg sekolah diorang, aku mesti bengang. Yelah, tempat favourite dah ada orang ambil kan? Haha. Tapi sebenarnya tak kisah pun, asalkan ada tempat.

2. Fixed schedule from Monday to Friday.

Timetable harian saya untuk setiap minggu setiap hari Isnin hingga Jumaat dari darjah satu hingga darjah enam; Sekolah pagi, sekolah petang, mengaji sampai lepas maghrib, study. Hah, amik kau. Boleh imagine tak penat dia macam mana? Setiap hari aku mengeluh kat ibu. Setiap hari cari alasan nak ponteng either sekolah petang or mengaji. Yelah, penat tahu?!
Setiap pagi, mesti kena datang sekolah kebangsaan. Ibu ni jenis orang yang agak strict; tak bagi ponteng sekolah atau mengaji without a solid reason. Kalau orang lain mungkin sebab sakit perut tak nak datang sekolah, aku jangan harap dapat chance nak ponteng. Buatlah muka seposen ke, muka seringgit ke, jangan harap ibu nak pandang. Kalau aku cakap aku sakit perut je, which means tak nak datang sekolah, ibu akan bagi aku Bam Serai. Dia suruh aku bawak ubat tu pergi sekolah and bila sakit, apa lagi, apply bam tu dekat tempat yang sakit. Gerenti tak sakit dah. Aku buat muka jugak kadang-kadang, yelah aku kan tak mature lagi masa tu, nak buat macam mana kan? Haha.

Lepas balik sekolah kebangsaan, kena pulak attend sekolah agama / sekolah petang. Bas sampai rumah pukul 1.45 dan bas pergi sekolah agama datang dalam around 2.10 macam tu. Rushing gila setiap hari except for Fridays. Boleh imagine tak, bila masa nak tukar baju? Bila masa nak makan lagi? Nak buat itu, nak buat ini. Tu belum lagi kes nak masuk toilet. Memang rushing sangat-sangat. Tapi dulu aku duduk dekat rumah mama (pengasuh) sebab ibu dengan ayah kerja. Setiap kali aku balik sekolah je, mama dah sediakan semua benda. Makanan dah siap kena hidang, baju sekolah, tudung semua dah sedia. Tinggal nak sarung je. Mula-mula memang rasa macam impossible tabi bila benda ni dah dipraktikkan hari-hari, woah, boleh saja! Dulu selalu mengeluh sebab ibu hantar aku pergi banyak sangat sekolah, kononnya penat sangat and stuffs. Aku selalu jugak tanya ibu kenapa ada kawan-kawan aku tak pergi sekolah agama boleh and aku kena pergi jugak. Ibu senyum je and ibu cakap one day I'll understand why. Now I understand why, ibu. And I'm so grateful yang ibu hantar kaklong pergi sekolah agama.
Fuh sudah. Sekolah agama habis pukul 5.30 and kalau ada kelas tambahan, kena stay sampai pukul 5.45 petang. Bas sampai rumah dalam around 6 lepas tu mengaji start pukul 5.45 petang. So, balik sekolah agama je, letak beg sekolah dekat rumah mama, ambik Al-Quran dan saya terus pergi berlari marathon pergi mengaji dekat rumah ustazah saya yang terletak di blok B10 dekat Desa Pandan. Dulu aku duduk kat area situ before pindah Cheras.

Habis mengaji dalam 6.30 macam tu, yang tu pun kena ikut giliran. Siapa datang dulu, balik dulu okay! So sekarang saya pasti yang anda faham kenapa saya beria-ia berlari marathon untuk pergi mengaji. Haha. Balik rumah, rehat, solat dan siapkan semua homework. Tak kisahlah sekolah kebangsaan ke, sekolah agama ke, semua kena siapkan by 8. Masa ni, ibu akan duduk sebelah aku dan check satu per satu homework yang aku buat. Saya anak sulung okay? Ibu akan check semua kerja sekolah saya. Ibu akan pastikan yang terbaik untuk saya. Ibu akan... , stop it Fatin.

Pukul 8 pulak, kena revise. Masa ni, ibu tolong bacakan dan terangkan dekat aku everything yang aku dah belajar. If I say everything, means every single thing. Detail kaw kaw punya. Ada jugak hari kalau aku dah penat sangat, aku mogok tak nak revise. Macam aku cakap tadi, ibu ni jenis yang strict jugak. Kalau mood mengada-ngada / malas aku datang, ibu akan pegang hanger. Ibu cakap, kalau aku tak nak revise, bekas hanger tu akan menjadi temanku pada malam tu. Aku of course lah, terus kecut perut. Apa lagi, muncung-muncung pun, mogok macam mana teruk sekalipun, pergi ambik buku jugak. Tapi belajar tak ikhlas lah masa tu. Lepas ibu terang, ibu tanya aku faham ke tak apa yang ibu ajar, aku tak jawab. Eh, lupa ke? Saya kan merajuk masa tu sebab permintaan untuk rehat tidak dipatuhi? Haha, lawak gila bila fikir balik.

Alamak, panjang lah pulak entri ni. I'll continue the entry tomorrow kay? Panjang sangat dah ni.
Bye!

[Additional notes : Sekolah Agama saya ialah Sekolah Agama Al-Watan, yang terletak di Jalan Thaver, Kampung Pandan sebelah Restoran Kari Kepala Ikan, Kampung Pandan. Fusssh, rhyme tu!]

Labels:


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram