Monday, November 15, 2010
[Update] Stop Reading, Please.


Sebelum baca ni, aku nak mintak maaf dulu. Mungkin entri ni boleh menimbulkan rasa tak puas hati pembaca. Saya mintak maaf sangat-sangat but this is what I think. Memang original daripada otak saya dan diluahkan dalam blog ni. Kalau tak nak baca, sila tekan butang X merah bagi yang guna Internet Explorer dan butang X grey bagi yang guna Google Chrome. Peace.


Hello readers,

Hari ni aku nak share something. Bukan share sebenarnya tapi mendedahkan sesuatu. Jeng jeng jeng. Nervous tak? Haha. Lol. Honestly, aku ada jugak berblog walking kadang-kadang. Kalau ada blog yang best, confirm aku akan follow terus. Tapi, ada jugak blog yang bila first time aku bukak je, aku tak nak bukak lagi. Kenapa? Okay sila baca untuk mendapatkan jawapannya.

1. J@Ng@n N@wK TyP3 m@c@m Ni3yH D3ng@n 5@y@!!!
Seriously, terus terang aku cakap, aku memang tak boleh tolerate langsung dengan orang-orang yang tulis macam ni. Come on lah, please! Dah elok-elok orang yang cipta computer cipta keyboard ada huruf A sampai Z, nak jugak susahkan diri kenapa? Susah sangat ke nak guna huruf biasa? No offence, but if you think by writing this way is cool, you're totally wrong! Like totally! This is not cool at all. Not cool at all, man. Before nak jadi cool, kita kena tahu cool tu macam mana, tapi kalau dah tulis macam ni, memang dah jauh tersasar daripada matlamat sebenar. Now why? Kenapa aku tak baca? Sebab dia simple je. Sebab saya malas nak eja satu-satu. Just imagine, kalau satu ayat aku dah baca sampai 5 minit, kalau satu perenggan berapa lama pulak aku nak baca? Tolonglah, saya budak SPM tahun depan okay? Saya tak boleh spend banyak sangat masa dekat Internet. (Haha, Fatin bajet tahun depan nak SPM. Duhh.)

2. KaW niEy PaHaL dOwH? Na CaRi MaSaLa NgAn AkU KeW? Ta BaLiK rUmA KaW nAnTi KoWt.
Mak datuk, this is a different case pulak. Kalau macam ni, aku boleh tolerate lagi. TAPI, aku tak cakap aku boleh terima kan? At least aku faham lah jugak apa yang orang tu nak tulis. One thing, perkataan kecik besar kecik besar tu memang sangat-sangat menganggu pemandangan mata aku. Pendek kata, mata aku memang tak boleh terima langsung huruf kecik besar ni. Tahu tak, nak tulis guna perkataan kecik besar macam tu ambik masa 3 kali lebih lambat daripada tulis gaya biasa (Source; OMGFACTS) ? Aku tak tau lah pulak kalau orang yang dah expert tulis macam ni berapa lama masa dia ambik. But for sure, mesti cepat kan? Aku pernah cuba untuk tujuan eksperimen and tak sampai satu ayat aku tulis, aku dah give up. So kalau blog-blog yang guna bahasa macam ni, saya minta maaf sebab tak jenguk blog awak langsung.

3. Seronoknya,,, Esok nak habis sekolah dah,,,, Wohoooo,,,,, Tahun depan,, kita senior,,,, Best....
Ni satu lagi masalah bagi aku. Kenapa mesti replace koma dengan dot? Untuk pengetahuan semua, butang dot betul-betul terletak dekat sebelah butang koma. Apa benda yang susah sangat nya? Kalau koma takpe lagi, ni yang nak tambah banyak-banyak pulak. Cik adik dan cik abang, cikgu saya pernah ajar yang koma digunakan untuk berhenti seketika dalam sesuatu ayat. Kalau nak buat dot seratus ribu sekalipun, aku tak kisah sangat since at least penggunaan dot tu betul walaupun kuantiti tak sama. Ni tak, guna koma. Apa kes ni? Serious aku tak faham. Kalau guna banyak dot, aku masih boleh terima lagi but koma, no freaking way.

4. Saya sedih ni, uhuk uhuk. Semalam dia tak call, uhuk uhuk. Nak buat macam mana ni? Uhuk uhuk. Tak boleh jadi ni, uhuk uhuk.
Ya Allah Ya Tuhanku, ni lagi satu. Kenapa mesti guna uhuk-uhuk??? This is so annoying jugak tahu? Tulis je lah ayat betul betul without the uhuk uhuks. Susah sangat ke? Kalau nak masukkan emoticon sedih ke apa ke takpelah lagi. But why Uhuk Uhuk? Kenapa? Kenapa? Kenapaaaaaaa?! Argh, aku pulak yang tension tulis entri ni.

5. Oh,saya edit benda ni masa hari raya haji.seronoknya tengok orang sembelih lembu!!!!first time in my life tu!!whoa excited giler.hahahaha.hehe
Okay, ni satu lagi kes. Adakah anda semua dapat apa yang saya cuba sampaikan? Yang ni aku tak marah tapi aku nak bagi nasihat sikit. Tak kisahlah nak tulis blog dengan semua huruf besar ke, semua huruf kecik ke but please, tolong jaga tanda baca. Ingat ye, selepas tanda baca mesti ada jarak. Untuk jarak, mudah saja. Anda hanya perlu tekan space bar pada keyboard laptop atau desktop anda. Mudah bukan? Mula-mula memang agak susah nak biasakan diri, tapi kalau dah jadikan benda simple macam ni satu kemestian setiap kali berblogging atau menulis, InsyaAllah, benda-benda macam ni boleh dielakkan.

Enough for now kan? Again, I'm sorry.

Labels:


2 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram