Wednesday, December 22, 2010
Kids Nowadays



Hello readers,

Okay so what does the title means? Kids nowadays? When I say kids, I was actually referring to primary school students, just like my younger sister. Iklan dalam tv cakap, "Dunia dah maju, zaman dah berubah." and of course kita semua tak boleh nak deny sebab benda tu memang betul. So back to the topic, aku actually dalam proses memerhatikan adik bongsu aku yang seorang ni. Tengok cara dia communicate, macam mana dia bawak diri, semua benda yang dia dapat, etc.

1. Cellphone.
Memang zaman dah maju kan? Sekarang ni, even ada budak tadika pun ada yang dah ada hand phone sendiri. Kalau cellphone tiga-tiga sekupang tu, aku faham lah jugak. Ini aku tengok banyak yang dah guna cellphone yang canggih-canggih. Mak datuk, aku punya phone pun rock kapak je. Hahaha. Yang tu baru tadika, belum masuk sekolah rendah lagi.
Adik aku yang darjah tiga ni, guna handphone Nokia 5300. Aku dulu masa darjah tiga, main handphone mainan je tau. Handphone yang kalau beli ada gula-gula warna-warni yang sedap kat dalam dia tu. Haaa, itulah barang mainan aku. Salah satu permainan yang wajib ada. Setiap minggu aku beli gula-gula handphone tu kat kedai. Macam-macam warna ada. Pink, merah, biru, oren, kau cakap je lah warna apa, semua aku ada tau. Jangan main-main. Gula-gula tu mahal tahu? (Alah, masa kecik-kecik dulu RM2.50 rasa macam RM15 sekarang ni.) Lepas tu balik rumah berlagak dekat kawan sebab kawan ada satu warna je, aku punya macam-macam. Tapi sekarang ni? Cakaplah brand apa, Samsung, Nokia, Iphone, Sony Ericson, aku rasa memang ada budak-budak kecik yang guna brand tu. Kan?

2. Duit belanja.
This one pun. Adik aku belanja almost RM25 ringgit every week. Oh, amount tu macam sama je macam duit belanja aku per week? Seriously. Kalau nak dibandingkan dengan aku masa darjah tiga dulu, aku belanja RM2 sehari. Kalau tambah dalam seminggu duit belanja aku, aku ada RM10 je untuk satu minggu. Tak ada bekal, tak ada apa. But adik aku bawak bekal setiap hari. Hmmm. Tapi untuk kes adik aku ni, dia dimaafkan sebab dia tak pernah belanja lebih daripada RM2 setiap hari. So kiranya dia belanja RM10 jugak lah seminggu. Duit yang lebih, dia mesti masuk tabung. Ni yang tak aci, tabung dia penuh :'( Haha.

Ada satu hari dekat depan pagar sekolah, aku tiba-tiba rasa macam nak makan ice-cream. So, aku pergi ice-cream dekat Pak Man. Before turn aku, ada seorang budak primary school lagi. Dia beli ice-cream Mat Kool yang Traffic Light tu. Kalau tak silap aku, ice-cream tu is only RM1, kan? This kid keluarkan not 50, bayar dekat Pak Man. Budak tu kecik je. Macam dalam lingkungan darjah satu or dua. Aku agak terkejut tapi tak cakap apa-apa. Pak Man tanya dia, takde duit kecik ke? Yelah, takkanlah nak bagi dia baki RM49 balik kan? Baik bayar seringgit terus. Budak tu geleng sambil tunjuk duit dalam purse dia. Dalam purse dia ada satu lagi not 50. Hah, ambik kau. Dia carry total of RM100 dalam purse dia. Kalau secondary student, maybe normal tapi kalau primary school? Memang tak ah kan. Dia pandang Pak Man, sebab dia betul-betul takde duit kecik. Last-last Pak Man bagi dia ice-cream free. So, nampak tak jurang panjang dan lebar zaman aku dan zaman sekarang?

3. Internet.
Cakap pasal Internet, confirm semua orang dah terbayang pasal Facebook or maybe Twitter or Tumblr, Yahoo, Google, or maybe disneychannel-asia. Who knows? Atau mungkin jugak ada orang yang mungkin terfikir pasal Chef dekat Restaurant City dah bagi makan ke belum, Macaroni Cheese dekat Cafe World dah cukup masa nak kena hidang ke belum, maybe ada jugak yang fikir pasal pokok-pokok dekat Farm Ville siapa nak jaga sebab dia tak boleh bukak Internet seminggu. Okay, orang sekarang dah tak main lagi kan game-game tu dekat Facebook? Sebab sekarang semua orang rasa FB dah boring. Haha. Aku dah mula mengarut so I better get back to the topic.

Dulu, adik aku suruh aku buatkan dia FB. Aku seriously memang tak nak buatkan dia account. Yelah, as the eldest child, aku ada tanggungjawab untuk jaga adik-adik aku daripada jenayah siber dan apa-apa yang sewaktu dengannya. Haha. (Kan dah mengarut masuk jenayah siber.) Aku memang tak nak buat sampai satu hari dia inform aku, "Along, achik dah ada Facebook!" sambil lompat-lompat suka. Eleh, ingat cute la tu, lompat sana sini? Hahaha. Then hari ni, baru sekejap tadi dia suruh aku buatkan dia Twitter account. I asked her why. And dia kata Facebook dah terlampau boring dan dia kata it's the time to move to Twitter. I was like, banyak cantik? Aku tak tau macam mana, tiba-tiba dia terjah bilik aku cakap dia dah ada account Twitter. Dia register sendiri. For God sake, she's only 9! Isy isy isy *geleng kepala*.

Aku dulu masa 9 tahun, aku kalau bukak internet aku tau 2 website je. Aku tau Neopets je tau. Tak pun aku main game kecantikan dekat Barbie.Com . Hahahaha. Lame gila. Kalau folio semua benda, aku bagi kertas folio kat ibu, ibu yang buatkan. Takde maknanya nak explore Internet lebih-lebih. Although nama Internet tu Internet Explorer, takde maknanya aku nak bukak any website selain Barbie dengan Neopets. This MySpace, Friendster, Facebook, Hi5, Twitter dan semua benda yang sewaktu dengannya, aku tahu bila aku masuk secondary school. Bila masuk sekolah menengah, baru terbukak sikit minda aku. Yelah, aku kan innocent. Hahaha.

Labels:


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram