Thursday, December 30, 2010
[Update] Victory


Terus terang saya rasa entri saya pasal kejayaan Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama, yang sebelum ni tak cool. So I decided to write more atau pendek katanya, padam balik semua benda yang aku dah tulis tadi and buat entri baru. *Hmmmmph. Hampeh punya Fatin =_='*.


Sebelum aku tulis apa-apa dekat dalam entri ni, jom kita jerit sambil lompat gaya kanak-kanak Ribena sama-sama. I'm sure that semua rakyat Malaysia terlampau happy + hyper + gembira dengan berita ni kan? Kita menang secara agregat terhadap Indonesia 4-2. Kalau nak ikutkan hati aku yang puas dengan kemenangan our national squad ni, aku nak je pergi cari gaduh dengan Indonesians yang kutuk Malaysia macam-macam masa 1st Leg dulu. Nak jugak bangga yang Harimau Malaya yang diorang kutuk habis-habisan dan kritik macam-macam ni dah kalahkan Garuda yang diorang puja macam nak gila. Benda yang tak sepatutnya jadi isu pun diperbesar-besarkan. Hisy, geram tahu? Hahaha, nasib baik aku ni baik. Nasib baik saya ni merupakan seorang yang innocent. (Oh, puhlease Fatin. Kau tak payah nak perasan.)

The match was fantastic! I loike. Perut aku dah macam bergendang semacam masa tengok match tadi. Bukan bergendang sebab lapar, tapi bergendang sebab nervous sangat. Mana boleh tak nervous, Indonesia banyak attack kot. Nasib baik diorang bolos 2 je. Fuuuuuh, lega.

Kalau tengok permainan, nampak sangat Indonesia conquer bola 65%. Dari mula sampai habis, Indonesia tak habis-habis attack bahagian Malaysia. Mereka serang terus dan terusan lagi serangannya. Tapi tak masuk-masuk. Oh, penalti pun tak masuk tau! Haha. Malaysia tak banyak buat serangan tapi bila Malaysia serang je, banyak jugak yang macam agak dangerous. Nasib je tak masuk, kalau masuk goal-goal yang Malaysia attack tu, supporters Garuda balik menangis lah jawabnya.

Aku tengok match dengan family. Ibu dengan ayah, balik kerja tak mandi tak apa, duduk terus depan TV. Haha, terbaik kan? Masa 90++ minutes game ni berjalan, aku memang tak senang duduk. Memang nervous tahap gaban from the very beginning lagi. Nervous aku lagi menjadi-jadi bila Indonesia dapat penalty kick. Kau tak nervous ke bila Indonesia dapat penalty kick seawal minit ke 17? Tak nervous? Kau jangan nak menipu. Kalau tak mengaku jugak, meh aku duku kepala sorang-sorang. Masa penalty kick tu, aku terus grab bantal kat sebelah aku. Kuat gila aku cengkam bantal tu, takut punya pasal. Last-last tak masuk. Aku dah menjerit macam orang tak betul dah. Oops bukan aku sorang, satu family jerit-jerit. The high 5s were everywhere dekat area living room tu. Haha, terbaik. Tu belum masuk goal Safee Sali lagi. Masa goal Safee Sali, aku melompat terus daripada sofa sampai jatuh guling-guling freestyle gaya bebas semua ada. Haha, excited punya pasal. Tolong jangan tiru aksi ini di rumah ye. Keselamatan anda, saya tidak jamin.

The best player for this match? Personally aku rasa anugerah tu patut diberikan kepada Khairul Fahmi. Siapa lagi, goalie kita la. Aku memang puji dia habis. Since the very beginning lagi, dia consistent je. Goal Malaysia pun tak banyak bolos. He did a very very very good job malam ni. Aku tengok, dia sendiri yang defend benteng Malaysia masa defender kita terleka sekejap sedangkan attacker Indonesia depan mata je. So dia pastikan semua bola yang dia dapat tangkap, dipegang atau dipeluk kemas. Khairul Fahmi memang patut dipuji. SAYA SALUTE! Btw, Safee Sali pun not bad. So secara personal, saya rasa it's either Safee Sali or Khairul Fahmi yang patut dapat gelaran 'Pemain Terbaik'.

Lepas Malaysia menang je, memang penuh terus homepage aku. Tak kisahlah newsfeed Facebook ke, timeline Twitter ke, semua penuh. Hahaha. Pendek kata, memang hampir semua rakyat Malaysia yang tengok match ni live from Astro or maybe RTM. Who cares? Asalkan Malaysia menang sudah. Haaaa, pasal Malaysia menang ni, guess what? Jeng jeng jeng. Rio Ferdinand, wish kita kot. Rio Ferdinand, ala takkan tak kenal kot? Dia yang main for MU tuuuu. Alah, yang dulu ada iklan kat Malaysia yang "Rio Ferdinand, Rio Ferdinand, menggelek bola sekarang ini dan... Apa yang terjadi? (Masa ni semua orang bangun and commentator tak nampak padang)." a moment later, "GOAL!" pastu lepas semua orang celebrate goal dia cakap, "Dapatkan sms alert keputusan perlawanan terkini. Hanya dengan ....". Entoh la, saya dah tak ingat sangat pasal ni. Tapi yang penting dia congratulate kita! Wohooo, I'm so happy.


Alhamdulillah Ya Allah. Alhamdulillah. The victory is ours for the first time ever. PM cakap this Friday cuti. Tak tau lah betul ke tak. Betul rasanya. Nak tau betul ke tak, kena tengok paper esok.

HARIMAU MUDA ROCKS! #Malaysiaboleh #LoveMalaysia

Labels: ,


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram