Friday, January 14, 2011
14th Note - A Resolution



I changed my layout at last. Sejak tahun lepas lagi aku guna layout yang dekat atas ni. Finding and searching for a new layout is really hard for me because believe it or not, I'm a choosy person. Tadi, aku pergi survey berapa banyak website dah. Memang banyak template tapi semua aku tak suka. I think this is kinda okay. What do you think?

What's my new year resolution actually? Ceh, dah 14 Januari baru nak cakap pasal azam tahun baru. Tak payah cakap pasal azam, kita cakap pasal bulan Disember. Masa Disember hari tu, aku ada tulis satu entri yang menceritakan tentang azam bulan Disember aku. Tolong jangan tanya apa yang dah jadi dekat azam-azam tu. Tak terbela dan tak terjaga. I promised myself to complete my manuscript by December. Sampai sekarang tak siap-siap. Memang terbaik ah kan?

Nasihat untuk diri sendiri : Dah berapa kali aku bagi tahu kau, jangan berhenti bila menulis? Kau tak faham-faham ke yang bila sekali kau berhenti, susah nak sambung balik? Tak serik-serik, buat jugak benda yang sama. Bila nak siapnya macam ni?

Ok dah. Sambung balik. Aku rasa salah satu sebab aku macam malas nak menulis sebab aku dah jarang pegang novel atau pun buku cerita sekarang. Kalau dulu, sebelum tidur aku memang wajib baca buku, kalau tak aku tak boleh tidur. Dulu, dalam beg sekolah aku wajib ada sekurang-kurangnya satu novel. Tapi sekarang? Hmmph. Setakat Interlok, Dirgahayu Bahasaku dengan Step by Wicked Step ada la. Yang tu pun buku Komsas untuk tingkatan 5. Bagus ke tak bagus? Lepas tu, buku Melissa Hill, Please Forgive Me yang aku beli PERTENGAHAN tahun lepas pun aku tak habis baca lagi. Ya Allah Ya Tuhanku, what is actually happening to me?

Entah kenapa, tiba-tiba tadi aku dapat kesedaran untuk menulis balik. Mungkin sebab Arib tanya pasal manuskrip kot. Maybe. Mungkin jugak sebab aku baca novel Claudia Gabel petang tadi. I miss that feeling when you were looking at your own book on the bookshelves. I miss that feeling when people were actually reading the synopsis of my book without realizing that the author was standing just beside them. I miss the maximum level of nervousness feeling when reading the emails from the editors. My first debut was on 2009 and it's 2011 now. Ya Allah Fatin, kau sedar tak yang kau dah banyak buang masa?

I SERIOUSLY HAVE TO DO SOMETHING ABOUT THIS.

PS; Saya sedang mencuba sedaya upaya untuk tidak menggunakan bahasa rojak :) SPM Fatin, SPM.

Labels: ,


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram