Friday, March 18, 2011
78th Note - Dude, that's not cool.


Love your life - XOXO

1. Kau rasa kau cool ke kalau merokok?
2. Kenapa kau nak merokok sangat?
3. Tak takut ke risiko penyakit sebab rokok?
4. Weh, tak sayang nyawa? Nak mati cepat?
5. Kau tak malu ke dengan uniform sekolah pergi beli rokok?
6. Mak bapak kau tahu tak yang kau merokok?

Sorry for the harsh questions. Kenapa tiba-tiba aku nak cakap pasal rokok? Secara jujurnya, saya sangat-sangat meluat kalau tengok budak sekolah yang masih lagi dalam school uniform pegang kotak rokok pastu dengan bangganya keluarkan rokok, keluarkan mancis etc. pastu nak start merokok. Dude, WTH? Kau tak sedar ke yang kau dah membahayakan diri sendiri? Pastu tak pasal-pasal orang lain pulak terpaksa jadi secondhand smoker pulak kan. Ya Allah, sakitnya hati. Kalau dah kerja ke apa ke, aku fahamlah jugak. Duit nak beli rokok pun guna duit sendiri. Ni tak, duit belanja pun mak bapak yang bagi, ada hati nak beli rokok. Cakap kat mak, cakap kat bapak, nak duit extra nak beli buku, last-last tengok pergi 7 Eleven, beli rokok. Sumpah aku cakap, I'm annoyed. Kau tahu tak yang kau dah mencemarkan imej budak sekolah?

Okay, maybe this is not my problem. Mungkin ada yang nak cakap, "Hidup aku, suka hati akulah." or even worst, "Aku yang nanti masuk kubur dulu sebab rokok, kau nak sibuk apahal?". Masalahnya sekarang, aku cukup tak suka jadi secondhand smoker tahu tak? Tak pasal-pasal jangka hayat hidup aku dah berkurang sikit. Kau nak merokok, pergi jauh-jauh. Jangan nak membahayakan nyawa orang-orang sekeliling kau. Dahlah tu, pakai uniform sekolah lagi. Weh, seriously, kau tak tahu malu ke? Orang semua dah bagi signal dengan pandangan mata yang cukup tajam, tapi tak faham bahasa lagi ke? Semua orang dah pandang, still buat muka stone cold dia lagi. Bang, tak malu ke? Awak suka jadi the center of attention eh? Ke awak fikir awak cool sebab semua orang pandang awak? Sorry lah bang, tapi saya tak rasa awak cool. Nak cuba jadi cool? Maaf lah ye, cuba lagi. Awak gagal jadi cool dengan taktik ni, #epicfail. Terima kasih.

Someone asked me before, "Smokers memang antara faktor yang buat diorang turn off ke?". Well, I don't know how you guys would respond to this question, but for me, YES, IT IS. I don't want a smoker as a husband. Well yes, sorry for that. Ibu pernah cakap dekat aku, "Kalau nak cari suami, cari yang beragama, boleh didik kita dan yang paling penting, cari suami yang tak merokok. Kalau dia merokok, ibu awal-awal akan cakap NO.". See? Kau bagi tahu aku sekarang siapa yang suka orang yang merokok. Kalau kau dapat list kan sepuluh nama berserta bukti, datang sini jumpa aku, aku belanja kau makan breakfast/lunch/dinner seminggu.

Kalau pelajar lelaki merokok, aku still boleh terima lagi. *Okay, sebenarnya aku memang tak boleh terima walau apa pun alasan dia bagi. Bagilah 10 hatta 1000 alasan sekalipun, I will say no jugak.* Ni tak, ada jugak perempuan yang merokok. Yes people, she was in her school uniform. Pastu selamba je kan, duduk dekat Starbucks minum Vanilla Cream, relaks kejap, keluarkan rokok, act macam takde sape nampak and start buat business rokok dia kat situ. Bukan sebatang tau, dua batang rokok at the same time. Ya Allah Ya Tuhanku. Sebagai seorang pelajar sekolah, saya sangat-sangat malu. Pastu bila parents aku nampak, hah, mula lah diorang bagi ceramah free. Tak pasal-pasal aku jugak yang kena bebel. =____='' Tak pasal-pasal, aku jugak yang kena. jdfdfejWTFishjats! Bengang tahu!

And another one more thing, aku cukup pantang kalau nampak orang post gambar pegang rokok dekat Facebook. Bangga sangat lah sekarang yang kau merokok? Muka lawa-lawa tapi pegang rokok. It is such a shame. Kalau aku jadi lelaki, aku malu tengok perempuan macam tu. Oh sebelum aku terlupa, aku rasa nak ketuk je kepala perempuan bertudung yang merokok. Akak/Adik, adakah awak tahu yang awak telah mencemarkan imej wanita Islam? Orang zaman sekarang dah jarang cakap pasal bangsa. Orang zaman sekarang lebih suka kritik agama. Betul tak? Jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Jangan sebab seorang, semua wanita Muslim dipandang serong. Lagipun, tak manis lah orang pandang. Tak elok. Tak elok. Tak elok. Dan bila parents saya nampak, saya lagi yang kena bebel. How great. Sukanya saya bila kena bebel. PFFT.

Kesimpulannya, sayangilah nyawa anda. Anda mampu mengubahnya.

Labels:


1 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram