Sunday, April 24, 2011
116th Note - Looking Back


Orang sekarang ni tengah cakap pasal concert Justin Bieber, aku sekarang nak cakap pasal concert lain.

I went to Istana Budaya yesterday. Buat apa? Jap jap, nak ceritalah ni. A few days back, ayah dapat 6 free tickets untuk tengok Konsert Untukmu Loloq. At first, I thought it was some kind of musical ke, theater ke etc etc. Tak expect pun yang benda ni concert. Back to the story, bos ayah ni macam ada link dengan orang Istana Budaya, so he is one of the sponsors lah. Pastu tak tau kenapa, tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba je dia bagi ticket free kat ayah. Rezeki kitaorang lah kot. I have to admit yang I was kinda excited because aku belum pernah lagi menjejakkan kaki ke Istana Budaya before this. Seriously, jakun gila kot. Haha. Setakat jalan naik kereta sebelah Istana Budaya tu dah banyak kali dah rasanya. Tapi bab masuk dalam, yesterday was my first time.

Konsert Untukmu Loloq ni actually satu konsert untuk mengenang balik jasa-jasa Allahyarham Rosli Khamis ataupun lebih dikenali sebagai Loloq in our music industry. Siapa tak kenal Arwah Loloq kan? Dia tulis banyak sangat lagu and dia pernah dianugerahkan Anugerah Penulis Lagu Terbanyak dalam Malaysia ni. Cuba cari balik lirik-lirik yang dia tulis. Almost semua lirik-lirik tu best. Now, cuba try compare pulak lyrics yang dia tulis dengan lirik-lirik yang ada sekarang ni. Tak sama kan? Betul lah orang kata, arwah is one in a million. Susah nak jumpa orang yang boleh tulis lirik macam dia.

Antara artis yang buat persembahan last night ialah Ella, Ramli Sarip, Spider dan M. Nasir. Sekali dengar, I was like, "Nyeeeeeeh.". Haha, you know what I mean kan? Concert Justin Bieber aku tak pergi, ni pulak concert M. Nasir dengan Ramli Sarip. Memang tak ah kan. Well, aku kan termasuk dalam golongan teenager yang perasan urban. Lol. Sinar FM pun tak nak dengar. Nak dengar Fly FM je memanjang. Radio lain jangan harap. Hmmph, bagus sangat (Y)

Dalam hall, before concert.

Oh btw, mula-mula nenek tak nak pergi. Tapi kitaorang ada 6 tickets yang worth RM300 satu, so agak rugilah jugak kalau nak burn macam tu je. Tapi aku sebagai along yang bijak, pandai, cerdik, cerdas, pintar, rajin (Saya Bijak Sekali!) *sila nyanyi dalam intonasi lagu Along Bijak* ni, tah macam mana aku pujuk nenek, she agreed to join us. Fuyoh, jangan main-main weh. My grandmother rocks tahu. Haha, cerita nak gebang je, aku ni. Actually, I did not do much pun. What I said was only, "Nek, jom lah nek pergi sekali. Nanti dok rumah sorang-sorang confirm boring. Kalau pergi mesti best.". That's it. So yeah, kesemua 6 orang dalam rumah saya pergi.

Ella was the first one yang buat performance. First time tengok Ella, aku sumpah terkejut gila. Gila pun terkejut macam tu. She is so beautiful! Ya Allah, seriously. Dalam TV, dalam newspaper dia nampak biasa-biasa je, dekat luar lawa habis. She is 46, sebaya dengan ayah tapi she looks like she's in her early thirties. Gila kan? Ayah told us that Ella was his tuition friend masa sekolah dulu. Dah nama pun Konsert Untukmu Loloq, Ella nyanyi lagu-lagu yang Loloq tulis. She sang 4 songs if I'm not mistaken tapi aku ingat tiga je. The songs are Bagaikan Puteri, Nuri and Layar Impian. She has such a melodious voice. Bukak mulut kecik je tapi suara tinggi kemain. Dahlah lawa pulak tu. Listening to the songs, aku ikut nyanyi sekali. Lagu-lagu tu famous masa aku sekolah tadika kot! Cameras and phones are not allowed at all. Ingatkan nak record video, tapi aku takut kena laser dengan pakcik botak yang muka garang gila yang duduk kat belakang tu, so aku duduk diam-diam je. This is what it looks like, masa performance Ella dengan lagu Bagaikan Puteri cuma baju dia lain. Ni persembahan dia masa hari Jumaat hari tu.


Credits to the owner. Log on to this website to read more; (http://runwitme.blogspot.com/2011/04/photo-ella-ramli-sarip-m-nasir-spider.html)

And then, ada Ramli Sarip. I don't know the title of the song yang Ramli Sarip nyanyi but dia dengan Ella ada duet lagu Dunia Batinku. Weh, the duet was the bomb tahu tak?! Best ya amat. Suara tinggi, takde sekat-sekat pun.

Whoa! Next was Spider. Spider was my favourite band when I was in standard err, 2 I guess. Who cares which grade I was in back then but I was a big fan of Spider dulu-dulu tahu. I know most of their songs such as Aladdin, Kasih Latifah, Laukku Cukup Masin, Relaku Pujuk etc etc. Ingat aku tak layan rock kapak ke dulu-dulu? Aku layan jugak, okay! Masa Spider buat performance pun aku nyanyi sekali. Konon-konon perasan superstar lah kan menyanyi sekali masa diorang tengan perform atas stage. Apa yang aku respect pasal Spider, diorang main guitar sendiri kot masa performance diorang. Salute! Best, best, best. Dengan lyrics on screen dekat kiri and kanan hall, aku bukan main lagi berkaraoke sekali. Tapi jangan risau, no one can hear my voice as dia punya music iringan kuat sangat. Bergegar hati. That sounds so wrong but betul oh. Hahaha.

After that ada Sifu M. Nasir! He sang lagu yang boleh dikatakan aku tak pernah dengar langsung. He said that lagu yang dia nyanyi tu was one of the earliest lagu yang Arwah pernah tulis. No wonder lah aku tak pernah dengar, aku tak lahir lagi rupanya. Before concert habis, Ella, Spider, Ramli Sarip and M. Nasir nyanyi lagu Mentera Semerah Padi sama-sama. Ni lagi satu, TERBAIK WEH! Kalau aku jadi Cikgu Siti Hajar yang ajar vokal tu, aku akan repeat benda yang sama setiap kali bagi komen, "Marvellous! Perfecto! Secreto de Amor!" Hahaha.

Oh, lupa pulak nak cakap yang antara persembahan tu, ada orang yang macam cakap something kat tengah-tengah. I don't really know how to explain so I hope you guys understand why I'm trying to explain. Ada tiga orang yang cakap-cakap tu but one of them was quite familiar. Mula-mula macam tak kenal sangat tapi after dah a few seconds baru aku perasan yang tu Azrul. Kenal tak Azrul?! Alah, Azrul yang Raja Lawak tu. Dia dalam kumpulan Cham dengan Along. The short one, bukan yang tinggi tu. Satu batch Raja Lawak dengan Nabil. If you are a big fan of Raja Lawak, I'm sure you know them. Cham was the 1st Runner Up masa season Raja Lawak tu.

Then, habis... Haha, teruk bebenor. Habiskan cerita macam tu je. Tapi betul apa, lepas tu habis dah concert. Nak pergi mana lagi kan? Balik lah. Tapi before balik, ada jugaklah gambar yang sempat ditangkap. Alah, sikit je. Sekadar buat kenangan, ibu kata.

Ibu & Ayah, dekat Hall Utama Istana Budaya.


Oh, saya juga! Semestinya! :D

PS;
- Surprisingly, I had fun. Best, best, best. Betapa ruginya aku if I decided untuk tidak pergi seperti yang aku rancang sebelum malam semalam.
- Masa duduk dalam Panggung Sari, aku terasa macam ada dalam cerita The Phantom of the Opera. Hahaha. Nak tahu kenapa tak? Sebab dekat dalam Panggung Sari tu ada boxes yang macam tempat the Phantom duduk tengok Christine Daae perform Think of Me tu. Trololol.

Labels:


1 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram