Saturday, May 14, 2011
137th Note; The Acidman? Oh, tidak!


Haish, aku tak tahu lah apa nak jadi dengan dunia zaman sekarang. Macam-macam benda pelik ada. Macam-macam benda pelik jadi. Sekarang ni kecoh satu Malaysia pasal 'the Acidman'. Seriously, aku tak faham. Apa motif orang ni sebenarnya? Nak pergi main baling-baling asid kat orang tu apa cerita? Dia ingat asid ni macam air paip biasa kot. Pak cik Asid, tak belajar Chemistry ke masa sekolah dulu? Janganlah menyalahgunakan asid. Hish, kalau Pn. Lee tahu, mesti pak cik ni kena bebel dengan Guru Cemerlang Kimia sekolah saya tu. Hah, kalau korang tak dengar lagi pasal ni, baca news yang aku post dekat bawah ni. Kalau nak cerita lebih lanjut, pergi je bukak Utusan Online ke, The Star Online ke, semua ada.



Pada pendapat peribadi aku lah kan, orang yang buat kerja baling-membaling, simbah-menyimbah asid dengan orang ramai ni ada mental disorder oh. Orang yang berfikiran waras takkan buat macam tu. Betul tak? Buat apa nak buat jenayah, kan? Karang tak pasal-pasal meringkuk dalam penjara seumur hidup baru tahu. Dah confirm-confirm nanti future dia habis, masa depan dia musnah. Kan? Oh lain lah pulak kalau penjara tu ada fasialiti macam dekat Buckingham Palace, tempat Prince William dengan Kate kahwin baru-baru ni tu. Kalau betul penjara Malaysia ada yang macam tu, aku pun nak masuk penjara. Ni tak, sembilan puluh sembilan ratus kali lagi worst kot. Please lah.

Daripada pergi baling asid naik motor atau pun kereta, baik duduk rumah je. Tak payah nak keluar duit beli minyak masak, eh silap, petrol. Kan boleh jimat duit kat situ. Aku tak tahulah pulak kalau the Acidman ni orang kaya. Yelah, duit dah banyak sangat, sampai tak tahu nak spend dekat mana. Tu yang dia beli asid banyak-banyak pastu main simbah-menyimbah tu. Haa, maybe that's one of the reason why kot. Pak cik, kalau nak menghabiskan duit pun, janganlah buat benda yang mengarut-ngarut tu. Yang nak simbah asid kat anak orang tu kenapa? Cuba bayangkan kalau orang yang disimbah asid tu anak pak cik sendiri. Bengang tak? Confirm pak cik bengang sampai tak tidur sepuluh hari sepuluh malam. Kalau betul pak cik nak habiskan duit, baik pak cik bagi je duit pak cik dekat saya. Saya pun memang tengah broke tahap gila lepas beli tiket fan meeting U-Kiss dengan pergi PBAKL hari tu.

Hari tu Wangsa Maju. Lepas tu Setiawangsa. Sekarang ni Desa Pandan pulak? Ya Allah, semakin menjadi-jadi pulak the Acidman ni. Desa Pandan dah lah tempat aku membesar pulak tu.

Terima kasih banyak-banyak Pak Cik Asid. Sebab pak ciklah ibu dengan ayah saya tak bagi saya keluar. Kalau nak pergi study pun diorang tak bagi. Risau kalau ada apa-apa yang buruk jadi. Zaman sekarang ni, dunia makin menjadi-jadi. Hah ambik kau, dah keluar dah pantun empat kerat aku. Ohmygodiamsocoollikethat. Perasan punya Fatin, -____-''

Kepada semua golongan wanita dan perempuan dekat luar sana, hati-hati okay? Kalau rasa semacam tu, doa banyak-banyak. Ayat Kursi jangan lupa. Tengok kiri kanan dulu. Make sure yang persekitaran tu safe dan selamat. Elakkan daripada jalan sorang-sorang. Bawaklah kawan sorang dua kalau nak pergi jalan-jalan. Tak pun, bawak bodyguard masing-masing yang badan ketul-ketul, pakai kaca mata hitam bersinar-sinar tu. *Wink wink* Too bad, saya tiada body guard. LOL.

Hah, lupa nak cerita. Cikgu Biology aku ada beritahu hari tu yang salah seorang cikgu praktikal dekat sekolah aku masa aku Form 2 dulu, kena simbah dengan asid. Yang ni betul-betul punya asid tau. Asid yang harm kulit, the one yang buat kulit terbakar. SBUians, ingat lagi tak Cikgu Magfirah? Yang putih melepak, kurus, lawa gila tu. Cikgu Biology aku cakap cikgu ni sekarang still dekat ICU lagi. Dia kena simbah asid masa tengah cross jalan dengan best friend dia. Tapi bahagian badan yang mana yang kena asid, yang tu aku pasti pulak. Yang pastinya, aku dah kena grounded secara tidak rasmi. Big fat sigh. Ohmygodthisissonotcool.


Labels:


4 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram