Monday, August 29, 2011
244th Note - Eid Mubarak


Oh okay. Eheeerrrmmmm. Mari mulakan entri raya ini dengan lirik lagu Suasana Hari Raya yang sememangnya sudah menjadi lagu kegemaran saya sejak kecil lagi. Jom nyanyi sama-sama sebab saya sedang dalam mood untuk menyanyi lagu raya.

Berlalu lah sudah Ramadan sebulan berpuasa,
Tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira,
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa,
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira.

Bertukar senyuman dan salam, ziarah-menziarahi,
Tutur dan kata yang sopan, saling memaafi,
Suasana hari raya walau di mana pun jua,
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa.

Disebabkan saya sudah lama tidak mengupdate blog kesayangan ini, maka jari jemari saya sudah pun kaku di atas papan kekunci ini dan saya tidak tahu bagaimana mahu meneruskan penaipan saya. Huuh, tak perlu sebenarnya bahagian ni. Skip.


Eheeeermmmm *mic test*.

Di kesempatan ini, saya Fatin Hanani binti Adnan yang merupakan anak sulung kepada Adnan bin Mohamad dan Asmah binti Jaafar ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimah sekalian. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menghulurkan sepuluh jari memohon maaf atas salah dan silap saya kepada saudara/saudari sekalian sama ada disengajakan atau tidak. And to the readers of this blog (Fatin perasan ada orang baca blog dia), I would like to apologize if I've ever posted any entries which make you uncomfortable. I'm truly sorry. Saya sebagai manusia biasa memang tidak lepas dari melakukan kesalahan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf, zahir & batin.

PS ;
Kalau awak nak makan homemade cookies and kuih raya, saya jemput awak datang ke rumah saya. Cookies dan kuih raya tersebut sememangnya dibuat dengan penuh kasih sayang. Hahaha. Kalau awak nak baca tentang cerita persiapan raya saya, awak boleh click sini yang akan membawa awak ke blog Urban Teen Writer.

Akhir kata, Wabilahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Labels:


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram