Friday, December 30, 2011
2011

This will be my final entry for 2011.

Adik-adik perempuan saya sedang sibuk balut buku teks masing-masing, while here I am, writing this entry on my precious blogspot. Setelah hampir sebulan duduk menganggur, I have to admit that I miss school so much. I miss everything about school. Daripada masuk roll call sampailah ke sesi bergossip dalam kelas. On top of that all, I miss my 'Gang Tiang' the most.

Dammit lah. I've no idea why mata aku berair tiba-tiba. Tiba-tiba je nak emo. Tah apa-apa tah, tulis entry dekat blog pun nak emo segala bagai. Tak perlu sebenarnya. =______=' The main reason why I decided to write this entry adalah untuk mengimbas kembali (sumpah tak boleh blah gila ayat) kenangan-kenangan saya semasa bergelar pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara.

1. Picnic tengah padang sekolah.
Haaaaa, kau pernah buat? Tak pernah-pernah orang picnic tengah padang sekolah, tapi kitaorang buat. Bila aku cakap picnic, what I meant was a REAL picnic. Bentang tikar getah, bancuh yogurt dengan Skittles, buat air, makan ice-cream 'Potong' as the dessert, masak maggie with telur mata in the middle of the padang. It was the members of Gang Tiang's idea. Aku ingat main-main je tapi tengok-tengok jadi nak picnic betul-betul. We were like a big happy family during the picnic! Tiba-tiba pulak Arif jadi Ayah, Bihah jadi Umi, Wan jadi adik bongsu etc etc. Dah adat duduk ramai-ramai, tiba-tiba je ada orang kata dia lapar. Aku pulak alang-alang masa tu ada bawak periuk untuk the school carnival and ada yang bawak maggie & eggs, apa lagi, kitaorang masak lah tengah padang. Matahari terik atas kepala but who cares kan? Macam main pondok-pondok betul. Hahaha, best apa budak Form 5 main pondok-pondok. Orang yang lalu pandang semua pandang semacam je :P

2. Study group dekat terminal bas.
Haaaa, kau pernah buat? Maybe ada yang cakap 'yes' and maybe jugak ada yang cakap 'no'. Tahu tak Terminal Bersepadu Selatan? That's our second home. Hahahaha. Serious oh, kalau nak buat study group ke apa, mesti buat dekat situ. Maybe because of the persekitaran kot. Ada KFC, ada Restoran Nasi Kandar, and dekat situ lengkap lah. We can study and at the same time, gossip. Kalau dekat KL Library tak best, sebab tak boleh cakap banyak sangat. And kalau nak gelak pulak, kena control, takut orang marah. Dekat TBS laaaaaaagi best. LOL.

3. Pergi KL Library bawak beg baju macam nak lari daripada rumah.
Haaaa, kau pernah buat? My girls and I actually went to the KL Library dengan beg baju! Haha, sebijik macam nak lari daripada rumah kan? LOL. Actually lepas that study group, we planned to sleepover at Bihah's. Malas nak patah balik rumah, so bawak jelah sekali baju segala. Nasib baik dekat KL Library kena letak beg dalam locker, kalau tak orang lain mesti dah bagi the awkward silent stare. Hahahaha.

4. Redah hujan lebat dekat tengah-tengah Dataran Merdeka.
Haaaa, kau pernah buat? Cerita ni sebenarnya jadi masa hari yang sama kitaorang pergi KL Library tu. Kebetulan masa nak balik rumah Bihah, hujan turun lebat selebat-lebatnya. Boleh imagine tak, kitaorang jalan lenggang kangkung TENGAH-TENGAH padang dekat Dataran Merdeka dengan beg penuh dengan baju, buku and personal stuffs, bila hujan tiba-tiba turun, tak ada angin, tak ada ribut! Memang tak ada sign langsung! Dah nama pun tengah padang, memang tak ada bangunan yang boleh tumpang berteduh. Last-last kitaorang lari jugak pergi tepi padang balik untuk berteduh kejap. Dah alang-alang basah sikit, baik mandi hujan terus, kan? So kitaorang lari redah hujan, redah the padang and berteduh dekat bawah bumbung Bangunan Sultan Abdul Samad. Lepas dah berteduh sekejap, we ran to the Masjid Jamek LRT station. It was both crazy and fun!

5. We have our very own spot at the school canteen.
Haaaa, kau ada? LOLOLOLOL. Serious tak boleh blah. This one whole year, memang meja tu kitaorang punya. Sometimes memang ada jugak juniors yang duduk, tapi bila kitaorang datang je, tunggu a few minutes, the juniors akan automatic bangun. Hahaha, we sound like a bunch of gangsters huh? Meja tu banyak sejarah oh. Kebanyakan sesi gossip berlangsung during recess. Why? Recess is the only masa untuk kitaorang duduk sama-sama during the school hours since kitaorang semua tak sama kelas. Masa ni lah nak catch up semua gossip-gossip yang ada dekat sekolah :P

6. Tiang SBU
Weh this is the best part! Inilah asas kepada penubuhan nama Gang Tiang. We have this one tiang in SBU yang memang jadi tempat lepak kitaorang after school setiap hari. Tiang tu lah yang dok jadi saksi semua benda. After school hours, macam mana rush sekali pun nak balik, we would actually gather dekat tiang tu dulu. Tunggu semua orang sekejap, lepas tu balik sama-sama. Haaaiiihhh, good times :') Masa the very last day of SPM, kitaorang conteng the tiang with our names. Saya yang selama ini bertanggungjawab terhadap harta benda sekolah dan tak pernah terfikir nak buat vandalisme pun *coughs* conteng jugak tiang tu. Kenangan tu! I went to school the other day untuk ambik slip CGPA Kokurikulum and of course aku pergi tengok tiang tu. I told ibu, "Ibu, this is the tiang where kitaorang lepak after school setiap hari. Look, our names are still there!". Lepas tu aku dah dok sengih-sengih kat situ sampai ibu pun geleng kepala.

I can't continue this entry since mata aku dah tak nampak screen dah. Iya-iya je dok tahan nangis masa tulis entry ni, last-last menangis jugak.

I just miss high school so much.

Labels:


1 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram