Friday, January 20, 2012
5 Fakta Anda Perlu Tahu Tentang Pemandu Malaysia

This is my very first 2012 entry. Woohooooooo *haha, serious gelabah gila*. Setelah lebih 10 jam memandu di atas jalan raya, saya dapat buat conclusion sendiri tentang sikap SEGELINTIR pemandu Malaysia.

1. Segelintir pemandu Malaysia merupakan pemandu yang kurang sabar dan kurang peka.
Waaaahhhhhh, tak nampak ke orang bawak kereta dengan pelekat L? Ni masa ambik lesen dulu dapat lesen terbang melayang ke apa? Tak baca buku? Masa test undang dapat berapa? Sesungguhnya saya sangat geram. Dekat kereta tu jelas-jelas ada pelekat L, takkan tak nampak kot? Nak aku sponsor magnifying glass baru nak nampak ke? They should understand lah, orang tengah belajar bawak kereta. Don't tell me they expect us, budak-budak baru belajar ni pecut kereta macam Michael Schumacher? Memang tak lah kan. Tolonglah faham, please.

2. Segelintir pemandu Malaysia suka sangat bunyikan hon.
Waaaaaahhhh, tak nampak ke orang bawak kereta dengan pelekat L? Sabar sikit boleh tak? Sikit-sikit nak hon, sikit-sikit nak hon! Tahukah anda bahawa dengan menekan hon, anda membuatkan kami (pemandu yang baru belajar) gelabah tak tentu hala? Bila kami gelabah, kami akan buat lagi banyak kesilapan. Hari tu aku drive dekat area Bandar Tun Hussein Onn yang merupakan salah satu busy area dekat rumah aku. I was in the middle of the road masa lampu merah. So aku berhenti lah dekat tengah-tengah jalan. There was a truck in front of me, so I can't really see the traffic light. Tiba-tiba je truck tu dah jalan and lampu dah jadi lampu hijau. Aku panik gila. Handbrake tak turun, gear tak tukar lagi. Semua benda nak buat dalam masa yang sama. Selalunya aku mesti dah prepare awal-awal since aku boleh agak bila lampu hijau but not this time. Weh, THERE WAS A FREAKING HUGE TRUCK IN FRONT OF MY CAR! Tak sampai berapa saat, kereta dekat belakang hon. Kalau hon sekali takpelah jugak, ni hon macam ada orang mati kena lenyek trailer  sampai jadi lempeng kimchi dekat depan. Can you imagine how panic I was? Last-last enjin mati dekat tengah-tengah tu. What a good timing! Bagus gila! And lepas tu orang dekat belakang hon macam ada kereta meletup sebab tangki minyak bocor sampai penumpang kereta tu hangus. Okay, itu exaggerate tapi try to put yourself in my situation. Kau cuak tak? Cuak punya kan?

3. Segelintir pemandu Malaysia tak faham kegunaan lorong kiri.
Waaaahhhhhh, tak nampak ke orang bawak kereta dekat lorong kiri? Bukak mata luas-luas sikit eh! I was on the right lane to drive beberapa laju pun aku suka which is dekat lorong kiri. Dekat lorong kiri, suka hati akulah aku nak bawak 40km/h ke, 20km/h ke even 10km/h sekali pun. Kau nak bawak laju-laju, bawak dekat lorong kanan. Potong lah kereta. Nak expect aku bawak laju? Oh please! Saya pemandu berhemah dan saya tak langgar peraturan okay? Memandu dengan perlahan di lorong kiri bukan menjadi satu kesalahan. Oh well, dalam buku yang saya belajar cakap macam tu and I guess the drivers should know it better than me, kan?

4. Segelintir pemandu Malaysia guna emergency lane sesuka hati.
Waaaaahhhhhhhhhhhh, lebih nampak? Orang stuck dekat dalam traffic jam, dia boleh selamba je guna emergency lane. Lepas tu nak himpit-himpit pulak nak masuk lane orang. Banyaaakkkk cantik? Serious bengang oh. Tak pasal-pasal aku kena lalui pengalaman yang amat mencabar. Dah lah kereta banyak dekat belakang. Awak kena faham, saya cuak gila kalau ada banyak kereta dekat belakang kereta yang saya bawak. Lagi-lagi kalau yang ikut rapat gila-gila tu. 150% laaaagggi cuak. I don't know if pemandu-pemandu baru macam saya pun rasa macam ni tapi kalau ada kereta ikut belakang rapat, saya akan pecut kereta. Tekan minyak macam pedal tu nak tercabut. I feel like saya menyusahkan orang dekat belakang kereta tu sebab memandu dengan perlahan. Weird, but true.

5. Lampu kuning merupakan lampu untuk memecut kenderaan, bukannya bersedia untuk berhenti.
You can't deny this, kan? Even ayah buat benda ni. Kalau daripada jauh dah nampak lampu kuning, memang pecut kereta gila-gila sebab nak lepas traffic light punya pasal. Aku pun rasa yang aku akan jadi macam tu jugak nanti. Tak payah cakap banyak, aku malas nak berhenti sebenarnya. Susah kot bila nak start jalan balik. Lagi-lagi kalau bawak kereta manual, memang banyak gila kerja nak kena buat. Kalau mati enjin lagi sekali, memang tak tau apa nak buat dah kat situ. Things might be different bila saya bawak kereta auto nanti.

Berdasarkan entri ni, adakah saya nampak macam saya tengah pissed off? Kalau tak, sebenarnya aku memang sakit hati (plus malu) masa kena hon semua benda tu tapi sekarang dah tak dah. Yelah, benda dah lepas kan? I just hope that I'll be a better driver in the future, InsyaAllah.

Oh yes, my JPJ exam will be on the 8th of February. Pray for me, please? Saya harap saya lulus. Amin. Hari tu saya drive sampai Putrajaya, jauh tak? Hahaha. First time bawak laju-laju dekat highway. Alhamdulillah, everything went well. Sekarang saya tengah menunggu masa untuk memegang lesen P sahaja. Hehehe :)

Labels:


1 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram