Wednesday, February 22, 2012
Allah knows best.

I failed my JPJ test.

Yes, sila baca sekali lagi ayat di atas. Punah berkecai semua harapan nak lulus dalam first try je. Ibu was kinda disappointed but I think ayah expected that. Kenapa? Ayah asked my driving instructor dah minggu lepas masa nak register untuk exam, "Kalau dia fail, bila boleh ambik test lagi sekali?". Haaah ambik kau, direct terus ayah tanya. Saya rasa discourage gila masa tu. Hahaha. I didn't expect much pun tapi saya sangat sangat sakit hati dan marah dengan diri sendiri. Mengapa? I know that I can do better and I know that I shouldn't have failed the test. Lets just say that the luck is not on my side, okay? Habis cerita. I don't wanna tell you macam mana aku fail, sebab nanti aku sendiri yang sakit hati.

Aku takdelah sedih mana sebenarnya. Why? Sebab ramai kawan-kawan aku pun kena retake the test jugak. Someone yang aku expect tak fail pun fail, apa lagi aku kan? Lepas dah fail tu, aku terus call ayah. Guess what? Sikit pun dia tak marah but he encouraged me to do better next time. I love youuuu daddyyy!!!

Me : Ayaaahhhhhhhh!!!
Ayah : Haa, along. Dah habis test dah? Macam mana?
Me : Kaklong fail.
Ayah : Fail yang mana? Litar ke on the road?
Me : Dua-dua. Ayah tahu tak masa kaklong buat litar kan ... *cerita everything dekat ayah*
Ayah : Takpe takpe. Dah bukan rezeki along, nak buat macam mana? Pergi call Ricky (my driving instructor) and tanya dia bila boleh belajar lagi. Lepas tu boleh retake the test, okay?
Me : Ayah, sorryyyyy. *I was about to cry dah masa ni.*
Ayah : Laaaaa, yang nak sorry tu kenapa? Adatlah tu fail on the first try.
Me : But still. Nanti ayah kena keluar duit lagi.
Ayah :  Takpe takpe. Nanti ayah bayar driving school tu. Belajar sampai pandai, confident semua. Okay?
Me : Okay, yah.
Ayah : Ayah kerja ni. Balik nanti kita sambung tau. Jangan sedih, jangan down sangat.
Me : Mmmm, okay.

I called my mum next.

Me : Bu...
Ibu : Kenapa? Macam mana tadi?
Me : I failed both litar and on the road.
Ibu : *speechless for a moment* Apa jadi?
Me : Ibu tahu tak, masa buat litar kan... *cerita balik semua benda dekat ibu*
Ibu : Itulah, hari tu ibu dah suruh dah buat solat hajat semua tak nak dengar. Ibu dah suruh doa banyak-banyak dah suruh dapat tester yang baik, yang boleh tolong masa drive, semua benda kan?
Me : Kaklong dah buat dah bu, betul. Dah takde rezeki kaklong, nak buat macam mana? *nak menangis lagi sekali*
Ibu : Habis tu berapa banyak lagi kena bayar ni?
Me : Errr, around RM310 kot. Kot lah. Tak confirm lagi.
Ibu : RM310?! We spent RM1500++ for you only, Hanani. You better pass lepas ni. Ibu dengan ayah dah tak nak keluar duit lagi for your driving je.
Me : K.
Ibu : Okeylah, ibu kerja ni. Malam nanti cerita.
Me : Okey bu, Assalamualaikum.
Ibu : Mmmm, Wassalam.

Called ayah again.

Ayah : Hello?
Me : Ayah, kaklong kena marah dengan ibu.
Ayah : Kenapa?
Me : Sebab fail tadi lah.
Ayah : Ini kan first try, it's not a big thing pun kalau fail. Ada orang sampai empat lima kali ambik test baru pass. Jangan risau sangat, nanti ayah cakap dengan ibu, okay?
Me : Hihi, okay yah. Thank youuuuuuuu.
Ayah : Okey, bye.

Can you see the difference? Sangat ketara bukan? Thank God ayah is on my side. Lepas tu ada a few people actually texted me to congratulate me for passing the JPJ test. Ya Allah Ya Tuhanku, I failed the test lah weehhhhhh. Serious tak boleh terima =_=' When I told them that I failed, they apologized and diorang bagi tahu yang they expected me to pass on the first try. Memang tak ah kan. Called Ricky next and he asked what happened. Aisehman, aku baru je habis cerita semua benda dekat ibu and ayah, sekarang nak cerita dekat Ricky pulak? I told him I failed and I said that I'll tell him everything when he drive me home nanti.

Balik-balik rumah, nenek dah tunggu pulak. Adoi, nak kena cerita lagi. Walaupun penat, I told her everything jugak. Lepas tu achik and angah balik. Diorang semua sibuk gila tanya apa jadi. Aku annoyed gila and aku cakap, "Nanti ayah balik, suruh ayah cerita. Kaklong penat dah cerita dekat semua orang." and adik aku suruh cerita jugak. Eeee budak-budak ni, tak faham bahasa Malaysia ke apa?

Aku tweet pasal ni and ada a few people yang reply tweet aku; asking me not to be sad etc. Hehe, I am sad, tapi takdelah sampai tahap nak menangis berguling-guling atas jalan raya semua benda. Kalau fail, buat test lagi sekali. At least I have the experience dah, kan?

Aku ingatkan hari ni hari unlucky aku sebab fail test semua benda but I am totally wrong. Allah ambik satu, Dia bagi satu lagi. A very very good news menanti kepulangan saya dekat rumah. Like I said earlier, Allah knows better than any of us. Akal kita takkan tercapai and sangat-sangat terbatas dengan aturan yang Allah SWT dah tetapkan untuk kita. Kalau kita tak dapat something tu, maksudnya something else awaits us nun dekat depan nun. Put your belief and trust in Allah and Allah akan tunjuk kekuasaan dan kebesaran-Nya, bila-bila masa je.

Guess what? I received an email from KarnaDya, right after aku sampai rumah. They decided to publish my manuscript! Ya Allah Ya Tuhanku, I was so happy that I cried at that very moment. You have no idea how happy I was. Bukan senang tau nak publish manuscript. If you're a novelist, then I'm very sure that you know yang bukan semua manuscript yang kita tulis akan dipublish. Kalau kau tulis 500 muka surat pun, if editor kata 'Tak', then senang-senang je manuscript kau kena reject. For me this is such a big news lah. Mana tak nya, I think diorang letak the manuscript on 'hold' dah almost one year dah. To be honest, I almost give up on that manuscript sebenarnya. That manuscript was the one yang aku letak 200% effort tapi sebab tak ada response, aku pernah terfikir nak delete je manuscript tu. Nasib baik aku tak sampai hati nak delete hasil karya sendiri, kalau tak, aku sendiri tak tau apa jadi sekarang ni. My last option was, pendekkan the 200 pages manuscript and publish it as a cerpen and hantar kat mana-mana majalah, habis cerita. Tapi kalau fikir balik, sayang kan kalau aku publish manuscript tu as a cerpen? Aku kena delete 195 pages sebab cerpen memang sangat-sangat pendek. Adoi, tak sanggup eden.

Alhamdulillah, Gelagat Si Kembar was a success. Maybe not really but for me, it is. Dah sampai cetakan ketiga tu pun aku dah cukup-cukup bersyukur dah. I think I don't deserve more from Allah SWT. Dah banyak sangat dah rezeki aku yang Allah bagi. I literally get whatever I want. Tengoklah, berapa banyak contest yang aku menang? Berapa banyak kemewahan yang Allah SWT bagi dekat aku? Banyak sangat-sangat. Itu pun kadang-kadang aku terlupa nak bersyukur sebab terleka sangat dengan urusan duniawi. Astagfirullahalazim.

If you're reading this entry & having a hard time, ingat satu benda je. Ibu selalu pesan dekat aku benda ni. Almost setiap hari kot ibu cakap benda ni dekat kitaorang. "Kita ingat Allah & Allah pun akan ingat kita.". Yes, it sounds kinda simple tapi kadang-kadang perasan tak yang kita susah nak buat? Sometimes solat 5 waktu penuh sehari semalam je tak cukup, kita kena banyakkan amalan sunat sekali. Memang susah at first tapi kalau kita amalkan hari-hari, InsyaAllah lama-lama tak liat dah. Aku pun sebenarnya selalu jugak kena marah dengan ibu, cuti-cuti ni. She was like, "Along, awak duk rumah takde kerja, duduk depan computer je 24/7. Yaasin ke mana, Quran ke mana, solat hajat ke mana. Results awak belum keluar tau. Tak takut ke?". Hadoi, lemah betul cakap pasal results ni. Takut gila!!! Tapi kalau nak fikir balik, apa yang ibu cakap tu betul jugak sebenarnya, tak ada yang salah pun tapi the major problem is me. Saya sendiri. Sometimes malas lah, apa lah, you know? Haish, godaan syaitan banyak sungguh! Btw, cakap pasal ibadat ni, puasa dah ganti ke belum? Haha, aku pun belum jugak. Just a piece of advice untuk kita bersama, it's better for us to ganti puasa tu cepat-cepat. Nenek and ibu pun selalu bising jugak dekat kitaorang adik-beradik, "Awak tak takut ke tak ganti puasa lagi? Hutang dengan Allah jangan main-main. Kalau mati hari ni, bila awak nak bayar hutang awak tu? Awak tahu ke bila awak nak meninggal yang awak confident sangat nak main tangguh-tangguh puasa ganti ni?". Memang kena smash habis-habisan.

Oops, dah terpanjang lah pulak entri ni. It was just a simple entry at first tapi dah jadi entri yang sangat sangatlah panjang. Orang tua-tua cakap, "Ada hikmah di sebalik semua benda.". Ingat tau, everything happens for a reason and Allah knows best ;)

Labels: ,


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram