Monday, February 20, 2012
Money is important.

It's 2.15am and I am so bored that I decided to click on the 'New Post' button walaupun tak ada apa-apa nak tulis. I don't wanna talk about life, since my life is just too plain and boring nowadays. Tak ada benda langsung nak buat. Nak pergi shopping? I've no money. I would rather stay silent daripada mintak duit from my parents. I have no idea why but everytime nak mintak duit, I will really rasa bersalah. Rasa macam dah menyusahkan, membebankan diorang and such. Get what I mean?

Sekarang lepas SPM baru rasa tak berduit atau dalam erti kata lain, 'pokai' yang sebenar. Dulu masa zaman sekolah dulu, boleh dikatakan 'kaya' lah jugak. Nak cakap kaya sangat tu tak lah but at least ada jugaklah duit 24/7 dalam purse untuk savings, belanja, 'joli', etc. I can still buy whatever I want pada bila-bila masa sebab dapat save the money from allowance sekolah setiap hari. Macam dulu masa sekolah, ibu atau ayah akan bagi aku RM7 setiap hari and paling banyak aku guna pun RM3. So, I have RM4 to save setiap hari untuk any other tujuan. RM4 kali 5? So every weekends, I will have at least RM20 in my purse. Kalau hari baik semacam, I will only spend RM1 on food; which is the keropok lekor. Oh did I tell you that I'm a huge fan of keropok lekor? K, whatevs.

Look at me now. It is really sad when aku pergi jalan-jalan and see the things that I wanna buy, walking from this shop to another tapi last-last end up tak beli apa-apa sebab tak ada duit. Trust me, it's really frustrating! I wanna work but my over protective parents won't ever let me do that. Well, I think my mum would but not ayah. I know him well. They still treat me as their 7-year-old daughter which sometimes, I have to admit, it was kinda membebankan jugak. I think it's hard for them to accept that their eldest daughter is now 18 years old. Don't get me wrong, I don't mean it in a bad way, of course. I know that they are worried kalau aku keluar rumah semua benda kalau-kalau ada benda tak elok jadi ke apa ke dekat aku. Nauzubillah, mintak Allah SWT jauhkan. I don't blame them since the societies nowadays yang buat diorang jadi over protective. Bunuh sana, bunuh sini. Culik sana, culik sini. Mak bapak mana yang tak risau kan?

Kalau dulu masa sekolah, duit syiling aku simpan jadi harta karun je kot. Yelah, selalunya duit syiling aku guna untuk public phone je but sekarang semua benda dah lain. Trust me, you have no idea macam mana aku rasa setiap kali jumpa duit syiling dalam rumah. Rasa macam kau dah ada semua benda. Hahahahaha, kidding. It feels like 'the world is mine, baby!'. LOL. Dalam erti kata lain, kalau jumpa duit syiling sekarang ni, aku rasa sangat-sangat bersyukur sebab ada jugak duit. Heeehh, weird but true.

My point is very easy sebenarnya. Money is really important to everyone. I can't even buy the things that I like, without money. People zaman sekarang would do just anything for money, perasan tak? Yang ini dah masuk kes Ah Long semua benda. Because of money jugaklah the kids in Haiti, Iraq, Pakistan etc semua merana. Tak dapat sekolah, tak dapat makan, tak dapat buat apa-apa. Yang paling kesian, they are very very sick tapi tak ada duit nak beli medicine. Kesian kan?

Kadang-kadang bila duduk sorang-sorang, aku macam tersedar balik. I shouldn't have bought this and that. I shouldn't have bought this useless thing. Aku sia-sia je beli benda-benda yang tak berfaedah sedangkan budak-budak kat sana would use the money untuk beli benda-benda yang boleh bantu diorang untuk teruskan hidup. Duit yang aku spent untuk benda-benda yang boleh memuaskan hati sendiri sebenarnya aku boleh guna untuk benda-benda lain yang laaaaaaaaaaaaagi berfaedah. When the feeling comes, dah mula lah aku rasa menyesal and such. Rasa macam kalau boleh nak undur masa balik ke belakang, fix balik semua benda and get my money back and use it for something else.

If you are reading this, angkat tangan, bersyukur dekat Allah SWT. Kita susah, tapi ada orang yang sepuluh kali lagi susah daripada kita. Kita kadang-kadang pokai, tapi ada orang yang memang sehelai sepinggang je dekat luar sana. Kita rasa kita dah cukup banyak dugaan, tapi ada orang yang lagi berat dugaan dekat luar sana. Kan?

Alhamdulillah. Syukur, Ya Allah.

Labels:


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram