Saturday, April 07, 2012
Hijab & People


Assalamualaikum.

I know that this entry might offend sesetengah orang di luar sana, but I can't just sit down and watch benda yang aku tak suka tengok. Aku nak tulis benda ni dah lama dah sebenarnya but I don't have the courage to do so sebab, entahlah. Maybe aku rasa macam aku ni tak cukup sempurna lagi and aku takut kalau pendapat aku ni disalahertikan. Yes, aku bukan orang agama, aku bukan orang alim, tapi daripada kecik ibu dengan ayah dah bagi didikan agama dekat aku. Alhamdulillah, thanks to them, aku jadi orang jugak sekarang ni. Tahu lagi batas, walaupun kadang-kadang terpesong sikit, terleka dengan urusan duniawi. 

You know, I'm not that kind of person yang boleh update blog sampai sehari dua kali. Sometimes nak update blog pun tak tahu apa nak tulis. Masa dok fikir-fikir tadi, aku ada terdetik nak update blog pasal benda ni. Plan sebenar, aku nak update blog esok je but I can't keep this to myself anymore. Bahu aku rasa dah berat sangat. Aku tak suka tengok benda yang makin menjadi-jadi sekarang ni. Selagi aku tak cakap apa yang aku nak cakap, aku rasa tak tenang. I'm just doing my job as a fellow muslimah, tegur mana yang patut although agama aku pun tak sesempurna mana. Trust me, entri ni ditulis bukan untuk bertujuan untuk menghina atau mencela tapi just sekadar untuk berkongsi apa yang aku rasa. No offence, okay? 


So, I was scrolling down my Facebook homepage when I found this picture. This picture made me think gila-gila punya. I'm a Muslimah and to be honest, I'm actually very sad to see how some of the Muslimah act nowadays. Bukan nak cakap semua, but segelintir. Okay fine, aku takkan sentuh pasal pergaulan but my very main point in this entry is; HIJAB. Hijab (or the thing that we call 'Tudung' in Malaysia) is a very sensitive issue kalau nak dibincangkan. Ramai sangat orang sekarang ni yang jadikan tudung ni sebagai alat untuk berfesyen. Get what I mean? Berfesyen tak salah, tapi agak-agaklah. What's the point of covering your hair tapi nampak leher? What's the point of covering your hair, tapi nampak telinga? When you wear hijab or tudung, tak bermaksud kau perlu cover rambut sahaja. Ada jugak bahagian-bahagian lain yang perlu dicover. 

Tahu kan sekarang ni dekat luar tu ada banyak sangat-sangat jual shawl, pashmina, selendang etc. Ya, bukannya salah nak pakai pashmina tu (I wear shawls too, okay?) tapi cara sesetengah kita lilit pashmina tu yang salah. Sekarang ni macam-macam fashion ada. Ada yang sebelah panjang, sebelah pendek, ada yang nampak leher segala., it all depends on your own creativity nak pakai macam mana. Serious weh, aku tak boleh tengok jenis yang pakai selendang nampak leher & telinga dan semestinya, aku tak boleh terima langsung. Boleh, pakai gaya macam tu but maybe you can wear inner dekat dalam. Neck inner ada jual dekat mana-mana je. Murah pulak tu. If you can afford pashmina yang harga berbelas or maybe berpuluh-puluh ringgit tu, takkan lah neck inner yang harga dia kurang RM10 tu tak boleh nak afford? Allah bagi akal, fikir sendiri.

Aku pernah dengar orang cakap, "Weh, sekarang apa kelas orang pakai tudung bawal? People nowadays pakai shawl lah. Tak payahlah nak kuno sangat,". Well hello, excuse me. Meh sini aku habaq kat hang. Kalau niat pakai tudung tu ikhlas sebab Allah SWT, you wouldn't mind pakai tudung bawal ke apa ke. Kalau betul-betul niat tu ikhlas, orang bagi tuala mandi pun boleh pakai kat kepala, as long as kita cover bahagian yang mana patut kita cover. Fatwa mana pulak yang cakap pakai tudung bawal tu berdosa, kuno? Before nak criticize orang, fikir dulu dua tiga kali. People are all different from each other. Allah SWT jadikan kita semua lain-lain. Maybe kita suka pakai pashmina and orang tu lagi selesa pakai tudung bawal. Suka hati dialah nak pakai apa pun, as long as benda tu tak salah di sisi Islam, betul tak? To those yang hina or pandang serong orang pakai tudung bawal, you better think again; kenapa kau pakai tudung in the first place? Nak melawa? Sebab tudung sekarang dah jadi trend fashion? Kalau itu niat sebenar kau, istighfar banyak-banyak. Ingat, kita buat semua ni sebab Allah yang suruh. 

Dekat luar pakai tudung tapi upload gambar free hair dekat social networks. Orang tanya, kenapa pakai tudung? Jawab sebab nak tutup aurat. Okay fine, tahu pulak yang rambut tu aurat. Yang hang dok upload gambar tak pakai tudung dekat Facebook etc. tu kenapa? Oh, kiranya sekarang ni, kalau orang lain tengok rambut kita dalam gambar dekat Internet tu, tak aurat lah ni? Why did your wear hijab in the first place, kalau rambut still tayang dekat orang? Why did you wear hijab in the first place, bila satu dunia still boleh tengok rambut kita? What is the difference between upload gambar free hair dekat internet dengan tak pakai tudung? Fikir sendiri. 

Pakai tudung, baju ketat. Aku rasa kita semua sedia maklum yang Islam mengajar kita untuk menutup aurat, bukan membalut aurat. Untuk makluman semua, ada perbezaan yang besar antara menutup dengan membalut. Kenapa Allah suruh kita tutup aurat? Simple, aku rasa semua orang tahu sebab apa kan? What's the point pakai tudung tapi pakai baju ketat? Kita still boleh nampak susuk tubuh orang tu kalau dia pakai baju ketat, sedangkan benda tulah yang kita kena sorokkan daripada pandangan awam. How can you girls breathe in such a tight t-shirt? Sampai sekarang aku tak faham. Mentaliti orang kita, pakai baju besar sikit, pakai baju labuh sikit; orang kampung. Tak moden, tak urban. Sampai bila kita nak fikir macam ni? You tell me, sampai bila? Kenapa nak cop orang tu as orang kampung, no fashion sense kalau dia pakai baju besar and longgar? Salah ke pakai baju yang longgar, sedangkan itu yang dituntut dalam Islam? I just don't get the people nowadays. Suka sangat buat assumptions sendiri, suka sangat cakap lepas, tak fikir orang lain. Yes, benda ni termasuk dengan aku sekali. Kadang-kadang aku criticize orang cepat sangat, without noticing yang aku tengah judge dia dalam otak aku. Bila dah sedar tu, cepat-cepat istighfar banyak-banyak, halau semua syaitan-syaitan yang dok bisik benda-benda jahat dekat telinga.

Pakai tudung, baju lengan pendek. I used to do this a lot dulu. Bukanlah lengan pendek yang betul-betul pendek tapi baju yang lengan 3-quarter. I've a lot kot baju yang berlengan 3-quarter yang aku selalu pakai masa zaman free hair dulu. Bila dah pakai tudung, sayang nak buang baju-baju tu and masa tu tak terfikir pun nak pakai inner dekat dalam. I used to think yang pakai tudung is just about covering your hair jugak dulu tapi Alhamdulillah, I realize everything now. Pandangan aku terhadap tudung dah lain sangat sekarang ni kalau nak dicompare dengan 4 tahun lepas. Sekarang kalau pakai baju lengan pendek and pakai tudung, aku mesti rasa macam tak selesa gila. I feel incomplete and insecure, macam ada benda penting yang tertinggal. Wajib kena pakai inner jugak or even worse, pakai hand socks (Serious tak suka hand socks oh sebab dia sangat pelik). Walaupun dulu aku pakai jugak lengan pendek yang tak berapa nak pendek dengan tudung, aku tetap cukup tak suka dengan orang yang pakai baju lengan yang hampir sleeveless dengan tudung. You understand what I'm saying? It looks so wrong oh kat mana aku. Tak kena langsung! Sakit jugak mata dengan hati tengok.

Pakai tudung, mulut amboi, suka curse sana sini. Cursing will become a habit kalau kita buat setiap hari. Tak nak jadi habit, senang je, control diri tu sikit. Tak payah curse. Instead of cursing "Fu*k sana, fu*k sini,", I think it's better if we replace the curse words dengan Subhanallah ke, Alhamdulillah ke, Allahu Akbar ke. Masa seronok, senang semua main curse-curse, masa sedih, masa susah, cari Allah balik. Masa susah, baru nak "Astagfirullahalazim.". Parents aku tak pernah ajar aku curse and I've never dengar dioarang curse sekali pun, sejak lahir sampailah sekarang. Benda yang ibu dengan ayah tak buat, memang aku tak buat and tak pernah terasa pun nak buat. Try to imagine, a Muslimah with her hijab on, cursing and swearing in such harsh words. Tak manis kalau orang dengar. Dalam Islam, kita diajar untuk bersopan santun kan? Aku sendiri malu. Kita sebagai wanita Muslimah sepatutnya jaga adab, jaga tutur kata. The Muslimah in hijab will always be the symbol of modesty, am I right? Kalau dah sibuk curse sana sini tu, mananya 'the Symbol of Modesty?'. Cuba fikir, apa pulak pandangan orang lain terhadap saudara seIslam kita yang lain? Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Sebab seorang dua yang buat hal, orang lain pulak yang kena tempiasnya. Instead of dapat dosa sebab curse, kita boleh je dapat pahala 'free' dengan memuji Allah SWT. It's simple tapi benda tu lah yang akan tolong kita dekat alam sana nanti.

Aku selalu jugak pakai tudung selimpang kiri kanan sebenarnya. Senang & jimat masa. Tak payah nak terbelit sana-sini. Tapi bila dah lama-lama, aku sedar. Cara aku pakai tudung selama ni salah. Alhamdulillah, Allah bagi aku hidayah awal. Sekarang ni dah tak pakai dah tudung selimpang-selimpang ni. I will try my very best untuk melabuhkan tudung aku sikit lagi. May Allah guide me to the right path, Amin.

Girls, no offence. Again, tak pernah terdetik pun nak menghina. Aku tulis entri ni just to share my own thoughts regarding tudung. Kalau nak marah, marahlah but I'm just doing my job as a Muslimah. Kita semua umat Rasulullah SAW, kita kena saling tolong-menolong, nasihat-menasihati antara satu sama lain. Semoga kita smua terus diberkati Allah Yang Esa, Amin. 

Sebelum saya mengundur diri, I want you guys to watch this video. Cerita tentang perempuan with purdah. I think it's a good video. Bagus untuk diri sendiri and orang lain. 



Oh and I found this video on Youtube. Dah saya rasa saya perlu berkongsi video ni. Tengoklah, tak buang masa pun. Ustaz Don bagi ceramah pasal tudung. 

Labels:


2 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram