Saturday, April 28, 2012
Mama


Mama dah tak ada,
Mama dah tinggalkan kami semua.
Mama tinggalkan abah, makcik Nas, Kak Ina & Kak Nora.
Mama dah tak ada,
Allah sayang Mama lebih daripada kitaorang semua sayang dia.
Aku tak boleh nak buat apa, melainkan redha dengan ketentuan-Nya.
Mama dah tak ada.
Aku tak percaya yang aku dah tak boleh jumpa dia.
Aku tak percaya,
Mama dah tak ada.

Aku ada ibu & aku ada mama. Aku pernah tulis pasal mama dalam entri aku yang lepas-lepas sebelum ni. Tak tahulah kalau korang pernah baca ke tak. Kalau yang pernah baca tu, pernah lah. Kalau yang maybe tak pernah baca tu, click here and here kalau nak tahu apa yang aku tulis pasal mama.

Aku tahu yang mama dah meninggal from Kak Ina punya Facebook. Bila baca status tu, aku terus terduduk, speechless sekejap. Lepas dah satu dua minit tu, baru aku sedar balik and masa tu tiba-tiba muka aku dah basah lencun dengan air mata. Apa yang aku terkilan sangat, aku seorang je yang tak jumpa mama. Ibu, ayah, achik & nenek dah pergi melawat mama masa raya tahun lepas. Aku masa tu tak pergi, sebab sibuk study untuk SPM. Kalau tak silap, masa tu SPM tinggal lagi beberapa hari je. Masa tu aku ingat, "Takpelah tak jumpa mama tahun ni, next year aku akan make sure aku pergi melawat dia." tapi bila Allah dah cakap yang umur mama sampai setakat ni je, siapalah aku yang nak menidakkan kuasa Dia yang Esa.

Dengan muka lencun, I called ibu. Masa tu dah tersedu-sedan dah dekat telefon. Bila dengar je suara ibu dekat telefon, lagilah tersedu-sedan aku dekat situ. Ibu pun macam tak percaya yang mama dah tak ada. Then, I called ayah to inform him the news. Ayah pun sama macam ibu, macam tak percaya.

After a few hours, ayah called and ayah suruh kitaorang semua siap, melawat kubur mama dekat Kuala Selangor. Mama meninggal hari Khamis malam Jumaat, lebih kurang dalam pukul 6 petang tapi aku tahu yang dia dah tak ada tengahari Jumaat. Alhamdulillah, dengan izin Allah, kitaorang sempat melawat kubur mama sebelum gelap. Sampai dekat kubur je, aku menangis lagi sekali walaupun dalam hati dah puas dok suruh tahan, jangan menangis. Seeing me cry, adik-adik aku pun menangis sekali. Mama dah tak ada.

Pada hari yang sama, U-Kiss dijadualkan untuk membuat the first 2012 comeback stage dekat Music Bank semalam (Jumaat) jugak. The very first comeback stage of the year untuk semua group memang sangat-sangat ditunggu-tunggu. Aku dok tunggu benda ni since hari Isnin hari tu tapi aku tak dapat tengok the performance live sebab aku nak pergi ziarah family mama dekat Kuala Selangor. Serious masa tu memang aku dah letak U-Kiss punya comeback as benda nombor yang entah keberapa dalam kepala aku. Tiba-tiba aku nampak U-Kiss tweet pasal Music Bank. I replied the tweet using my fan account (since my personal account is private) and aku bagitahu diorang pasal mama. I was not expecting a reply at all bila tiba-tiba;


I think the person who replied my tweet was either Kevin or Eli or maybe AJ. Nampak macam Kevin punya gaya penulisan tapi it could be Eli as well. Entahlah, tak tahu. I was touched that they replied my tweet in the first place. Thank you U-Kiss, thank you.

Al-Fatihah untuk Mama.

Labels:


2 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram