Friday, May 04, 2012
PBAKL 2012

Assalamualaikum.

The title says it all. Entri ini ialah entri berkenaan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Saban tahun, menghadiri Pesta Buku Antarabangsa sudah pun menjadi rutin hidup saya sejak saya berusia 12 tahun. Tidak lengkap rasanya tahun saya apabila tidak dapat menghadiri 'event' ini. Motif saya hanya satu, saya ingin berjumpa dengan Ain Maisarah, penulis all-time kegemaran saya. Motif-motif lain adalah untuk membeli buku-buku rujukan, majalah, komik dan buku-buku lain sebagai panduan.

Weh, serious susah gila nak type satu perenggan dalam Bahasa Melayu baku. Otak dah karat, dah lama tak buat karangan, itu yang nak tulis satu perenggan penuh ambik masa 30 minit. Dulu masa zaman sekolah, Cik Sri Devi bagi satu jam suruh siapkan karangan, aku ambik masa 59 minit je nak siapkan tau. Jangan main-main. Ceh, ayat bajet tak boleh blah.

Alhamdulillah, saya sempat menghadiri PBAKL pada hari Selasa, bersamaan dengan 1 Mei 2012. Ya, Hari Buruh. Masa saya pergi tu, PWTC sangat sesak dengan lautan manusia. Nak pilih buku pun tak selesa, sebab kena berhimpit-himpit dengan semua orang. Aircond tak terasa. Ada sesetengah buku yang saya tak sempat beli, sebab malas nak berebut dan berhimpit dengan semua orang. 

Bila sampai je dekat PWTC, ayah terus tanya, "Along nak pergi mana dulu? Ayah ikut je,". Dengan penuh keyakinan & semangat yang membara, aku jawab, "Kaklong nak pergi jumpa Ain Maisarah dulu!" dan kami pun beramai-ramai singgah di booth Kak Ain. Seperti yang diduga, booth Kak Ain sangat padat dengan peminat-peminat ciliknya. Nak beratur beli buku pun dah lama, nak pilih buku pun agak lama, nak bayar pun lagi lama, nak jumpa Kak Ain pun lama jugak sebab kena tunggu giliran. I don't mind waiting at all, since I really want to see her. Kan udah saya bilang, saya wajib jumpa Ain Maisarah setahun sekali, kalau tak memang hidup tak lengkap.


Gambar tersebut diambil pada tanggal 1 Mei, hari pertama saya berkunjung ke PBAKL. Bila aku nampak je Kak Ain, aku dah mula tersenyum lebar sampai ke telinga dah. She was really busy with the autograph session so I decided to just wait for my turn. Aku tunggu betul-betul dekat depan Kak Ain, tapi dia tak perasan jugak. At one point, I whispered, "Kak Ain..." dengan senyuman lebar penuh ikhlas semanis gula aku tu. Hahahaha. She was shocked to see me and Kak Ain was like, "Eh, Fatin!". Lepas tu Kak Ain cakap, "Fatin, Fatin tunggu sekejap ye. Biar Kak Ain habiskan autograph ni dulu. Lepas ni giliran Fatin ya?" I nodded.

Setelah itu, tibalah pula giliran saya. Saya dok borak tak berhenti dengan Kak Ain. Kak Ain tanya pasal SPM, plan untuk studies etc. Masa dok borak tu, aku perasan yang she looked super exhausted, tak cukup tidur. Kak Ain nampak sangat-sangat penat. I told her that. Kak Ain beritahu yang dia tidur pukul 6 pagi dan bangun pukul 8 pagi sepanjang pesta buku ni berlangsung. Kenapa? Sebab Kak Ain ada dateline novel-novel lain yang perlu dihantar. Alhamdulillah, rezeki Kak Ain murah. I'm really happy for her.

Balik rumah, posted the picture above on Ain Maisarah's Facebook wall dan sangat terkejut bila Ain Maisarah commented on the picture. Yelah, Kak Ain is such a really busy person and yet she commented on the picture. You have no idea how terharu I was :')


I told her that I might come to PBAKL lagi for some reasons. Kak Ain cakap, kalau nak datang, datang dalam pukul 5 petang dan ke atas. Masa tu orang pun tak ramai & boleh borak lama sikit dengan Kak Ain. Jadi pada hari Khamis lepas (Ceh, padahal hari Khamis tu semalam je.) saya pun pergi ke PWTC lagi. This time saya pergi seorang diri. Ayah kerja & adik-adik saya, sekolah. Keluar rumah around 4, sampai sana around 4.30pm. Terus ke booth Ain Maisarah lagi and Kak Ain was not there. Ain Maisarah berehat, yes I'm aware of that dan saya memutuskan untuk pergi berjalan-jalan.

Masa berjalan-jalan tu, terserempak dengan budak-budak SBU. AKSB to be exact. Diorang ada lawatan to PWTC. Tiba-tiba ada seorang tu datang tegur, "Eh, macam kenal je?" dan saya pun meneliti mukanya. Hahaha, mahu tak kenal. I don't know his name but I was very sure that dia ni junior aku dekat SBU dulu. Lepas tu dia kata, "Akak ni senior tahun lepas, kan?" dan saya di situ terus mengangguk tersipu malu. LOL.

Lepas dah habis cari barang (Oh, I bought this one magazine while berjalan-jalan menunggu Ain Maisarah. Nanti aku share pasal magazine tu in the next entry), I went straight to booth Kak Ain lagi. Masa tu nampak Kak Izanor Sharif dengan Abang Aman Wan (Penulis-penulis bersama Ain Maisarah). Agak takutlah jugak nak approach Kak Izanor sebab saya pernah jumpa Kak Izanor sekali je, itu pun masa PBAKL 2010. Tak tahulah dia ingat lagi ke tak.

Izanor Sharif :)

Saya terus memberanikan diri, menegur Kak Izanor and BAAAMMM! Dia kenal saya! Ya Allah, terharu tak ingat dunia! Siap ingat nama penuh lagi! Terharu gila okay? Dok berborak-borak dengan Kak Izanor macam tak ingat dunia. Nasib baik booth masa tu lengang, tak ramai orang. Abang Aman Wan duduk sebelah Kak Izanor and memang aku tak kenal Abang Aman Wan langsung. It was my first time meeting him tapi gaya macam dah kenal lama. He was really friendly and funny too. Kerja dia menyakat orang je tak sudah-sudah. Masa tu booth Kak Ain dah jadi macam tempat 'melepak' aku je. Hahaha. 

Aman Wan :)

Kak Izanor introduced me as an author to Abang Aman Wan. At first, Abang Aman Wan ingatkan aku Riha J tapi I told him that I'm an author under KarnaDya Solutions. Wah, masa tu siap promote novel sendiri. Hahaha. Lepas tu bermulalah sesi borak yang teramat panjang. I think Abang Aman Wan pergi cari Kak Ain yang tengah berehat kot. Kak Ain cakap, "Tadi Abang Aman Wan cakap pembaca Kak Ain yang penulis bawah KarnaDya datang cari." and that was how Kak Ain tahu yang orang yang dimaksudkan adalah saya.

Aku ada bawa sekali semua manuskrip-manuskrip asal Ain Maisarah (yang tiada di pasaran), koleksi novel comel yang lama, surat dan kad-kad raya yang pernah Kak Ain hantar dekat aku. Bila aku tunjuk je Kak Ain that collection of mine, Kak Ain dah sebak dah. She was like, "Ya Allah Fatin, nostalgia nya benda-benda ni! Kak Ain nak menangis!". Aku tak tahu nak react macam mana, last-last gelak je. Hehehe. Abang Aman Wan dan siap prepare video camera dah nak record Kak Ain menangis. Hahaha, it was really funny how diorang usik Kak Ain gila-gila. Kak Ain mula-mula macam tak nak kena record tapi setelah didesak, akhirnya dia mengalah jugak. 

Half of my very personal collection. Kalau ikutkan hati, memang nak bawak semua sekali.  

Azanil Fitri, another penulis bersama Ain Maisarah :)

Jija :D

Tu yang dekat atas tu, Jija! I was talking to Kak Izanor bila tiba-tiba dia datang tegur aku. Jija is one of Ain Maisarah punya crew dekat the booth tau. She came to me and asked, "Awak Fatin Hanani eh?". I was shocked and lepas tu aku angguk. WHAT A SMALL WORLD.

Jija : Awak Fatin Hanani eh?
Fatin : A'ah. Awak kenal kita ke?
Jija :  Kita baca blog awak!!! *She was really really excited, dah menjerit-jerit kat situ.*
Fatin : Awak baca blog kita? Awak biar betul?!?! *I was hyper too, tak sangka ada orang baca blog saya yang tak seberapa ni.*  
Kak Izanor : *Terus menggeleng on the spot. Hahahahaha, sorry Kak Izanor!*
*Terus hyper and we hugged each other. Masa tu Kak Ain tengah sign novel lepas tu satu booth pandang kitaorang. Ain Maisarah's crews yang lain dah macam, "Ni apahal tiba-tiba menjerit ni?" pastu diorang sengih-sengih pandang kitaorang. Kak Ain yang tengah sign buku cakap, "Ya Allah, eloklah tu dah jumpa gang,". Hehehe, sorry. Fangirls memang macam ni kalau jumpa each other. Abang Aman Wan memang pantang nampak benda-benda unik sikit, terus dia keluarkan video camera dia. Yes, dia record kitaorang menjerit-jerit hyper dekat situ. Jahat gila.* 
Jija : Awak Kiss Me kan? Kita jealous gila dengan awak, awak tahu tak? :D
Fatin : A'ah, kita fan U-Kiss. Macam mana awak boleh tahu blog kita? *sengih melebar*
Jija : Kita baca E-pop. Kan hari tu awak keluar magazine :D
Fatin : Oh, a'ah kan. Hehe. Macam mana awak boleh kenal kita? Awak tahu tak, you're the first one yang datang kat kita and sebut nama penuh kita tau. Hehehehe, excited gila ni!!!
Jija : Daripada tadi dah pandang dah sebenarnya. Tengok awak, macam kenal je. Lepas tu dengar awak borak dengan Kak Izanor. Dengar awak sebut Fatin, Fatin. Tu yang tegur tu. Kita tengok video awak dengan AJ, jealous gila tau!
Fatin : *Sengih-sengih, gelak-gelak dan teruskan berborak. Masa tu dah tak ingat apa dah. Ingat pasal Kpop je. Lulz :P*

Jija, I know that you're going to read this. First, thanks for reading this blog dan second, thanks for tegur-ing me dekat booth Ain Maisarah. I was really excited to meet you and tak pasal-pasal kita fangirling dalam booth Kak Ain. Hahaha, kalau nak diikutkan, sampai bila-bila pun kita tak habis cakap tapi nasib baik lepas tu masing-masing sedar diri. I bet kita mesti sama-sama malu kalau tengok balik video yang Abang Aman Wan record tu. He better not upload it on Youtube. Abang Azanil suruh Abang Aman Wan upload jugak video tu and bila dah ada 200,000 views, baru dia delete. Hahahaha, jahat gila! Oh by the way, Jija kawan Munirah eh? Ya Allah, kenapa kecik sangat dunia ni? She tweeted me, saying that you were really hyper to meet me. Kita pun sama! Hahaha. Hope to see you again, Jija :)

PS;
Adik saya beli buku Hasif Hamsyari di PBAKL hari tu. I know that Hasif will read this blog entry so this one is for him. Hasif, adik Kak Fatin nak autograph! Hehehehe :D

Labels: , ,


2 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram