Saturday, June 02, 2012
Farewell, Kuala Lumpur



2nd of June 2012.

That's the date that I won't forget sampai bila-bila. Today is the day di mana aku patutnya mendaftar sebagai pelajar di UiTM Kuantan. It's 1.50am in the morning, and I can't sleep. Banyak sangat persoalan and banyak sangat benda yang aku risau sekarang ni. Boleh ke aku hidup without family? Tak homesick ke aku nanti? Boleh ke orang lain terima aku yang memang kepala gila-gila ni selain kawan-kawan aku? Nak pergi tempat orang, boleh ke aku survive nanti? Macam mana nak mandi without water heater? Badan aku ni dah manja sangat, menggigil tak tentu pasal kalau mandi air sejuk. Mengada, memang mengada.

Deep down inside, aku tahu dan aku amat positive yang aku akan menjadi antara bakal mahasiswi yang paling rindukan rumah sangat-sangat. Dah boleh dah imagine aku menangis tiap malam ingat ibu, ayah, nenek, angah and achik. Dah boleh imagine dah aku rindu nak gossip dengan auntie on the phone. Dah boleh imagine dah aku teringin nak makan lauk yang nenek masak setiap hari. Belum pergi Pahang pun aku dah rindu segala bagai, apatah lagi bila dah ada dekat sana nanti, kan?

Aku tahu, aku akan rindu bilik, katil, poster U-Kiss kat dinding bilik, novels, albums, buku ilmiah dan segala khazanah yang terpaksa saya tinggalkan di Kuala Lumpur. Dah biasa bangun pagi nampak muka budak bertujuh dekat dinding tu dulu, lepas ni muka siapa pulak yang aku tengok setiap kali bangun pagi? Entahlah.

Dah emo balik dah aku malam ni, sedangkan daripada tadi dah cuba sedaya upaya untuk tidak menitiskan air mata. To be honest, aku takut. Yes, aku takut sangat-sangat nak pergi tempat orang. Takut nak buat kawan baru, takut nak tinggal dalam satu suasana baru, takut nak pindah keluar KL, takut nak belajar law. Tiba-tiba, semua benda macam serang kepala aku serentak. Sakit kepalo eden nak pikir ni hah. Kepala dah berdenyut bukan main dah sekarang ni. Aku rasa sebab aku overthink kot. Sigh.

Aku harap sangat yang aku dapat roommates dan housemates yang boleh clique dengan aku, yang boleh understand aku inside out, yang tak akan judge aku dengan genre music yang aku suka, yang takkan judge aku dengan cara aku dress up, from head to toe. Aku respect cara orang lain, bawak diri masing-masing and I hope people will do the same to me jugak. Aku harap sangat yang aku boleh buang sifat stereotaip dan prejudis aku, yang kadang-kadang suka sangat judge orang dengan sekali pandang je. Astagfirullahalazim, Ya Allah Ya Tuhanku, Kau jauhkanlah aku dari perkara-perkara yang merosakkan ini, Amin.

This will be my final entry, in Kuala Lumpur.

Aku rasa aku akan biarkan blog ni bersawang-sawangan buat sementara waktu. Aku akan cuba update bergantung kepada masa lapang aku. InsyaAllah, aku akan cuba try tulis pasal kehidupan kampus pulak nanti. Ramai orang cakap best, tapi aku nak kena experience semua benda sendiri dulu, then barulah aku tau sesahih mana kebenaran tu. Hihi, betul kan? Anyways, I will give you guys time to miss me and my blog posts. Sila sila, sila rindu saya, terima kasih banyak-banyak :P (Sorrylah korang, buat lawak hambar pulak tetiba. Aku try nak distract diri aku sendiri daripada menangis tak tentu pasal.) Make sure you rindu my blog tau! :P

Saya minta awak semua (Ya, awak semua) tolong doakan saya dekat Kuantan. Semoga Allah permudahkan segala urusan bagi saya, dan juga anda yang sedang membaca ni InsyaAllah.

Assalamualaikum and good luck semua,
especially yang akan masuk U jugak.

:)

Labels: ,


1 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram