Saturday, June 09, 2012
Minggu Destini Siswa, UiTM Pahang (Part 1)


2 June 2012 - 8 June 2012

Aku takkan lupa, satu minggu ni, sampai bila-bila.

Assalamualaikum! Hi! Satu minggu sudah berlalu and I think, semua budak-budak U dah habis orientation, bukan? I don't know if this entry is going to be boring ke, apa ke, but since I don't ever want to forget memori-memori indah aku masa dekat Jengka, aku akan tulis jugak pengalaman aku masa ni. Yes, as always, saya akan menceritakan dengan sangat detail. Hahahaha, typical Fatin, cerita semua benda pun kalau boleh nak 100% jugak :P

2 Jun 2012 
Bangun pagi tu dengan seribu satu perasaan. I gotta admit yang ada jugaklah 30% rasa teruja dalam diri aku masa tu. Double check semua borang yang perlu bawak, and barang-barang lain. Bertolak ke Pahang lebih kurang pukul 9 pagi, sampai sana pukul 11.30 pagi. Masa ni baru aku terfikir, errr, sebenarnya takdelah jauh mana kan Jengka dengan KL? Bolehlah balik selalu. Hewhewhew. Moving on, aku ingat aku je yang sampai awal hari Sabtu tu, rupanya beratus-ratus orang lagi yang dah sampai lagi awal daripada aku. Macam culture shock sekejap masa tu tengok ramai sangat orang yang aku langsung tak kenal. Aku bertolak ke Jengka tanpa mengenali sesiapa pun. Registered, and the OCs (orientation committee) bagi aku kunci bilik. Blok C. Okay, blok C sangat dekat dengan UPK (tempat kitaorang kena berkumpul untuk roll call setiap pagi.) dan aku bersyukur sebab duduk dekat blok tu. Naik bilik and my first impression was, "Wow, okay I'm going to live in this room with my 3 other roommates,". Aku okay je sebenarnya, tapi aku tahu yang it is going to be hard to adapt to this whole new situation and surroundings. Yelah, boleh bayangkan tak, dahlah itu first time aku duduk jauh dengan family and dahlah dekat Pahang, dahlah aku tak pernah duduk asrama. Hahahaha, I think I sound like a spoilt brat dah. Trololololol :P 

 2 kereta, iring aku ke Jengka hari tu. Anak manja lah sangat. Errr, bukan anak manja sebenarnya, tapi aku anak sulung. Semua orang nak  ikut hantar aku pergi universiti, sampai auntie yang dekat Langkawi pun sanggup balik. Nasib baik cuti sekolah, kalau tak...

Akhirnya, it was time to say goodbye. Masa tu aku boleh tahan sebak lagi. I don't want to cry in front of my family, especially ibu, because aku tak naklah buat ibu lagi sedih, but that one sentence that auntie said, terus buat aku menangis gila kaw-kaw punya. Sedih wo! Memang buat drama air mata depan Kompleks Kediaman Siswi tu. Uncle pulak mengambil kesempatan untuk merakamkan detik-detik bersejarah itu. Aiyoyoyo, whyyyy? =_='  Hugged ibu, dengan yang lain-lain. Ayah gelak tengok aku menangis beria and said, "Laaaaahhhhh, kenapa menangis? Pahang dengan KL bukannya jauh sangat pun. Kalau along nak balik, call ayah. Ayah ambik on the spot. Okey?" dan selepas itu, saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal. Balik dorm, mata bengkak, hidung merah tapi cover dengan senyuman ikhlas yang dibuat-buat. Tak nak nampak over sangat aku nangis. Orang lain okey je? Kalau orang lain okey, aku pun mesti  okey jugak. Betul kan?

Naik dorm, kemas baju and aku start unpack barang-barang aku. Tak bawak keluar banyak barang pun, since aku tahu yang aku dan budak-budak asasi lain akan move to Kuantan on Thursday, 7 June tu. Malas cheq nak bawak keluaq barang banyak-banyak, nanti malas nak kemas hok tu semuo bendo balik. 

Lepas tu kitaorang ada taklimat. Satu benda tentang orientasi UiTM, kitaorang punya aktiviti semua taklimat je. Duduk lebih kurang 12 jam sehari. Memanglah best duduk lama-lama dalam DSG (Dewan Serbaguna tapi student-student Pahang panggil Dewan Sejuk Gila) tapi kalau duduk lama-lama pun tak selesa jugak. Masa tu mulalah gatal nak berdiri. Dah lah kena duduk rapat-rapat, nak move kaki pun tak ada tempat. Masa ceramah tu, kaki cramp, semut-semut semua ada. Apakan daya, saya tidak mampu berbuat apa-apa. Ku berseraaahhhhhhhhhh~

It all started masa roll call. Aku entah macam mana boleh duduk sebelah Emy, Yann and Yana. Diorang satu dorm, and they are quite loud. Lagi-lagi Yana. One thing pasal Yana ni, dia punya reaction memang epic gila! Duduk sebelah dia memang bising habis lah. Gelak memanjang. Aku ni pun bukannya betul sangat, kepala gila-gila, jenis yang hyper jugak. Nasib baik Emy & Yann ni jenis yang senyap sikit, takdelah senyap mana sebenarnya tapi nak dicompare dengan aku & Yana, diorang memang senyap. Fuuuhh, how lucky. Kalau tak, aku rasa kecoh gila kitaorang kat situ. Semua berebut nak buat lawak, macam tu lah kiranya. Kitaorang kenal sebab duduk sebelah menyebelah, dan akhirnya, stick together sampai habis MDS. Anis join kitaorang lambat sikit. Anis kawan Yann and since Yann duduk dengan kitaorang, Anis pun join sekaki. Dan akhirnya, Anis pun duduk sekali dengan kitaorang. Kecoh, heboh sangat weh. Ya Allah Ya Tuhanku, aku gelak banyak  sangat masa MDS tu. Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan urusan aku kat sana, dapat kawan-kawan yang okey. 

 Left to right; Yann, Yana, Anis, Si-Dia-Tak-Tahu-Siapa & Emy.

Lagi, kegilaan dengan camera. Memang semua kaki camwhore. Bagus sangat =____='

Aku tak berapa ingat jadual aktiviti-aktiviti yang lain tapi aku cukup ingat yang aku penat sangat. Kampus Jengka tu besar gila, and to move from one place to another, kami terpaksa berjalan kaki. Bayangkan lah, berjalan kaki dari pagi sampai tengah malam dengan baju kurung dan kasut sukan. Kasut sukan dengan baju kurung? Sounds weird, tapi itulah yang terjadi. Trust me, you would prefer wearing sport shoes better than kasut sandal yang lain. Memang aktiviti berjalan sangat banyak. Jarak Kompleks Kediaman Siswi dengan Uwais (masjid), jauh gila. From Uwais to DSG pun jauh gila. From DSG nak ke Dewan Makan pun jauh gila. Can you imagine berapa banyak tenaga yang digunakan untuk berjalan sahaja dalam satu hari? Penat, memang penat.

"Pantas siswi, pantas! Jangan ada ruang dekat depan. Pantas siswi!"

Ayat di atas merupakan ayat 'favourite' semua OC sepanjang masa. Setiap kali berjalan daripada satu destinasi to another, memang kitaorang wajib dengar ayat tu. Nak tak nak, suka tak suka, kaki yang memang dah lenguh tahap gaban, kena lajukan jugak langkah. Memanglah penat, tapi bukan aku sorang je yang penat. Orang lain pun sama jugak penat. So terpaksa tahan everything, until the end. Peluh tak payah nak cakap lah. Memang lencun habis baju kurung tu. Dah lah kitaorang diwajibkan pakai baju kurung dengan tudung bawal hitam, gaya rocket setiap hari. Jengka pulak memang panas terik, lagilah peluh menitik-nitik.  

Jujur, aku mengeluh banyak gila at first. Tak suka kena jalan jauh-jauh. Tak suka kena marah dengan OC. Tak suka kena jerit. Tak suka kena tidur pukul 1 or 2 pagi, pastu bangun pukul 4.30 pagi atau awal lagi sebab nak kena rebut bilik air. Tak suka mandi sekali sehari. Tak suka bersempit-sempitan. Tak suka kena makan cepat-cepat sebab tempat terhad. Tak suka kena jalan jauh setiap kali lepas makan. Macam-macam lah. But guess what? I survived. Hari pertama, penat. Hari kedua, penat gila tahap maksima sepuluh kali lagi teruk daripada first day. Aku hampir pengsan masa hari kedua, sebab tak tahan penat. Masuk hari ketiga, aku dah boleh mula menyesuaikan diri dengan persekitaran UiTM Jengka; jarak yang jauh antara bangunan, baju basah dengan peluh, makan dengan laju sebab orang lain pun nak makan jugak, rebut saf depan masa solat berjemaah, mandi and basuh baju tengah-tengah malam, tidur masa ceramah dalam keadaan duduk (Uish, yang ni aku pro! Tak pernah-pernah aku tidur masa assembly or ceramah kat sekolah, masuk U terus tidur. Hahaha, penat sangat kot). Ayat keramat "Pantas siswi, pantas!" memang annoying at first, tapi bila dah lama-lama, rasa pelik pulak kalau tak dengar. Ah sudah. Aku rindu :(

Aku suka orientasi. Why? Sebab kitaorang solat berjemaah. Solat terjaga, daripada Subuh sampai Isya'. Alhamdulillah, puas hati sangat-sangat. Hati pun tenang, takdelah rasa homesick mana. Allah permudahkan segalanya. Thank you Allah :')

Orang pergi orientasi kurus, aku rasa aku gained weight masa orientasi. Lauk sedap gila! Bila dah penat, memang makan apa pun sedap, tapi kalau memang lauk dah betul-betul sedap, letih tak letih pun memang terliur nak makan. Antara lauk untuk breakfast, lunch, dinner yang disediakan sepanjang MDS ialah, nasi lemak, kuey tiaw, mee goreng, nasi goreng dengan telur rebus, nasi tomato, nasi ayam, ayam masak merah, ayam kurma, ikan goreng sambal, aca buah, sayur goreng, pajeri nanas, telur masin, ikan sweet sour etc. MEWAH KE TAK MEWAH? Sangat mewah kan? Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Terima kasih, UiTM! Terima kasih kepada OC-OC dalam Biro Makanan. Food sedap sangat :D

Dekat sini, kitaorang diwajibkan pakai kad matriks tau. Kad ni penting sangat, sama penting macam IC. Kad ni kiranya macam identiti diri seorang siswa/i lah. Kad ni penting jugak, as dia membezakan program yang kitaorang ambik. Total siswa dan siswi yang berorientasi adalah seramai 2000++ orang tahu? Ingat sikit ke? Haaaaa, macam mana nak bezakan kitaorang? Ikut kad matriks lah. Setiap program warna lain. Diploma pakai warna biru, pra-diploma pakai putih, asasi TESL pakai pink dan saya, sebagai pelajar asasi undang-undang pakai warna kuning. 


Kad matriks! Actually semua orang ada satu je, tapi aku je yang sengaja mengada pakai lima-lima sekali. 

Aku rasa entri ni dah cukup panjang, takut korang tak larat nak baca je. InsyaAllah, before bertolak balik ke Kuantan esok, aku akan try update lagi pasal MDS. Entri berikutnya akan jadi lebih gempak, hopefully, since I have so many interesting things to share. Hehehehehe. Best tau! Aku merungut at first, tapi sekarang dah rindu Jengka balik dah :'(

PS: I'm in Kuala Lumpur! Balik Kuantan balik hari Ahad petang, InsyaAllah. Hahahaha, homesick lah sangat :P

Labels: ,


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram