Saturday, June 09, 2012
Minggu Destini Siswa, UiTM Pahang (Part 2)


OOOOPPPPPSSS!
Ini part 2, click older post untuk baca part 1 dulu. Hihihi, aku memang suka tulis entri bersiri macam ni. Lol :P

Malam yang takkan aku lupa sampai bila-bila, malam terakhir di Jengka, malam Rabu, 6 Jun 2012. Mana taknya, aku menangis beria kot malam tu. Macam ni ceritanya....

*  *  *

"Siswa & siswi asasi tunggu, yang lain boleh bergerak." OC Disiplin cakap.

Oh yes, I thought! Ni mesti diorang nak bagi taklimat pendek ni, sebab kitaorang nak balik Kuantan esok. Foundation students memang sebenarnya budak-budak kampus Kuantan pun, cuma kitaorang menumpang sekejap dekat kampus Jengka. I was happy, sebab tak sabar nak sesuaikan diri dengan persekitaran Kuantan. Senyum pun bukan main lebar lagi, because yelah, tak sabar kan. Taklimatnya sekejap je, around 3 minutes. Lepas tu, jeng jeng jeng.

"Aku dengar cerita yang budak-budak Asasi hina budak-budak Diploma. Mentang-mentang results SPM korang bagus, kau ingat kau boleh sesuka hati je hina orang lain macam tu? Kau ingat kau pandai, kau boleh cakap budak-budak diploma tak betul..." 

Kena tengking, kena marah kaw kaw punya. OC kitaorang, Kak Gee menangis gila kot, complain pasal kitaorang semua. Aku menangis jugak, bila tengok Kak Gee menangis. Pastu Kak Alia pun menangis sama. Kak Alia is our OC from Kuantan, so bila dia pun complain sama pasal kitaorang, aku pun turut terasa sama. Diorang penat, kitaorang pun penat. Masa tu dah around 11 malam, nak masuk pukul 12 dah. Student asasi, siswa dan siswi, kena tunggu dan kena marah. Kecut perut jugak lah masa tu. Tunduk, tak berani nak angkat muka. Weh, scary gila kot tengok OC marah! Dah lah semua OC ada sekali masa tu. Yes, all 100++ of them, dalam dewan tu sekali dengan kitaorang. At first I was like, 'Ni secret camera ke apa ni?" tapi bila tengok diorang tengking and marah kitaorang beria-ria, terus tertutup semua sangkaan. 

Lepas lebih kurang 20 minit yang sangat panjang, barulah diorang berterus-terang yang it was actually a prank. Dengar je diorang cakap prank, aku terus menangis lagi. Sampainya hati OC buat kitaorang macam tu. Sedih gila tau! Nama Kak Gee, Kak Alia, OC Firdaus, OC Syafaat memang takkan aku lupa! OC Firdaus dengan OC Syafaat yang tengking-tengking kitaorang, cakap kitaorang tak hormat OC & stuffs. Kak Gee & Kak Alia yang menangis sebab complain pasal kitaorang, kitaorang demand sangat etc. Ada sorang siswa ni, hampir kena tumbuk dengan OC kot, sebab kononnya 'hina' budak diploma, padahal dia tak buat apa-apa pun. He's innocent! Kak Hanan (OC from Kuantan) pulak back up kitaorang, almost gaduh dengan OC Jengka. Masa tu real gila :/ 

But it turned out yang benda tu lakonan sahaja. 

OC Syafaat & OC Firdaus gelak gila-gila on the spot. Kak Gee pun. OC Syafaat was like, "Korang, janganlah menangis over sangat, takutlah pulak tengok korang nangis,". Jahat gilaaaaa!!! Aku terus tergelak, walaupun air mata menitis-nitis lagi. It was so real (walaupun ada a few parts yang tak logik sangat-sangat). Masa tengah menangis sambil gelak tu, ada sorang OC ni kata, "Dik, dah dah jangan nangis. Kitaorang gurau je." sambil sengih-sengih. Aku redha je lah kat situ. The siswa(s), lepas dengar je yang benda tu prank, terus pergi kejar OC Firdaus & OC Syafaat. Diorang lambung-lambung OCs tu on the spot jugak. Best gila tengok. Hahahaha. Episod kejar-kejaran antara OC-OC dan pelajar siswa memang tak akan saya lupakan.  

The OCs told us that they actually love and care for us very much. Just like tahun-tahun sebelumnya, they told us jugak yang students asasi yang paling tak buat masalah antara pelajar-pelajar yang lain. Terharu gila :') OC cakap, diorang buat semua tu so that kitaorang tak lupa everything yang jadi masa orientasi. InsyaAllah, semua benda ni akan terpahat dalam ingatan aku, sampai bila-bila. Lepas prank tu, hati aku makin berat nak tinggalkan Jengka. Why oh whyyy? Padahal sebelum tu, sibuk je nak balik. Before balik dorm malam tu, kitaorang salam semua OC untuk siswi. Sedih woooo! Peluk Kak Gee and Kak Gee suruh aku stop menangis. Hahahaha, sampai hati Kak Gee berlakon macam tu! Kak Syakirah pun masa nak salam tu, menyorok belakang kawan dia. Kitaorang tease dia, usik dia segala benda. Kak Syakirah ni tegas gila tau. Dia yang handle kitaorang masa roll call every morning, setiap malam. Badan kecik je, tapi suara dia kuat, like very very kuat dan dia sangat sangat tegas. Kitaorang tease dia gila-gila, Kak Syakirah still tak nak lepas menyorok belakang kawan dia (another OC). Kakak tu dah macam, "Dik, tarik je dia, tarik je dia.". Tak boleh tarik, kitaorang declare psychological war sampai at this one point, Kak Syakirah cakap, "Sedih lahhhh!" and she cried! Not just us, dia pun sedih nak pisah dengan kitaorang :'(

Confession : I miss everything about Jengka already :'(


Serious gambar ni buruk gila tapi this is the only picture yang aku ambik sebelum bertolak ke Kuantan. Nak tak nak, aku post jugak lah semata-mata nak tunjuk perkataan 'Jengka Liner'. Jengka Liner tu yang mahal tu. Hehehehehe :P

The next day, bertolak ke Kuantan! Sat next to Anis in the bus and tengok cerita Captain America dalam bas tu. Perjalanan mengambil masa around 2 hours jugak lah. Waaaahhhh Kuantan & Jengka jauh gila! :O Sebelum meninggalkan kampus Jengka, kitaorang buat kerja gila. Takdelah gila mana, cuma hyper sikit je. (Kak Chacha yang suruh actually). Hahaha :P Kitaorang nampak je OC, kitaorang lambai dengan penuh excited. Lelaki ke, perempuan ke, semua kitaorang lambai. Even pakcik polis bantuan pun! Hahahahaha, it was so fun but at the same time, sedih lah jugak. Mana tak nya, kitaorang spent a week with them oh! From 6 pagi sampai tengah malam tengok muka yang sama je. Mesti lah sedih, kan? 

Oh oh oh, sebelum saya terlupa, you have no idea how aku membawa turun kesemua bagasi-bagasi aku yang besar belaka. Terseksa jiwa dan raga. 4 kali naik, 3 kali turun. Dah lah dorm dekat tingkat 3! MasyaAllah. Tapi takpe, tangga kat Jengka pendek belaka. So tak terasa nak naik tingkat 3, tapi tidak dekat Kuantan. Rumah aku tingkat 4 tahu tak?! Tingkat 4! FUUUUUUUUUUUUUUUUU- 5 kali naik turun tangga, macam naik tingkat 4 dekat SBU. Cuma yang bezanya, aku bawak naik bagasi besar gedabak dan berat gila tahap kritikal seorang diri. How cool =__________________=' Menyesal sebab bawak barang banyak sangat, seriously.


Depan Kampus Bukit Sekilau, Kuantan. Terima kasih kerana mengalu-alukan kedatangan kami :')

Hanya pelajar perempuan (siswi) asasi undang-undang je yang tinggal dekat Bukit Sekilau. Cool kan? It's so exclusive! East Coast Mall dekat depan, walking distance sahaja. 7E pun dekat. Teluk Cempedak pun boleh pergi. Wah wah wah, this is so exciting! Hihihihihi. Kampus ni sangat-sangat kecik. Rumah dekat atas, classroom dekat bawah. We have to go to Padang Lalang jugak, for a few classes. Nak pergi Padang Lalang, kena naik bas UiTM. Padang Lalang pun kampus Kuantan jugak. Padang Lalang ni pulak, tempat tinggal siswa for both Law & TESL, juga merupakan tempat tinggal bagi pelajar perempuan TESL.

Kitaorang tak duduk dalam dorm. Kitaorang duduk dalam rumah. Satu rumah ada 15 orang. Mesti korang macam, "Errr, mesti tak selesa kan duduk satu rumah ramai-ramai macam tu?". Baru 2 hari dekat Kuantan, aku dah start rindu balik dah. 15 orang satu rumah, 5 orang satu bilik. Rumah tu sangat luas. Setiap pelajar disediakan satu meja belajar, satu almari, satu katil. Living room dia sangat besar, dah letak 15 study tables pun still luas lagi. Ahli-ahli rumah nak buat solat berjemaah pun muat dekat ruang tamu tu. My roommates are okay, my housemates are bapak gila awesome. The head of the house is Yusra. (She's very very pretty I can't even...) and dia from Shah Alam if I'm not mistaken and she's so girlish. Muka dia muka Arab campur American. Sila imagine dalam kepala. Cantik gilaaaaaaa. Kitaorang, sesama ahli rumah dah siap plan dah; we are going to have pertandingan bilik tercantik every 2 months. Best gila kan? And, kitaorang dah lantik dah biro-biro dalam rumah. Sumpah lawak gila masa election! Setiap orang ada tugas masing-masing. Lol :P

We have Biro Disiplin, Biro Kebersihan, Biro Kecantikan (She's very pretty and dia orang Klang. Rambut dia, semua benda lawa lah! She has the look, the height, and everything. So dia yang akan coordinate kitaorang punya baju. Hahahahaha sumpah kitaorang gedik tak boleh blah XD) , Biro Keceriaan, Biro Kerohanian etc. I can sense a great semester ahead, InsyaAllah :)


Jadual kelas. Takdelah pack sangat, tapi banyak kelas mula pukul 8 pagi. Waaaaaaa, I wanna sleeeeeepppp! Memang tak ada chance lah nak tidur balik lepas Subuh. Eeeeek, macam mana kalau tak boleh bangun? Aiyoyoyoyo, manyak takut maaaa. Tapi takpe, hari Jumaat habis class at 11am. Boleh balik KL! Wehehehehehehehe :P

Everything is still organized and normal at this time, Alhamdulillah. Semoga Allah bantu, permudahkan semua urusan aku dekat sini. Amin, Ya Rabbal Alamin.

Kepada yang lain, macam mana orientasi korang? Best tak? :)

PS; Ramai sangat Fatin dekat Kuantan (more than 10), so aku tak rasa yang I'm going to use that name. Hihihi, sengaja gedik nak tukar nama baru. LOL :P Tapi serious, ada lebih kurang 20 orang Fatin dekat sana and 5 orang Hany (walaupun spelling berbeza). Tak nak lah nama sama, kan? Tengoklah macam mana nanti. Hahahahaha!

PSS; Saya alu-alukan setiap komen daripada anda. Sila lah tinggalkan comment anda. Saya suka baca comments daripada pembaca (waaah, 'pembaca' serious tak boleh blah) dan ia membuatkan saya lebih bersemangat. Hahahahahaha, Fatin over gila kau weh. Trolololololol XD I sound so desperate. K thanks bye. HAHAHAHA!

Labels: ,


7 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram