Tuesday, July 03, 2012
The Housemates






Yusra, Ika, Nabila, Qinthara, Ejan,
Fatin, Suhaila, Wani, Nadia,
Shifa, Fiqrin & Anis :)

Alhamdulillah, I am thankful sangat-sangat kerana dikurniakan housemates yang sangat-sangat baik, awesome. They accept me the way I am, they can stand my loudness, they can stand my craziness dan ke-hyper-an aku yang susah nak hilang. 

Dekat sini aku tak kenal ramai orang sangat. My life in Kuantan only involves my classmates and my housemates. That's it. Maybe ada one or two yang aku kenal di luar kelas, tapi kalau yang tu memang jarang and susah nak rapat. Well, tak serapat aku dengan the housemates and the classmates.

First, mari bercakap tentang our 'Boss'. In the first picture, Yusra stood next to me, wearing the purple Beta t-shirt. She's the head of the house. Yusra is very very feminine tapi sejak dia sampai je dekat Kuantan, dia terus jadi keras sikit. Iyalah, dah tinggal dengan orang bising macam aku, nak buat macam mana kan? Haha, it's funny how kitaorang punya personaliti dah bercampur-campur sekarang ni. Fatin terjadi lembut macam Yusra, Nabila ter-act cute macam Qinthara, Yusra suka 'bully' orang macam Ejan etc. One thing about Yusra, she's firm tapi ke-firm-an dia tertutup dengan sikap feminine yang sering ditunjukkan. Hehe, only our housemates tahu macam mana Yusra ni sebenarnya.

I can proudly say that we have people with different personalties in A406. Alhamdulillah, semua 12 kitaorang boleh masuk. Ada yang masa first week diam gila, tapi sekarang dah start bising jugak. Ada yang pemalu, tapi sekarang main buat lawak lepas je. Ada yang itu, ada yang ini. We complete each other in our own way. Satu yang aku suka about my housemates in Kuantan, we don't hide things from each other. We tell each other our crushes, what happened in class, macam mana itu, macam mana ini. It's fun tau, cakap ramai-ramai, makan ramai-ramai, duduk sekali and just talk. It feels good. Rasa macam family sendiri.

We have people from all around Malaysia in our house. Aku sendiri, from KL. Yusra & Shifa are from KL as well. Ejan is from Terengganu. Suhaila is from Negeri. Nabila & Fiqrin from Johor, Ika & Anis from Selangor (adik beradik KL lah tu) and we have three Borneo people in our house! Wani, Nadia and Qinthara! There are times bila kitaorang buat lawak racist gila. Orang yang dengar mesti ingat kitaorang gaduh tapi padahal, that's our inside jokes.

Situasi 1
Fatin : Wani, tolong belikan Mars boleh?
Wani : Boleh boleh.
Fatin : Kau tau tak Mars tu apa?
Wani : Ehhh, kau ingat dekat Borneo takde Mars ke?
Fatin : Manalah aku tau, aku tak pernah pergi Borneo *Lepas tu kitaorang gelak macam orang gila*

Situasi 2
Fatin : *tengah nak bayar kat counter 7 Eleven, but I can't find my purse*
Wani : Hahh, takde duit.
Fatin : Weh, orang KL ada duit lah.
Wani : Habis tu kau ingat orang Borneo takde duit lah?! *Lepas tu kitaorang gelak macam orang gila, abang 7E tu pun gelak dengar kitaorang cakap. Lol.*

Situasi 3
Nabila : BORNEEOOOOO!!!
Wani : Kurang ajar. Budak Johor memang gitu.
Fatin : Borneeoooooo!!! *sengaja nak annoy dia*
Wani : Ni tengok ni, budak KAAAYYY ELLLLLLEEE lah sangat.

Astagfirullahalazim, pecah perut kalau duduk dengan dia ni. Selalunya aku akan team up dengan Yusra since Yusra is from KL too. We will be like, "Eh eh eh, ni kenapa kutuk orang KL ni?" and stuffs. Although Qinthara (Q) and Nadia pun asal daripada Borneo jugak, tapi yang kena buli mesti Wani. Actually Wani is not from Sabah, dia orang Negeri Sembilan, tapi MRSM dekat Sabah. Dia banyak kali cakap yang dia bukan orang Borneo but we refused to listen, sampai at this one point, dia dah give up dah and terima the title seadanya. Ya Allah, lawak gila. Oh by the way, Wani is my housemate, my roommate and my double decker mate. Hahaha. Aku tidur atas, dia tidur bawah. Kalau kitaorang 'gaduh' ke apa, she will be like, "Fatin, aku campak katil kau keluar tingkap, daripada tingkat 4." Ceehh, tak sedar diri. Dia campak katil aku, katil dia tercampak sekali ke bawah. Hahahahahaha, Wani Wani.

Kitaorang duduk tingkat 4, tingkat atas sekali. Jujur, at first memang mengeluh gila-gila sebab kena naik tangga tinggi sangat. Sekarang ni, aku bersyukur sangat-sangat. Why?

1) Kitaorang tak dengar bunyi orang gerakkan barang daripada rumah atas pada malam hari.
Get what I mean? Dekat sini orang selalu dengar bunyi orang gerakkan barang-barang dalam rumah pukul 3-4 pagi. Esok pagi, budak-budak bawah akan tanya kitaorang, "Korang kemas rumah ke malam tadi?" and we said no. Diorang faham and we decided to act like nothing happened. Benda tu pun makhluk Allah jugak kan? :)

2) Boleh kuruskan badan.
Fush, ini bonus weh. Makan banyak mana pun, pastu kena ulang-alik tingkat 4. Mengah memanglah mengah, naik tangga tinggi gila, tapi ia secara tidak langsung menyihatkan tubuh badan. Wuuuu, I like, I like :P

3) Kalau basuh baju, baju senang kering.
Kitaorang duduk tingkat 4, baju kitaorang dalam 5 jam dah kering dah, kalau hari panas. The best part is, air basuhan baju sesiapa tak kena baju kitaorang. Kalau duduk tingkat 3 pun, baju akan lambat kering. Why? Sebab air yang menitik daripada baju yang dijemur students yang duduk daripada tingkat 4 akan jatuh di baju mereka. Kalau kat tingkat 2 pulak, air baju from tingkat 3 and 4. Kalau tingkat 1 lagi jenuh. 3 tingkat punya air baju dia kena tadah. Memang tak kering lah baju diorang. Yes, memang kitaorang akan perah kering-kering dulu, tapi kalau dah jeans, nak perah kering macam mana? Tak larat nak perah. In the end, ku berseraaahhhhh~ Maaflah kepada penduduk tingkat bawah. I feel really bad actually :/

Banyak sangat dah aku tulis ni, walaupun masih banyak yang aku nak kongsi. I will write an entry about my awesome classmates pulak lepas ni. More pictures to come, just wait for it.

Assalamualaikum and have a good day, everyone :)

Labels: ,


4 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram