Sunday, July 22, 2012
Ramadan di Perantauan


*Gambar hiasan semata-mata so that this post won't look so dull.*
Oh by the way, meet Nabila Sahar, my housemate and my classmate :)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Ramadan is finally here. Kejap je kan masa sekarang ni? Pejam celik pejam celik dah puasa. I still remember last year, masa tarikh macam ni, aku tengah dekat SBU, tengah busy prepare untuk sukan tahunan, busy sebab trials SPM dah dekat sangat. This year? I'm in Kuantan, dalam proses untuk menggenggam segulung ijazah, InsyaAllah.

2012 telah melakarkan sejarahnya yang tersendiri di mana tahun ni, for the first time ever, aku tak puasa dekat rumah. Sayu betul kenang nasib masa buka puasa. Dah lah terlepas sahur, pastu buka pulak makan nasi bungkus je. 

Dekat rumah selalu masa sahur and buka puasa memang meriah meja. Semua benda ada. Murtabak, roti john, tepung pelita, tu memang some of the lauk wajib lah. Air pulak boleh pilih either nak minum orange Tropicana Twister or teh o. But here? Nasi bungkus, lauk ayam masak kicap. Air teh bunga. Je.

Alhamdulillah, I am thankful. At least aku ada makanan nak makan. At least aku ada air nak minum. At least Allah bagi jugak rezeki untuk aku nak buka puasa. Ada orang yang lagi susah, buka puasa dengan air kosong je. Berapa kali jugak aku nak merungut tapi aku cuba sedaya upaya untuk tahan diri. Dan, last last aku menangis jugak. Menangis sebab sedih puasa jauh kat sini, menangis sebab baca tweet orang lain buka puasa semua dengan keluarga yang disayangi lagi dicintai, menangis sebab sedar kekufuran diri.

This is what ibu said when kitaorang Whatsapp malam semalam, lepas berbuka, "Ibu ingat jugak dekat along masa buka puasa, tapi it's a good experience for you. Belajar hidup susah.". Yes, ibu is right. Memang kena belajar hidup susah daripada sekarang. Selama ni aku dah biasa hidup senang, so bila susah sikit je, aku mengeluh. 

Masa-masa macam ni lah orang akan lebih menghargai keluarga sendiri. 

Labels: ,


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram