Thursday, August 09, 2012
Fatin Hanani dan Teddy Bear


 ;)

Assalamualaikum and hello! How's everyone? Good? Bad? Ya Allah, baru sedar yang dah lama sangat aku biar blog ni bersawang-sawangan. It's not that aku tak nak update, aku kadang-kadang tergerak jugak hati dah perasaan nak update tapi aku takde benda nak update. Tak nak lah tiap-tiap kali cerita pasal Kuantan je. Nanti korang bosan lah pulak :/

Alright so finally ada benda yang nak diupdate. Yaaayyyyeerrsss! Hahahahaha. Serious pelik oh tajuk ni but oh well who cares? :P Untuk yang mengenali saya, anda akan tahu yang I'm not a very feminine person. Aku kasar kot. Cakap, cara jalan, cara pakai baju (Always comfortable in t-shirt and jeans je), semua benda lah. Cuma bila aku masuk dalam fangirl mode baru aku jadi feminine sikit. Lol :P

Aku tak feminine, tapi bila datang Kuantan, hah ambik kau. Culture shock sekejap aku sebab housemates aku feminine-feminine belaka. They all have their own soft toys! Mak datuk! Semua ada nama pulak tu! I am the only one yang tak main dengan bear bear segala benda tu. Timbul persoalan di minda, pelikkah aku? :O Sumpah cuak masa tu. Even Nabila, yang sekasar-kasar alam tu pun ada soft toys!

13 soft toys, 11 orang punya, tidak termasuk saya. 

Tengok gambar tu! Boleh buat sekolah kan? Ya Allah, takut gila aku weh. Every single person in the house owns one but not me. Masa tu aku dah kena bahan dah but oh well aku menjawab balik ah. Hehehehehe, biasa lah tu tak ada soft toys, Fatin kan? :P

Dan saya tiba-tiba tidak tahu mengapa, kecintaan saya terhadap soft toys tiba-tiba memuncak dengan sendirinya. I started to talk about it, bully soft toys yang ada dekat rumah ni etc etc. Wahahaha, sumpah lawak. The whole house pelik sebab tiba-tiba aku jadi pencinta teddy bear sebab before this memang aku alah dengan benda ni. Suka tu memang suka, tapi memang tak timbul sedikit pun niat untuk saya membeli satu buat diri sendiri. Tak kuasa I! 

Suddenly, Syamil buat surprise. Syamil is my class representative and he is one of my closest friend dekat Kuantan. He gave me an early birthday present! Tak jangka sangat-sangat because my birthday is a month away! 20 September lambat gila lagi kot. Sekarang tak sampai 20 Ogos pun lagi. Senang cerita, aku memang terkejut tak ingat dunia when he gave me the birthday present. Rasa nak menangis meraung semua ada. Hiperbola gila kan? Hikhik :P

Oh zhankkk youuuu Syaamil for the super early birthday present! :')

Balik rumah, punyalah excited nak bukak hadiah. Guess apa yang aku dapat? Hahahaha, a soft toy! Terus sengih sorang-sorang. My first soft toy in history eh? Dan satu rumah kecoh. All 11 of them sebab Fatin Hanani main dengan soft toy dan ada teddy bear sendiri. Sumpah jahat oh dorang :P Eleh, kecoh-kecoh pun I still love the 11 of them <3>

Say hi to Bluie! Dia sangat comel okay? :D

Dan itulah pengakhiran kisah saya dan teddy bear. Hahahaha, punyalah excited segala bagai nak cerita panjang lebar :P

Labels: ,


2 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram