Friday, April 26, 2013
Apa nak buat lepas SPM?


Bila bukak Facebook je nowadays, mesti akan nampak posts from group 'Halatuju Pendidikan Selepas SPM' dekat Newsfeed aku. Memang adat setiap tahun, bulan April and May merupakan 2 bulan yang cukup-cukup sibuk for those yang baru dapat result SPM. Masa itulah sibuk nak isi borang scholarship, masa itulah sibuk nak buat research kat internet pasal course, masa itulah nak survey university etc etc. Been there, done that. Lol.

Berbalik semua kepada topik di atas, it's true that results SPM tu penting, sebab dengan result itulah dapat tengok course mana yang kau akan pergi kat U nanti. But then again, saya harus tekankan di sini yang result SPM tu bukan segala-galanya. Tak semestinya kalau result SPM kau teruk, kau tak ada masa depan, tak boleh dapat kerja elok-elok, tak boleh jadi kaya in 10 years time, tak ada duit nak tanggung family in the future, tak boleh buat itu, tak boleh buat ini. Get what I mean? Trust me, banyak je sebenarnya jalan lain yang kita boleh buat, boleh ikhtiar. Janganlah putus harapan terus. Doa banyak-banyak, mintak Allah tunjuk jalan. Aku sendiri tak faham kenapa ramai orang zaman sekarang yang exaggerate pasal SPM, konon orang yang dapat result yang kurang memuaskan memang tak ada future langsung dalam dunia ni. If you're one of them yang berfikiran macam tu, STOP IT. You know it's not true; auta semata-mata.

Lepas SPM, ada banyak benda boleh buat. Let me list it down for you; kau boleh pilih nak buat yang mana. Ada Form 6, matrikulasi, foundation, A-Levels ataupun diploma. Bawah 5 benda yang aku list down tadi, ada lagi banyak banyak banyak pecahan sebenarnya. See, siapa kata tak ada future? 

Lets say yang kau tak diterima dekat matriks, form 6 & UPU pun tak dapat, jangan fikir yang dunia ni dah gelap gelita, tak ada cahaya dah hidup tu. As far yang aku tau, ada certain universities in Malaysia yang ada kursus pra-diploma. Belajar satu semester untuk pra-diploma, lepas tu masuk diploma and lepas tu boleh ambik degree. One thing pasal pra-diploma ni, korang akan lambat satu semester daripada kawan korang yang dah masuk diploma dulu. Kiranya, korang akan graduate lambat satu semester (5 bulan) daripada kawan korang yang diploma but I don't think it's a big deal. Sooner or later, cepat atau lambat, dengan kawan atau tak, yang penting sekarang dapat graduate, dapat genggam ijazah.

Adik-adik sekalian, nanti lepas dah masuk university/college, orang tak pandang dah sijil SPM awak. Serious cakap. Masuk U je, kita macam dah kena reborn as orang baru. New syllabus, new place, new environment, new friends. Segala-galanya baru. It's going to hard at first, for sure tapi you will survive and will get used to it, jangan risau. Dekat university nanti, lecturer takkan tanya, "SPM dapat berapa?" or "Trials SPM dapat berapa?" or "You come from which school? MRSM kah? Sekolah harian kah?", NO THEY WON'T ASK YOU THAT. Dekat university nanti, kita semua akan start from zero balik, tak kisahlah dapat 1A ke, 6As ke ataupun 7As sekalipun. Orang memang takkan kisah dah pasal result SPM masa Form 5 dulu but people will look at our performance. Tengok assignment kita macam mana, tengok performance masa finals macam mana, tengok presentation, tengok segala-galanya lah. Tak semestinya yang you got straight As for your SPM, you will excel in university. No no no. 

Dekat universiti/college/matriks, there will be no one yang akan push kita. Dekat university, tak ada orang yang nak bebel bebel suruh kita hantar assignment macam dekat sekolah. Dekat sekolah ada cikgu. Cikgu memang akan cari sampai ke lubang cacing if tak hantar kerja kursus or folio. Dekat university, tak hantar assignment on hari yang sepatutnya hantar, you will get 0 serta-merta. ZERO. No joke. Telur ayam, seriously. Dekat university, tak ada maknanya lecturer nak suap dengan recent cases, issue semua benda. You have to search it on your own, kena buat research sendiri. In university, every single thing is important sebab markah untuk final exam dibahagikan kepada dua iaitu; final paper, 60% and on going assessment, 40%. On going assessment ni includes quiz, test, presentation, debate, persuasive speech, group viva, tutorial and etc. Tak guna kalau markah finals kau tinggi tapi masa presentation, quiz, test buat main-main. Kena balance dua-dua sebenarnya. I'm sorry if I sound like menakut-nakutkan orang ke apa, but this is the truth. Satu lagi kebenaran yang hendak saya tekankan di sini adalah, YOU WILL SURVIVE, TRUST ME. You will survive if you take things seriously. Masa main, mainlah. Masa kena study, kena buat presentation, buat betul-betul. Aku bukan orang yang jenis tengok buku 24 hours or belajar from 8 sampai 12 malam setiap hari. Aku dekat Kuantan tu main banyak jugak, keluar-keluar jugak (ECM dengan Megamall dengan Teluk Chempedak dekat sangat-sangat dengan campus saya), dengan kerja JPK and events tak pernah habis but I know my limit. Semua benda yang kita buat kena ada limit kan? As long as aku tak neglect studies, tak neglect tanggungjawab and amanah yang ditugaskan, it's not wrong to have some fun, betul tak? But studies comes first lah for sure. 

One advice from me, dekat menara gading (malas nak tulis form 6/matriks/university/college sebab panjang sangat...) nanti, please please please choose your friends wisely. Bukannya maksud aku pilih kawan yang kaya atau tak, cantik or not, benda-benda macam tu, bukan. Kaya, miskin, warna kulit, cantik atau tak, semua tu tak penting. The most important factor that you have to observe when you're selecting your friends is, tengok whether orang tu boleh bawak kita ke arah kebaikan or keburukan. Salah pilih kawan, you're doomed. Penting untuk pilih kawan because when you're in the menara gading, you will be away from your family. Tak ada sesiapa nak tengok-tengokkan kita melainkan kita menengok-nengokkan sesama sendiri. Kalau dapat kawan yang bagi bad influence, kita pun akan terikut sama. Jangan terkejut kalau aku cakap yang sebenarnya, ramai sangat orang yang experience culture shock dekat university. Yelah, finally terlepas daripada 'mata' parents kan? Tak ada siapa yang nak control, tak ada undang-undang kena balik pukul berapa, tak ada orang nak marah if tak belajar. See, senang sangat-sangat nak tersasar daripada tujuan sebenar; nak belajar. This is a true story about one of my friend in my campus and I want to share it with you guys. Ambik ikhtibar mana yang patut. This friend of mine is very charismatic. He has the brain, senang cerita he's pandai lah. He did a very good job for his finals and for his on-going assessment on the first semester. People look at him dengan respect lah, nak dipendekkan cerita. However, this guy, he started to change bila masuk semester kedua. Dia mula rapat dengan sorang ni and he started to change drastically. Assignment tak buat, tak study at all for quiz or test, tutorial tak siapkan, senang marah etc. etc. Even the lecturers perasan pasal ni and his performance jatuh merudum sangat sangat sangat. See? Nak berjaya punyalah susah but it only takes a tiny mistake to ruin everything.

Results UPU belum keluar kan? Okay, lagi satu nasihat daripada Kak Fatin Hanani (hahahahahahaha tak boleh blah gila lol) untuk menyenangkan anda di masa akan datang, pergi photocopy benda-benda yang aku list down ni. Buat banyak-banyak copy because you will need it in the nearest future. Kalau boleh, satu dokumen buat 10 copy. Senang, bila nak guna, terus dah ada, tak payah terkial-kial buat kerja dua tiga kali. I was one of them, yang buat kerja dua tiga kali masa zaman lepas SPM dulu. Memang aku ni suka sangat menyusahkan diri sendiri =_='

Dokumen yang perlu difotostat banyak-banyak keping:
1) Result SPM
2) IC sendiri
3) Birth certificate
4) IC parents (both ibu and ayah)
5) Sijil Berhenti
6) Sijil Testimonial
7) Other certificates
8) Slip gaji parents
9) Surat tawaran (if dapat any offer)

Lepas tu, if dah fotostat dokumen-dokumen di atas dengan banyak, jangan simpan atau peram buat pekasam pulak. Go to your school, and dapatkan cop pengesahan for those documents. Tak tahu macam mana nak sahkan sijil or IC or results semua benda tu? Simple je. Put the documents in an envelop (make sure size A4, jangan guna sampul surat biasa pulak. You can actually put it in a file or anything, tak kisah sebenarnya). Lepas dah compile kan semua benda cantik-cantik, pergi pejabat sekolah and tell the clerk "Saya nak buat pengesahan sijil." dan dengar arahan selanjutnya. Senang kan? Better prepare dokumen-dokumen ni sekarang sementara result UPU belum keluar, kalau tidak mahu kelam-kabut seperti saya pada satu zaman dahulu.  

Itu jelah kot, yang aku boleh share. Hope it helps! :)

PS: Oh lupa pulak! Jangan lupa ambik gambar passport sekali! :D

Labels:


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram