Thursday, April 11, 2013
Baju Kurung vs Jubah


Baju kurung vs jubah?
Jubah wins. 


I wear jubah to class almost everyday. Scratch that. I wear jubah to class on the day when I'm too lazy to iron my baju kurung or on the day when I wake up late, which is, almost everyday. Bangun lambat tu tak adalah setiap hari, but then malas gosok baju tu memang hari-hari lah. Hari yang 'wajib' for me to wear jubah is on Monday. Hari Isnin merupakan hari termalas dalam kalangan hari-hari yang lain.

Dulu, I prefer baju kurung more than jeans, but now, I prefer jubah than baju kurung. Best okay pakai jubah! Tak payah gosok dua piece, gosok satu piece je (two, plus tudung). Kalau anda merupakan orang yang malas macam saya, saya advice, pakailah jubah. Lol. Tapi kan serious oh, kadang-kadang kalau lepas Subuh tu tertidur balik, then terlambat bangun untuk class pukul 8 pagi, memang aku berlari dah cari jubah. Nak gosok baju kurung, lambat. Ambik masa tahu tak nak gosok baju dengan kain baju kurung. Pakai jubah selamat, jimat sikit masa.

Another one thing, pakai jubah best sebab boleh berlari kejar bus. Hahaha sangat unladylike okay pakai jubah kejar bus. Yelah, dah lambat kan, nak buat macam mana. Sometimes ada pakcik bus yang baik, nampak kitaorang jalan lenggang kangkung macam itik pulang petang, dia tunggu. Ada jugak pakcik bus yang pantang tengok kitaorang jalan lenggang kangkung. If this is the case, berani lah kau jalan lambat-lambat, sambil gelak-gelak. Memang sengaja dia tinggal, konon nak provoke. Bila dah bus tu acah-acah nak jalan, apa lagi, berlari marathon kitaorang kejar bus. Padan muka, salah sendiri.

Another advantage pakai jubah is... tak ada banyak baju nak basuh. Walaupun aku selalu sangat guna washing machine kat Kuantan tu, baju kurung and jubah memang aku basuh tangan. Jubah-jubah yang aku ada semuanya bermanik, nak mati ke apa basuh guna machine uolzz. My mom would kill me kalau aku masuk jubah-jubah tu dalam mesin basuh. Habis tanggal manik warna-warni, liplap liplap tu. Haaaaaa, if pakai jubah, kita akan ada sikit bilangan baju yang nak kena basuh. For example, if aku pakai jubah everyday, seminggu aku ada 5 je baju yang kena basuh. If baju kurung pulak, aku kena basuh 10 pasang. Itu belum masuk tudung lagi. Lagi banyak baju, lagi bazir air. Dah lah air kat Kuantan tu macam biskut Chipsmore, sekejap ada, sekejap tak ada. Jadi, kita haruslah menggunakan air dengan sebaik-baiknya ya adik-adik. Jimat yang mana yang patut :P

Satu lagi, before doing the laundry, we have to make sure whether ampaian kat belakang tu kosong ke penuh. Iyalah, satu rumah ada 14 orang. Kalau 14 orang basuh baju semua sekali, manalah muat nak sidai our clothes kat ampaian yang sekangkang kera tu. Takkan nak sidai baju kat meja study kot? Habis basah banjir living room tu nanti. Kita sebagai seorang rakan dan housemate yang sangat memahami, kenalah meminimakan penggunaan ruang di ampai baju. Betul tak? Baju kurung makan space, jubah tidak sama sekali. Kan kan kan?

Aku ada 4 pasang jubah je actually, but selalu ulang pakai pergi class. Takde siapa nak tengok, tenung dari atas ke bawah, kita pakai baju apa setiap hari. Kalau ada secret admirer lain cerita lah. Standard okay students ulang baju. Satu tips if nak ulang ulang pakai jubah pergi class, jangan pakai tudung yang sama. Tukar-tukarlah warna tudung, confirm orang tak perasan. Hari ni pakai bawal, esok lusa pakai shawl pulak. Be creative. Hehehehehe ;)

Majulah jubah untuk negara. Lol.


Labels: ,


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram