Wednesday, May 15, 2013
Asasi Undang-Undang / Foundation in Law (UiTM)


I bet this is going to be a very very long entry.

Dekat Facebook ramai yang cakap and tanya pasal Asasi Undang-undang UiTM and there were questions yang tak terjawab. Jadi, I'll try to answer your questions over here.


Q: Foundation in Law dekat UiTM ada ditawarkan di berapa campus?
A: Dekat UiTM, ada 3 campus yang menawarkan program asasi undang-undang ni. The first one is UiTM Shah Alam, UiTM Kuantan (bukan Jengka) dan UiTM Merbok (Kedah). Ada 2 kod sebenarnya untuk program asasi undang-undang di UiTM. The first one is PI007 and the other one is PI005. First, mari bercakap tentang kod program PI007. Pelajar-pelajar yang ditawarkan program asasi undang-undang di bawah kod ni merupakan pelajar-pelajar yang berada di bawah KPTM, bukannya UiTM. Means, lepas dah habis setahun foundation dekat UiTM, pelajar-pelajar PI007 kena isi UPU lagi sekali, dan apply untuk pergi ke universiti-universiti lain such as UKM and UM. One thing about PI007, pelajar-pelajar yang ditawarkan program ni akan secara automatiknya belajar di UiTM Shah Alam untuk program asasi, bukannya di dua kampus yang lain. Untuk program PI005 pulak, program ni memang under UiTM & program ni ada dekat ketiga-tiga kampus yang I mentioned earlier. Kalau PI007 kena isi UPU lagi sekali sebab boleh tukar universiti, lain pulak ceritanya dengan PI005. Since PI005 ni program asasi UiTM, secara automatiknya you will pursue your degree in law dekat UiTM, if you pass the requirement needed. In this case, tak perlu isi UPU untuk kali kedua, tapi you have to beli nombor pin 'penerapan' dekat BSN dengan harga RM10.00 sahaja. Lepas dah beli nombor pin tu, you have to isi jugak and pilih course apa yang you want to study masa degree nanti, sama macam UPU jugak. Beza penerapan dengan UPU is, untuk UPU, korang boleh pilih universiti lain, tapi untuk penerapan pulak, korang boleh pilih course dekat UiTM sahaja. Faham adik-adik sekalian?


Q: Berapa lama tempoh asasi?
A: Dulu program asasi undang-undang mengambil masa 3 semester, iaitu setahun setengah. Tapi sejak batch 2011/2012, program asasi undang-undang di UiTM hanya mengambil masa selama setahun sahaja, bersamaan dengan dua semester, for both PI007 and PI005. Cepat sangat kan?


Q: Susah tak law?
A: Semua benda yang kita buat atas dunia ni, ada cabaran masing-masing. Macam tu jugak dengan belajar law. One thing that I'm sure about this course is, YOU HAVE TO DO A LOT OF READING AND MEMORIZING! Banyak sangat lah benda yang kena baca and simpan terus dalam otak, boleh dikatakan for every subject lah jugak. But afraid not, you will do just fine, trust me. Kalau rasa tak boleh nak baca banyak-banyak, I might have a few tips for you yang akan dikongsikan dengan anda semua sebentar lagi. Chin up, be positive, okay?


Q: Ada senior yang belajar undang-undang jugak tak dekat campus?
A: I'm not really sure about Merbok since I've never been there before, tapi untuk Kuantan and Shah Alam, I can answer this question. Adik-adik sekalian, Shah Alam kan campus induk, jadi memang akan ada senior yang belajar undang-undang kat sana. Ramai je senior-senior yang tengah buat degree kat Shah Alam tu. You will have to share the Law Faculty dengan diorang. Untuk kampus Kuantan pulak, which is the campus di mana saya mengharungi pahit getir sebagai seorang pelajar asasi udang-undang UiTM, memang tak ada senior at all. Kampus Kuantan tu kecik sangat sangat sangat sangat and memang cukup-cukup je nak tampung students yang bilangannya tak banyak sangat compared to 2 kampus yang lain. 


Q: Apa specialnya Kuantan berbanding Merbok dan Shah Alam?
A: Okaaayyyy here comes the best part! Dekat Kuantan, kitaorang tak ada senior. Memang tak ada langsung. Basically, korang semua akan tinggal dan duduk dengan kawan-kawan yang sama baya dengan korang. Fun isn't it? Lepas tu dekat kampus Kuantan, ada 2 course sahaja, which is Law and TESL dan dekat Kuantan juga akan ada 2 kampus, which is Bukit Sekilau and Padang Lalang. Kalau nak cerita pasal UiTM Kuantan, satu entri ni pun tak habis. InsyaAllah jika masa mengizinkan, I'm going to write about UiTM Kuantan dengan lebih detail nanti, for those yang dapat offer untuk belajar di sana. Excited ni! Hehehehe, seriously, UiTM Kuantan best sangat sangat sangat sangat!


Q: Apa minimum requirement nak pursue degree in law (LLB)?
A: Ingat lagi yang dekat UiTM ada dua kod asasi undang-undang which is PI007 and PI005? Okay, requirement untuk kedua-dua code ni berbeza. Untuk PI007, the minimum requirement is CGPA 3.5 and above dan juga kena dapat Band 4 untuk MUET. Untuk kod PI005 pulak, in order to pursue LLB in UiTM, you have to get sekurang-kurangnya 3.0 dan ke atas untuk CGPA dan juga Band 4 untuk MUET.


Q: MUET tu apa pulak?
A: MUET stands for Malaysian University English Test. It's an English test, di mana anda akan diuji melalui 4 bahagian; listening, speaking, reading and writing. Jangan risau sangat pasal MUET, sebab nanti akan ada satu subject masa first semester, yang memang focus on MUET sahaja. MUET is really really important for law and tesl students kalau nak masuk degree in law or degree in tesl. Trust me, hanya students law dengan tesl je yang memahami betapa peritnya perasaan kalau tak lepas MUET. Secara total, ada 6 band dalam MUET; Band 1 (yang paling rendah) dan juga Band 6 (yang paling tinggi). Maksudnya, orang yang dapat Band 6 untuk MUET tu memang English dia terror habis lah, tak ada grammar error etc.


Q: Susah tak MUET?
A: If you ask me, I would personally say yes. Although I got Band 4 for my MUET, to be honest, I was not confident at all. Sebenarnya, MUET ni semuanya bergantung kepada your examiner. Kalau dapat yang okay, okaylah. Kalau dapat yang kedekut markah, macam tu lah. (I remember menulis sepenuh perasaan untuk paper writing tapi markah rendah. Ohhhhhhh tersiat-siat hati masa tu.) Tak semestinya orang yang fluent in English akan dapat Band 4, Band 5 atau Band 6. Ramai jugak my friends yang fluent in English tapi still dapat Band 3. For me, I think your MUET results depend on your luck and of course, either you answer the questions well or not. For more information about MUET, you can log on to this website. Kalau ada any other questions, just drop it in the comment box, InsyaAllah I'll answer setakat mana yang termampu :)


Q: Kalau pointer and CGPA kita dapat 3.9 tapi MUET hanya dapat Band 3, boleh tak nak sambung LLB dekat UiTM?
A: Tak boleh jugak, sebab both CGPA dengan MUET kena lepas minimum requirement yang dah ditetapkan. Tak kisahlah kalau CGPA tinggi, MUET tak lepas or vice versa, still tak boleh jugak. Dia kena lepas dua-dua sekali.


Q: PTPTN. Perlukah?
A: Good news untuk pelajar asasi undang-undang UiTM (PI005) dan KPTM (PI007), elaun disediakan! Tak perlu apply PTPTN untuk asasi undang-undang UiTM sebab yuran dia affordable. Cukup sangat nak bayar yuran asasi, yuran kolej kediaman, yuran peralatan elektrik, nak joli. Plus, nanti ada allowance from parents lagi kan? Memang akan cukup punya. Allowance kita akan dapat sekali untuk setiap semester. Ada 2 semester secara total untuk program ni, so kita akan dapat RM3000++


Q: Macam mana dengan lecturers? Okay tak? Baik tak?
A: OKAY SANGAT! My lecturers in Kuantan are super awesome and the students in Kuantan are really really close with their lecturers, tak kisahlah law atau pun tesl. Mungkin sebab kampus kitaorang kecik kot. I enjoy learning law with my lecturers over there and they are the best among the best lah, serious cakap. 


Q: Listkan subject, boleh tak?
A: Kita ada 2 semester, so mari kita lihat satu per satu. Before that, untuk both semesters korang akan belajar 2 subjek BEL tau. Subject BEL ni subjek Bahasa Inggeris and it's really really really IMPORTANT. Nampak tak berapa kali I repeat the word 'really'? Yes, pengulangan itu perlu sebab subjek ni sepenting subject-subject law jugak. Sampai sekarang I don't understand why people take these subjects lightly. Ayat "Alah, BEL je kot. Ponteng je lah," memang korang akan selalu dengar if you're taking foundation in law. The thing is, IT IS NOT 'BEL JE' and you cannot ponteng sesuka hati. These BEL subjects are very important and walaupun tak ada final examination untuk these subjects, ada on going assessment sepanjang semester and markah assessment korang tu akan dikira sekali dengan overall GPA or pointer semasa final examinaton untuk satu semester.

Semester 1 (7 subjects)
1) BEL 260 - Subject ni lah yang akan membantu untuk MUET. Ni subjek English sebenarnya. Dalam course ni, your lecturer will teach you how to score your MUET test. 

2) BEL 313 - Also an English subject. Kalau BEL 260 kita belajar untuk MUET, Bel 313 ni pulak kita akan belajar critical thinking. Kita akan belajar how to belajar berfikir dengan kritikal, how to think outside of the box etc.

3) CSC 134 - Belajar pasal computer! This is my least favourite subject masa semester satu. Saya pengguna tegar computer tetapi saya tak gemar belajar tentang komputer. Blergh. (Still tak tau apa kena mengena law dengan computer...)

4) CTU 081 - Subjek syariah. Silibus dia senang, tapi wait till you open your final examination question paper. Masa tu, nganga je lah. Subjektif boleh jawab, objektif yang terpinga-pinga. One more thing, kena buat hafazan tau. Hafal 15 ayat, lepas tu baca depan ustaz or ustazah. Markah hafazan pun diambil kira untuk finals. Nasihat saya, sila mula hafal daripada awal semester. Jangan tiru kakak Fatin Hanani, hafal seminggu before nak baca depan ustaz. Masa tu mula menyesal tak sudah =_=' If tak silap, semester 1 kena hafal Surah Al-Mulk.

5) LAW 012 - KILLER SUBJECT for this semester. Memang semua subject kena menghafal, tapi nak hafal subject ni lah paling susah. Memang semua subject kena hafal ayat demi ayat, line to line, tapi nak menghafal fakta untuk subject ni lah yang paling seksa dan cukup menyeksakan sekali. 

6) LAW 016 - It's sejarah all over again! Anda akan belajar sejarah lagi sekali, kali ini dengan lebih mendalam lagi. Jeng jeng jeng... Plus, anda akan belajar sejarah dalam bahasa Inggeris kali ini. This subject is not that bad. Best tau! Hehehehe ;)

7) LAW 038 - Belajar pasal legal research. Seniors kata subject ni paling senang tapi I think that this is the hardest subject for the first semester. Memanglah 012 susah, tapi yang ni pun susah. Revise macam apa untuk subject ni, gila-gila punya pulun pun still tak boleh dapat A. Seeedihhhhh :'(



Semester 2 (8 subjects)
1) BEL 332 - Masih lagi subject Bahasa Inggeris. No more MUET this time, dalam subject ni, korang kena bercakap je tak berhenti. Hehehehe. Evaluation dan markah diberikan melalui 3 perkara; debate, forum and persuasive speech. Debate tu bukan debate cap cap ayam macam kita biasa buat kat sekolah tau, it's a real debate, ala parlimen di mana both goverment dan opposition side diberikan peluang untuk membuat POI (jangan risau nanti lecturer akan terangkan). Forum pun macam forum betul-betul, macam dalam Forum Perdana dekat TV1 tu. Persuasive speech ni pulak, you have to persuade people to bersetuju dengan what you believe in. Nama pun persuasive speech kan, you have to persuade or change one's perception terhadap the topic yang you're going to talk about. For example back then in Kuantan, I decided to talk about 'Happily Ever After Does Exist' because I strongly believe that it really exists.

2) BEL 342 - Tulis, tulis dan tulis. Saya suka menulis! Hahahahaha. For this subject, you have to buat 2 term papers. It's quite hard to explain it here, nanti lecturer akan explain, jangan risau.

3) CTU *tak ingat code* - Subject syariah jugak. Ada hafazan jugak. 15 ayat jugak. Surah je tak sama. Surah Sajaddah yang kena hafal untuk semester 2.

4) ECO 099 - Ekonomi. This subject involves calculation. Bila dah ada calculation tu, jangan lupa pulak bawak calculator. Mati tak boleh jawab exam kalau tak ada calculator. SUBJECT NI ADA MATHS. Definitely not a subject yang orang yang 'anti' nombor macam Kak Fatin Hanani akan suka. Pssshhh.

5) LAW 037 - This Malaysian Legal System subject is so interesting! Belajar pasal Malaysia, politics in our country, dan segala-galanya yang berkenaan dengan Malaysia. Best, serious best.

6) LAW 039 - Ini subjek Psychology! Another interesting subject to learn. Belajar pasal attitude orang, belajar pasal LOVE. Best tau tajuk LOVE. Hehehehehe. Lagi belajar macam mana technique nak tau orang tu tengah menipu or not. Banyak lah. 

7) LAW 088 - Global issue. Kalau in 037 kita belajar pasal Malaysia, dalam Global Issue ni pulak, kita akan merantau keluar daripada Malaysia. Belajar pasal world war, human rights, refugees etc. If you're someone yang suka baca news dekat internet, yang tau banyak general knowledge, you will like this subject.

8) LAW 087 - KILLER SUBJECT. Ini subject paling kritikal. Kita akan belajar 3 cabang law dalam subject ni; contract, torts dengan criminal. Ya Allah, if nak cerita kat sini pasal ketiga-tiga cabang law ni, memang tak habis sampai esok pagi. This subject is very very interesting, tapi at the same time it's very confusing.


Q: Buku apa yang nak kena beli?
A: I would advise you to not buy any book dulu. Sebab tak semua lecturer guna buku yang sama. It all depends on your lecturer. Selalunya lecturer akan bagitau buku mana yang nak guna, so lepas dah diberitahu tu baru pergi cari. Nak cari buku law ni, jangan cari dekat kedai buku yang besar-besar, susah sikit nak jumpa. Pergi dekat kedai-kedai kecik tepi jalan yang jual buku. For example, Pustaka Minerva and Pustaka Mukmin in KL. Banyak sangat stok buku law dia! Maybe buku yang lain tak payah beli lagi, but you will definitely use ketiga-tiga buku yang akan saya list kan ini. First, beli FEDERAL CONSTITUTION. Jangan mengaku budak law if tak ada Federal Constitution (FC). FC ni ada banyak size, ada banyak warna. Kalau boleh, cari yang latest edition. FC ni pun ada dalam both BM and English. Sangatlah normal kalau anda tak faham satu benda pun dalam FC tu bila anda try baca sebelum belajar but it will all makes sense once dah start belajar. Trust me. Next, you will need the CONTRACT ACT and the PENAL CODE (you will use it when you learn contract law and criminal law in semester 2). Yang ni buku yang CONFIRM guna. 


Q: Nak pakai baju apa pergi class?
A: Of course lah pakaian yang formal. Tak boleh pakai selipar pergi kelas ya, adik-adik. I'm not sure tentang campus lain but dekat Kuantan every Monday and Friday kena pakai baju kurung. On Wednesday is our 'Black and White day!' atau pun 'Lawyer's day', so kena pakai baju hitam putih. Simboliklah kononnya. Hari Selasa and Khamis boleh pakai jeans pergi class. Makluman sekali lagi, yang ini untuk Kuantan sahaja. I'm not really sure tentang etika pemakaian di campus lain.



Black and white day on Wednesday. Oh look, it's my Law 087 lecturer , Sir Syahril in the third picture! See, kan dah kata yang kitaorang dekat Kuantan memang sangat-sangat close dengan our lecturers. Hehehe :)





Cuba teka yang mana satu lecturer? Hehehehe :P Btw, this is my classmates, Law K :) 
Yang gambar-gambar ni pulak pakaian untuk hari-hari lain. Senang cerita, pakaian yang formal okay? Lengan pendek tidak dibenarkan sama sekali untuk perempuan ya adik-adik. 


Q: Susah tak jadi law student?
A: Secara jujur, I enjoy my life as a law student. Semester satu, memang selalu joli sakan lah. Relax sikit semester satu, tak se-busy semester 2. Memang kadang-kadang at this one point korang akan rasa macam 'Ya Allah, nak pecah dah kepala ni nak ingat semua fakta!!!' and 'My head dah tak cukup capacity dah nak ingat segala benda ni. Tak boleh masuk dah!' on the night before exam. Itu semua biasa. Tapi bak kata orang, study smart lah. Masa study, study. Masa main, main lah puas-puas. Kena balance jugak. Mana boleh study je, tak buat benda lain, mahu berasap kepala betul-betul. But then again, ingat, dalam dunia ni, memang tak ada benda yang senang. You want it, work hard for it. Ingat satu benda, you're the only one who can help yourself. Orang lain hanya boleh bantu, tapi you're the one yang akan tentukan in the end either you want to achieve your goal or not. This is what I do, bila dah sampai at this one point, I feel like giving up. I write my own motivational words to motivate myself and tampal benda tu dekat study table. Kiranya macam mencabar diri sendiri jugaklah. It works for me. Serious. Lepas tu I actually asked my mum to write a very very small note for me, and she did. Ibu tulis something yang memang touching sangat-sangat lah. Tengok je all these notes, I'll feel like macam berapi-rapi nak study. Ceeh, itu tipu tapi semangat nak study tu datang balik lah.  


Q: If tak suka baca buku teks or notes lain yang panjang lebar, ada tak alternative lain nak belajar law?
A: Ada, and it works for me too. Buat past year questions! I'm the type yang cepat bosan tau kalau membaca sahaja selama 5 jam tak bergerak. So what I do is, selang selikan baca dengan buat past year. Baca and try to hafal fakta and the lepas tu buat past year questions. Sesiapa yang tak buat past year memang sangat-sangat rugi sebab soalan past year tu membantu untuk finals okay. My style of studying is, I refer past year dengan notes. Maksudnya, sambil jawab, lepas tu tengok jawapan and then tulis. I learn better that way. Fakta menunjukkan yang kita akan lebih ingat if we write something instead of just baca sekali lalu. Kalau tak pun, try to buat notes sendiri. Notes yang dalam buku tu black and white, and sangatlah tak interesting. If you make your own notes, you can make it interesting by using different colour pens and you can cut it short too. Instead of pegang buku tebal-tebal, susah nak carry around, you can just carry your own notes yang ringan. Senang kan?

Notes untuk subject Law 038. Banyak sangat benda kena hafal :/

Q: Macam mana nak achieve 3.0? Macam mana pulak nak dapat DL (Dean's List or Dekan)?
A: Balance kan markah untuk on going assessment (carry mark) and final examination marks. Jangan buat assignment last minute, jangan buat kerja endah tak endah. Jangan tak study at all for finals. Both carry marks and final examination sama level penting dia okay. Jangan main-main. Orang kata nak score semester 1 lagi senang untuk semester 2 tapi my pointer masa the second semester lagi tinggi daripada pointer masa semester satu. Nampak tak yang I play a lot masa the first semester? Itu sudah semestinya. Saya mengaku silap sendiri. Memanglah lepas 3.0 but I didn't achieve my target. Frust lah jugak masa tu. Alhamdulillah, for the second semester, I manage achieve my target for every subject. I was quite surprised to see my economy result actually. Ingatkan fail sebab I think I suck at answering the questions, tak tahu anything at all k! Tengah blank pulak tu :S Secara konklusinya, it's not impossible to get 3.0 and above or even Dean's List.


Q: Kalau fail subject apa jadi?
Kena repeat subject tu lah next semester. Kita akan banyak buang masa kat situ, that's why tak ada sesiapa nak repeat. Penat lah study dua kali untuk subject yang sama. 

Itu je kot yang boleh di-share. If you have any question, feel free to contact me via Facebook or Twitter or even kat sini pun boleh. I'll respond to your questions, InsyaAllah. 

Labels: ,


25 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram