Saturday, May 04, 2013
Diari PBAKL 2013


Sunday, 28/04/2013

First time menjejakkan kaki di Pesta Buku Antarabangsa KL 2013. Teman Hazira jumpa Ain Maisarah on that day. She was both nervous and excited. Banyak kali dia tanya aku;

"Along, what to ask nanti dekat Kak Ain?"
"Along, achik takutlah! Macam mana ni?"
"Along, macam mana along boleh kenal and jadi close dengan Ain Maisarah?"
"Along, along temanlah achik duduk kat sebelah Ain Maisarah. Achik takut sangat-sangat ni!"

I was like, "Achik sayang, apa benda nak nervous ni? You know Ain Maisarah kan? She's so soft spoken, baik and friendly. Nak takut apa? Bukannya Kak Ain makan orang pun." *face palm*

We waited for our turn. Masa tu aku dok pegang tangan Hazira. She was shivering! Tangan dia sejuk semacam. Ya Allah budak kecik ni, entah kenapa dia nervous entah. Haiyo maaaa, haiyo paaaaa =_='

Then sampai our turn. Kak Ain dah perasan dah aku before that. She apologized sebab kena tunggu turn lama. I whispered to achik, asking her to act normal. Iyalah, cakap je macam biasa, tak payah malu, tak payah segan. Tengok macam kakak dia (pointing to myself), tak segan-segan pun bila jumpa penulis-penulis lain. LOL.

Ain Maisarah & Hazira :)

Masa dok tunggu achik ambik signature and borak dengan Kak Ain, aku borang dengan Abang Amal. Abang Amal is the manager of Blink Book Sdn. Bhd. Blink Book ni is a syarikat penerbitan, di mana Ain Maisarah adalah the Ketua Penulis dekat the company. Abang Amal is actually Kak Ain's husband jugak. Abang Amal asked me, dah berapa banyak buku yang aku tulis? What's my pen name? etc etc.

Lepas tu, tanpa dipinta, Abang Amal memperkenalkan saya kepada semua yang hadir di booth Blink Book pada hari itu. He told them my pen name, lepas tu Abang Amal bagitahu jugak yang I've published 2 books dan mula menulis pada seawal usia 15 tahun. I was blushing, terasa segan seketika, lidah terkelu buat sementara waktu. Hahahahaha. Didn't expect that at all. Terasa macam jadi the center of attention pulak tiba-tiba. Dah lah hari Ahad, memang booth Kak Ain penuh lah masa tu. Tak tau nak cakap apa, I decided to just smile dekat semua orang. Senyum, tak perlu kata apa-apa.

Memang masa tu tak sempat nak borak at all dengan Ain Maisarah. I gave the opportunity to my youngest sister. Aku dah banyak kali borak, so tak kisah sangat. Yang kisah, adik aku yang kecik tu yang nak sangat jumpa Kak Ain. Sebagai kakak sulung yang mithali, saya hanya menurut perintah. Before keluar dari booth Blink Book tu, I promised Kak Ain yang I will definitely come back some other time, for our catch up session.

Sebelum balik ke rumah.

Selepas itu, saya tentunya bergerak ke booth KarnaDya Solutions! Booth publisher yang baik hati menerbitkan Gelagat Si Kembar & Aduhai Korea. Very glad to know that Aduhai Korea is a hit. Terima kasih daun keladi kepada semua staff-staff KarnaDya Solutions yang tak jemu-jemu mempromosikan Aduhai Korea. Ya Allah, I was so touched! :')

Jeng jeng jeng, tibalah masa yang ditunggu-tunggu. My book signing session! Hati dah berdebar macam ada tsunami dah.

Fatin: Achik, kaklong takutlah! Nervous sangat.
Achik: Apa benda yang along nak nervous sangat? Rileks lah. Jumpa pembaca je.
Fatin: Jumpa pembaca je? JE? JE?
Achik: Meh sini achik ajar along. Tanyalah diorang siapa nama, duduk dekat mana, sekolah darjah berapa. Kalau dia cakap dia 12 tahun macam achik, along wish lah dia good luck untuk UPSR. Suruh dia belajar rajin-rajin. Haaaa, kan senang?
Fatin: *monolog dalaman* Amboi budak kecik ni, lebih-lebih pulak dia. *face palm* 


Borak borak dengan Aunty Mimie Afinie. Didn't get the chance to snap a picture with Aunty Aina Emir. I IZ SAD. Tak ada rezeki. InsyaAllah next time boleh jumpa lagi. Positive Fatin, positive! :D


Mula-mula nak book signing tu, aku nervous tak terkata sebab takut ter-awkward dengan pembaca. Bila dah awkward, aku takut terkecilkan hati and buat dorang terasa secara tak sengaja. Alhamdulillah, everything went well. I am still the 'always-banyak-cakap-Fatin-Hanani-Adnan' walaupun dah masuk dalam mode Farissa Hany. Hahahahahahahaha :P 

Di kesempatan ini, I want to thank those who came to PWTC that day, untuk jumpa Farissa Hany. Yang datang dari Shah Alam and Negeri Sembilan, semata-mata sebab nampak my tweets on Twitter yang mengatakan bahawa I'm going to be at PWTC on that day, terima kasih jugak-jugak. Saya hargai sangat-sangat. Tak cukup berbakul-bakul ucapan terima kasih saya untuk semua. To those yang saya tak sempat nak jumpa, InsyaAllah kita jumpa tahun depan. Okay? :)

P/S: Hazira was wearing the shawl that I wore masa jumpa U-Kiss dua tahun lepas. I bought that shawl semata-mata untuk U-Kiss and baru pakai sekali je masa the showcase. Decided not to wear the shawl ke mana-mana because of the sentimental value, lepas tu senang-senang je budak kecik tu pakai. Mula-mula macam berasap lah jugak, tapi nasib baik adik sendiri. Nasib baik sayang. Sigh. Fatin Hanani memang seorang kakak yang baik.


Tuesday, 30/04/2013

Balik kerja je, terus pergi PWTC. Kak Ain dah pesan awal-awal, datang after pukul 5. Itulah apa yang aku lakukan. Dapat borak panjang and camwhore dengan semua orang. I'm a happy happy girl. Boleh bayangkan tak, daripada pukul 6.30pm sampai malam aku dok berkampung dekat Blink Book punya booth. Macam-macam aktiviti aku buat. Salah satunya adalah my favourite camwhoring activity! Sebelum apa-apa, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Abang Aman Wan yang sudi menjadi photographer saya yang tidak berbayar pada hari tersebut. Abang Aman yang suruh pose macam ni, macam tu. Jasa abang akan Fatin hargai, sampai bila-bila. 

Very exclusive camwhoring session.

Date : 
30/04/13

Time :
6.30pm to 8.45pm

Venue : 
Blink Book's Booth, PWTC

Photographer : 
Aman Wan 
Azanil Fitri 

Model : 
Fatin Hanani 
Penulis-penulis Blink Book SDN. BHD.


Si tuan punya badan yang suka sangat ambil gambar banyak-banyak.

Sambil menunggu model-model untuk bersiap sedia, photographer juga decided untuk mengambil gambar sendiri.

Gwiyomi attempt with Abang Azanil yang suka sangat warna purple. Ya Allah, it was so funny tau tak! Fail  sangat nak berlagak comel. =_='

The one that inspire me the most in this creative writing industry, Ain Maisarah. Kak Ain siap tengok cermin dulu before camwhore sebab I informed her awal-awal dah yang kita akan ambik banyak gambar! Hehehe.

With Kak Izanor, yang tak pernah buat aksi pelik-pelik depan camera but she did it for me! Waaahhhh, terasa special di situ. Thank you Kak Izanor! :D 

Bersama abang photographer yang juga merupakan seorang Vlogger Youtube yang famous amos, Abang Aman Wan yang sangat suka menyakat.

Abang Alam Anuar yang pandai dekor-dekor rumah! It was his first experience untuk camwhoring jugak but he did it . Gaya terkejut, gaya nak cari pasal, gaya nak nangis, semua ada! :P

With Kak Izanor yang I can spend 2/3 days talking about Korean dramas non stop and Tuan Fazlan, yang ada business cupcake online! Dengar cerita Tuan Fazlan punya red velvet cupcake sedap! 

Secara spontannya juga, saya telah diarahkan oleh Kak Ain untuk merakam video! Dah lah abang Aman yang record pulak tu. Malu I uollz. Siapalah saya nak dibandingkan dengan Aman Wan dan Ain Maisarah? *lari ke corner yang tak ada orang dan menangis semahu-mahunya*. Whatever it is, thank you very much Kak Ain & Abang Aman Wan for the opportunity :)

Nak tahu video apa? Tunggggguuuuuu. Nanti InsyaAllah, when the video is ready, bila Abang Aman dah upload, I'll post it here.

Di belakang tabir pembikinan video tersebut : (Thanks for the pictures, Abang Azanil)

Muka Abang Aman macam nak makan orang. Serious benar =_='



Akhir kata, thank you very much Blink Book family for treating me like a VVIP on that day! Hehehe, sayang semua orang! InsyaAllah, I'll see them again in the future, kalau ada rezeki. Diari pesta buku Fatin Hanani a.k.a Farissa Hany berakhir di sini. Skema gila penutup.

P/S:
Speaking of skema, teringat awkward moment masa moment moment awal dalam video. It was so awkward! Aku dah bersaya-saya, awak, saya, dah kat situ. Abang Aman pun rasa benda tu awkward tapi dia tak beritahu pun masa dia record video tu -_-' Bila nak masuk tengah-tengah, baru macam okay sikit. I referred myself as Fatin instead of 'saya', baru okay sikit. Dahlah aku ni bukan jenis yang kelembutan sebagai perempuan terserlah, dah tu jarang bersaya awak pulak tu, memang bertambah awkward lah. Yang best pasal abang Aman Wan, lepas dah habis record video baru dia bagitahu aku yang I sound so skema. Memang membantu sangat-sangat. *insert muka panjang here*

Labels: ,


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram