Monday, May 13, 2013
Susah


Aku ni susah sebenarnya nak berblog walking. Baca entri orang ni, lepas tu baca komen lepas tu singgah pulak dekat blog orang ni, skip pulak, baca blog yang lain next. Kadang-kadang aku rasa aku ni pelik sebab aku tak suka buat benda yang ramai orang suka buat. For example, aku tak suka shopping. Kadang-kadang tahap kemalasan aku memang berada pada tahap maksima sampai aku berdoa dan berharap yang barang-barang keperluan akan jatuh sendiri daripada langit sebab aku malas sangat nak pergi kedai. Kadang-kadang bila ibu suruh ambik adik aku from sekolah agama and sekolah kebangsaan, aku rasa berat hati sebab memang kaki aku malas untuk melangkah, apatah lagi untuk memandu. Bukannya adik aku tak ada transport balik, ada je van yang akan pick up dia, tapi kenapa nak aku pick up pulak? Macam-macam alasan yang aku bagi, busy lah, apa lah padahal the main reason aku untuk situasi ni adalah sebab aku malas. Menggunakan kuasa veto seorang ibu, ibu akan call ayah dan ayahlah orang yang bertanggungjawab untuk memujuk aku untuk pick up adik aku kat sekolah.

Sebenarnya, aku ni tak adalah kejam sangat sampai tak nak ambik adik sendiri dekat sekolah. Kesian jugak dekat budak kecik tu actually. Pagi sekolah kebangsaan, lepas tu sekolah agama, balik daripada sekolah agama pulak kena revise and buat homework sampai malam. Heh, aku dulu pun macam tu okay! That's why kalau adik aku nak mengeluh pasal betapa penatnya hidup dia sekarang ni, aku rasa macam nak sekeh-sekeh je kepala dia. Aku ingat lagi schedule aku masa zaman-zaman primary school dulu. Memang penat tak dapat nak explain pun. Pagi pergi sekolah kebangsaan, petang pergi sekolah agama, balik terus pergi mengaji dekat rumah Cik Atan and Cik Mah sampai lepas maghrib, lepas Maghrib pulak kena duduk study sampai pukul 10 malam. My mum is someone yang sangat-sangat mementingkan pelajaran, so memang daripada kecik dia dah terapkan budaya 'No TV on weekdays" dalam kehidupan seharian kitaorang. Susah lah nak biasakan diri at first, tapi bila itu je kehidupan aku masa darjah 1 sampai darjah 6, aku tak boleh nak kata apa-apa, melainkan ikut je benda tu. Lama-lama benda tu, kehidupan aku macam tu dah jadi budaya dah. Rasa pelik pulak kalau boleh duduk goyang kaki dekat rumah (masa zaman tu lah, zaman sekarang ni kalau dapat duduk rumah, memang aku lagi suka. Tenang fikiran, tenang hati). Pasal kerja pick up memick up ni pulak, aku rasa maybe aku ni jealous sikit kot dengan adik-adik aku. Dulu masa zaman aku sekolah, masa darurat je ayah akan ambik kat sekolah. Kalau tak memang hari-hari aku kena naik bus Pakcik Tumpang. (Jangan tanya aku kenapa, memang kitaorang semua panggil pakcik yang bawak bus tu, pakcik tumpang). Sekarang ni adik-adik aku senang je if nak balik ke apa, Diorang call terus aku and cakap direct, "Along tolong pick up dekat sekolah kejap lagi,". Kadang-kadang aku bengang jugak. Dah tau nak suruh ambik, kenapa tak bagitahu awal-awal? Bukannya apa, sometimes aku ada jugak plan dengan Gang Tiang or other friends, nak keluar and all, tapi bila dah macam ni, terpaksa lah aku membatalkan cadangan untuk keluar berjimba makan dengan diorang. In the end, aku tabahkan dan pujuk hati sendiri dengan mengatakan yang ada pahala untuk apa yang aku buat tu. Kalau nak dapat pahala, aku kena ikhlas. Jadi walaupun tak suka macam mana, aku akan sedaya upaya ikhlaskan hati aku jugak. Lagipun bukan orang lain kan? Adik sendiri. (Tiba-tiba aku rasa macam aku over gila meluahkan perasaan kat sini. Hahahaha.)

Aku sebenarnya nak taip mukadimah dia pendek je, tapi tahu-tahu je lah bila aku start bercakap memang tak boleh berhenti. Back to the main topic, aku nak cakap pasal blogwalking sebenarnya. Entah macam mana boleh terluah perasaan pun aku tak tahu.

Aku sangat sangat cerewet when it comes to bahan bacaan. Yes, I like to read tapi aku akan baca benda yang aku nak baca je. Maksudnya, secara sedar atau tak, aku dah ada this one mindset pasal benda apa yang aku akan baca.

When it comes to books pun sebenarnya aku cerewet sikit. For example, untuk buku BM, aku suka buku-buku yang gaya bahasa dia macam baku sikit (if you get what I mean) rather than those yang macam hentam jelah nak tulis macam mana. In other words, I prefer those books & novels yang guna  bahasa melayu yang betul, yang macam lembut bila didengar. Aku tak berapa gemar (bukan tak suka) novel-novel yang gaya bahasa dia kasar semacam, walaupun kadang-kadang aku rasa yang aku ni kasar jugak kalau menulis. Ironi Fatin, ironi. Kadang-kadang nama hero and heroin in a novel yang aku baca pun boleh jadi masalah untuk aku. Hmmm, what else? Book cover and sinopsis pun sama. Memang, I admit that I judge a book by it's cover. Aku dah cuba dah kikis sikap ni, tapi aku gagal nak kikis habis terus. Lagipun, I buy books using my savings, takkan nak beli buku yang aku takkan baca sebab aku tak suka, betul tak?

Walaupun aku tak cakap terang-terangan, aku sebenarnya sangat sangat jealous dengan orang yang boleh tulis guna Bahasa Melayu penuh menggunakan tanda baca yang betul dan mempunyai kosa kata yang luas. Why? Sebab aku tak boleh buat benda tu. Kosa kata BM aku rasa kalau setakat yang biasa-biasa kita guna in real life tu boleh lagilah tapi if nak masuk kosa kata yang macam bombastik fantastik sangat tu, lepas khatam baca kamus dewan pun aku tak lepas lagi rasanya.

That's why, bila masuk bab bab berblog walking ni, aku susah sikit. Bukannya apa, aku rasa susah nak cari blog blog yang menepati kriteria yang aku sendiri tetapkan (Wah Fatin, kau ingat kau artis ke apa nak letak kriteria segala bagai?). Everyone has their own writing style, tapi nak cari yang betul-betul aku suka tu susah. I remember being a loyal reader untuk blog Helmi Razali masa zaman sekolah menengah dulu. He commented on one of my childish entry (tak ingat yang mana sebab semua entry aku zaman sekolah childish belaka, malu nak baca balik). Kalau dekat section comment kan ada link kan, that was how I discovered his blog. Entah, aku sendiri tak tahu kenapa aku suka blog dia ni tapi yang pasti, memang aku tak boleh stop baca entri dia. From one to another. Interesting lah. Aku suka bila orang cerita pasal life, pasal apa yang jadi around them. Mungkin sebab aku ni suka observe orang kot. Haha #inisemuapoyo. The only blog yang aku rajin tinggal comment, yang rajin tangan me-reply is his blog. Mana pernah aku dok tulis-tulis kat comment section blog lain. SEGAN WEH. Serious segan. Rasa macam, ahhh tak tau nak cakap rasa macam mana tapi yang pasti, aku memang segan tahap dewa lah. Too bad Helmi Razali dah tak update blog dia sangat nowadays, busy dengan kerja mungkin. Whatever it is, I wish him all the best for his career. Best gila oh boleh kerja dekat overseas. I iz so jealous.

Besides Helmi Razali, tak ada blogger lain yang aku betul-betul follow blog diorang. Tak ada langsung. Kalau ada pun, just baca-baca macam tu je. Lepas tu lupa, tak visit dah. Tapi, aku rasa sekarang ni aku dah jumpa another blogger yang berjaya menarik perhatian aku untuk membaca blog dia. Ceeehhh, gila bunyi lain macam cakap 'berjaya menarik perhatian'. LOL. Macam mana aku jumpa blog ni? Sama macam mana aku jumpa blog Helmi Razali jugak. He commented on my post (juga post lama masa zaman sekolah, post yang sangat tak matang yang aku tulis zaman-zaman budak hingusan dahulu kala) and taraaaa, dekat nama tu ada link. Bukak je that link, baca a few entries, WALAAAAAA, I can't stop reading. Aku suka gaya bahasa penulis ni, he's very bersahaja and macam ada X factor yang buat blog dia best; maybe sebab aku rasa dia sangat mysterious kot. Tak tau nama, tak tau muka, tak tau umur, tak tau anything. That's why aku macam tertanya-tanya and ada unsur saspens sikit bila baca blog dia. Susah nak cari blogger macam ni, yang very different from others, yang unique lah kiranya. Plus, I like his writing style jugak. Just macam biasa, tak skema or baku sangat, tak kasar sangat. Dengan ini saya memperkenalkan *drum roll* Encik H! I enjoy reading his blog, tak taulah pulak korang macam mana but what about reading an entry or two untuk permulaan?

Ahhh sudah. Habis panjang mukadimah yang aku bagi, now aku tak tau macam mana nak conclude entri aku ni. Boleh tak aku tak tulis penutup? Kepala aku dah berpusing dah ni,

PS: Dah tertidur sebenarnya masa tulis entry ni, tapi tiba-tiba phone bunyi. Aku ni takdelah sensitif mana dengan bunyi, tapi terkejut la jugak.

PSS: Aku ni sebenarnya tak layak lagi nak mention and cakap pasal gaya penulisan orang. Masih belum cukup matang, mungkin? Mungkin juga sebab aku sendiri tak perfect, mungkin sebab aku pun ada banyak sangat-sangat benda lain yang aku kena belajar dulu.

PSSS: Tak sepatutnya mukadimah aku sepanjang tu.

PSSSSS: Kan best kalau satu hari aku terkunci satu malam dekat Kinokuniya. Sanggup jadikan Kinokuniya tu tempat tinggal tetap aku. The smell of new books. Ya Allah, heaven!!!


Labels: ,


4 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram