Saturday, June 29, 2013
Fanatik


 Premise 1 : Peminat bola sepak semua fanatik.
Pemise 2 : Aku minat bola.
Conclusion : Aku fanatik.


Yes, I am a die hard fan of football, myself. Tak kisahlah liga Malaysia ke, liga Eropah ke, World Cup ke, aku sanggup bersengkang mata tengok bola dengan ayah. Aku tak ingat sejak bila aku minat bola, tapi aku rasa it runs in the blood kot. If Malaysia ada match dekat stadium pun, kitaorang satu family selalu pergi. Dalam family aku, ayah, ibu, nenek dan kami tiga beradik, memang semua minat bola. That's why kalau sorang turun stadium, semua turun sekali. Satu family pergi stadium (except for nenek lah of course). Kalau nenek larat, memang dah ajak dah dia pergi stadium sekali. Nenek I masa muda-muda dulu selalu jugak tengok bola dekat stadium, jangan main-main uolzz. That's why jugak, bila Malaysia ada match tapi aku tak dapat pergi stadium, aku akan jadi salah satu daripada pengulas tegar di Twitter. Lulz. Like I said earlier, aku tak tau sejarah permulaan keminatan aku terhadap sukan bola sepak tapi one thing for sure, aku mula minat bola gila-gila sebab pasukan Selangor. Masa tu, Selangor ada players yang sangat-sangat handal macam Bambang Pamungkas, Amri Yahyah, Shukor Adan etc. Memang support Selangor habis-habisan lah. Untuk Premier League pulak, mula-mula sekali aku minat Liverpool sebab Liverpool ada Gerrard. Masa tu zaman sekolah rendah, zaman tak matang lagi, so aku suka Gerrard sebab dia handsome. Lepas tu pulak, aku minat Torres sebab dia laaaagi handsome. Zaman-zaman tersebut sudah berlalu apabila aku meningkat dewasa. Aku mula kenal erti minat tanpa melihat paras rupa players. Jadi sekarang ini, saya merupakan peminat Chelsea. Peace.

Talking about fanaticism, it's good to be fanatic in football, especially when it involves our national team. By fanatik, aku bermaksud, support dorang bila dorang menang and kalah. Sokong dorang bila dorang mengalami zaman-zaman kejatuhan. Janganlah jadi lalang, support bila menang, kutuk sekutuk-kutuknya bila kalah. Pantang betul aku dengan golongan lalang ni, Ish. Tak salah nak kutuk sebab everyone has our own different opinion, tapi janganlah over sangat sampai nak guna bad words segala bagai. Nak kutuk, kutuk secara berhemah menggunakan perkataan-perkataan dan ayat yang sedap didengar.

Sekarang ni kan musim bola dekat Malaysia. Malam ni final match between JDT dengan Kelantan. May the best team wins. Team mana yang Fatin Hanani support? Biarlah rahsia :P Hahahaha. Tapi aku ada dengar-dengar jugak yang orang nak merusuh if pasukan sekian sekian kalah. Orang nak buat itu, buat ini if this team menang. I was in the train the other day when I heard the conversation between dua orang ni. Orang tu kata, "Dorang pakat nak baling batu dekat kereta yang ada plat number xxxxx yang masuk negeri xxxxxxxx."

Aku terkejut dengar benda tu. WEH RILEKS SUDAH. Tak payah lah kau fanatik sangat sampai nak baling batu, rosakkan kereta orang. Orang tu tak bersalah pun, tak pasal-pasal nak baling batu kat kereta diorang tu apahal? Fanatik macam ni lah yang aku paling tak suka, tak boleh tahan. Fanatik tak bertempat. Cuba orang buat macam tu kat kau, kau suka tak? Aku memang tak boleh terima benda-benda macam ni. Terima je lah keputusan seadanya. Tak payah lah kau nak pergi bakar trak fru, bakar kereta polis if pasukan yang kau support tu kalah. Rosakkan harta benda dekat stadium lagi. I can't stand this kind of fanaticism the most.

When it comes to this kind of fanaticism, hanya nama satu negara je yang terdetik dalam fikiran aku. Nama negara tersebut ialah I (bukan nama sebenar). Bukan semua, tapi majority of the rakyats of that country fanatik tak bertempat, benci negara kita tak bertempat walaupun we did a lot to help their country. Bila tengok rakyat-rakyat negara "I" ni fanatik terlebih, pandai pulak kau kutuk, kau cakap itu, kau cakap ini. Cuba kau fikir balik, apa bezanya kau dengan diorang bila kau pun buat benda yang sama dekat pasukan lawan, bila pasukan yang kau support kalah? Betul tak? Aku boleh terima lagi kutuk mulut, tuduh pasukan lawan main kotor, tuduh pasukan lawan guna rasuah etc., kalau nak dibandingkan dengan plan nak merusuh, baling batu dekat supporters pasukan lawan. Aku rasa benda tu tak perlu. Kalau nak provoke pun, tak perlu seteruk tu. Tak payah sampai nak rosakkan harta benda.

Akhir kata, majulah bola sepak untuk negara. Sehingga kita bertemu lagi dalam entri yang seterusnya, Assalamualaikum.

Labels: ,


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram