Wednesday, July 31, 2013
Nama.


Nama saya Fatin Hanani.
My name is Fatin Hanani.
Watashiwa Fatin Hanani desu.
Fatin Hanani imnida.

Baiklah adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak sekalian. Hari ini, setelah lama beberapa minggu tidak menulis, saya kini kembali dengan tajuk yang baru yang tiba-tiba terlintas di kotak fikiran saya.

Amboi formalnya intro. Ni memang tak lain tak bukan, mesti sebab aku dah terawkward nak tulis macam biasa. Pergi kerja, karang email, karang surat semua formal. Tulis manuscript pulak semi formal. My blog is the only place yang aku selalu main aci lepas je, keluarkan segala benda yang terpaut dan terdetik dalam kepala. Susah jugak nak jadi gila-gila sengal-sengal sikit lepas dah terbiasa formal setiap hari. Nak berubah personaliti lah, boleh tak? Nak jadi pendiam, nak kurangkan sikit hyper, nak kurangkan sikit energy level yang ada dalam badan ni. Hahahaha serious Fatin mengada. 

Alright, back to the main issue. Hari ini kita akan bercakap pasal nama. I have a confession to make. Jeng jeng jeng. Apakah dia confession itu? I used to hate  dislike my name so much. (Since hate is such a strong word, I decided to use 'dislike' instead). Benda ni serius, bukan benda main-main oh. Sampai at this certain point, aku pernah terfikir nak tukar nama bila besar nanti, when I have the right to do so. Why, aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab nama aku tak se-fancy nama adik-adik aku kot. Mungkin sebab nama aku common, tapi nama adik-adik aku less common. Fatin Hanani, Farra Hanisa dan Filza Hazira. Common kan nama saya?

Tapi itu semua cerita dulu-dulu, cerita saya semasa saya merupakan seorang kanak-kanak riang ribena yang hyper dia tak boleh nak dibandingkan dengan orang lain. Cerita masa zaman budak-budak, zaman sekolah rendah. Sekarang ni Alhamdulillah, saya menyukai nama saya. Nama kan identiti kita, nama jugak boleh menjadi doa. For example if nama orang tu Muhammad (Yang terpuji), kalau semua orang panggil dia Muhammad, tak ke itu macam jadi satu doa untuk dia? That's why aku nak letak nama anak aku nanti dengan nama Islam, nama yang ada maksud. Moden ke tak moden ke, belakang kira. Yang penting maksud di sebalik nama tu.

Aku dah start tak ada problem dengan nama aku masa masuk sekolah menengah. Masa Form 1 lah kiranya. Lagi-lagi lepas aku tau maksud di sebalik nama aku tu. Lagilah aku suka, rasa bersyukur pun ada jugak sebab ibu & ayah bagi aku nama ni.


Fatin - the meaning of Fatin is "enchanting, fascinating, seductive, clever, intelligent.

Dan aku juga jumpa yang ini from this website

SoulUrge Number: 1
People with this name have a deep inner desire to use their abilities in leadership, and to have personal independence. They would rather focus on large, important issues, and delegate the details.

Expression Number: 5
People with this name are excited by change, adventure, and excitement. They are dynamic, visionary and versatile, able to make constructive use of freedom. They fight being restricted by rules and conventions. They tend to be optimistic, energetic, intelligent, and to make friends easily. They may be changeable, restless, untidy, and rebellious.


... excited by change, adventure and EXCITEMENT... They tend to be optimistic, ENERGETIC, intelligent and to make friends easily. Hmmmm, to make friends easily. Betul jugak. Aku ni kan macam konon-konon peramah dengan semua orang. Kalau boleh, semua orang aku nak tegur =_=' They may be changeable (changeable in what aspect?), restless (betul jugak sometimes), untidy (kadang-kadang barang aku sepah sini sana jugak) and rebellious. Errrrr rebellious? 

Hanani - Kesayanganku, kerinduanku.

See, nama aku sikit punya lawa maksud dia. Nama yang ibu & ayah bagi dekat aku ni sebenarnya dalam maksudnya. I have no idea how could I hate it masa dulu. Haih, kalau boleh jumpa the mini Fatin Hanani, memang aku dah bagi tazkirah dah dekat dia. Haihhhh. Haihhhhhhhhhhh. Beribu-ribu kali keluhan.

I now have no problem at all with my name. In fact, saya sangat-sangat menyukainya. Yelah, kan nama itu identiti, Nama itu kan doa jugak. Orang setiap hari panggil aku 'Fatin', panggil aku 'Hanani'. Setiap hari orang doakan aku. Mana boleh tak suka, kan? Alhamdulillah.


P/s;
1. Usually kalau aku kenalkan diri dekat orang, mesti aku akan bagitau semua orang yang nama aku 'Fatin Hanani Adnan'. Mungkin sebab Fatin Hanani dah terlalu mainstream, jadi I decided to masukkan sekali nama ayah dalam nama aku.

2. Ada sorang kawan aku ni pernah cakap, "Mungkin ada ramai sangat 'Fatin Hanani' dalam dunia ni, mungkin you feel like your name is too common, tapi ingat, there's only one 'Fatin Hanani Adnan' in this world and you know yang that person is you. Fatin Hanani Adnan tu singular, bukan plural."

3. Ceh, aku rasa kawan aku tu saja je cakap macam tu sebab nak membodek.

Labels:


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram