Monday, December 23, 2013
Mati itu pasti


The thought of dying scares me.

Lately, death has crossed my mind many times. Everything started when aku baca kisah Sehidimiz Ahmad Ammar. Ya Allah, words can't describe my feelings. Semua perasaan bercampur aduk. Ada rasa bangga, ada rasa cemburu, ada rasa sedih, ada rasa gembira, ada rasa tersentuh, ada rasa takut. Bangga sebab Allah muliakan hambanya yang satu itu. Cemburu sebab Ahmad Ammar syahid. Sedih sebab rindu dekat dia, walaupun aku tak kenal siapa dia in real life. Tersentuh dengan kisahnya sebab dalam usia 20 tahun, dah macam-macam yang dia kecapi, dah macam-macam yang dia buat. Takut sebab aku tak tahu, macam mana kesudahan aku nanti.

20 tahun, dia pergi dalam usia yang terlampau muda. Tapi dalam umur 20 tahun tu, macam-macam dah dia belajar, dia merantau untuk cari ilmu, dia tolong orang yang memerlukan dekat Syria sana. Aku? 19 tahun umur aku, tapi apa yang aku dah achieve setakat ni? Nothing. Tak ada apa pun pencapaian aku yang boleh aku banggakan setakat ni. Honestly speaking, aku takut nak bayangkan pengakhiran aku nanti. Macam mana agaknya keadaan aku bila Izrail datang untuk ambik nyawa aku nanti? Dapatkah aku jawab bila disoal Munkar Nakir? Tu belum masuk segala seksaan dalam kubur untuk semua dosa yang aku buat atas muka bumi ni lagi. Astagfirullahalazim.

Lepas tu, aku dikejutkan pulak dengan berita yang maklang meninggal. It was after midnight, masa aku dapat phone call from Jaja, informing about maklang's death. Aku lepas tu terus call ibu on the spot.

When I was on the phone with ibu, aku tanya ibu 3 kali soalan yang sama. Maklang mana? Siapa? Ibu Ayie ke? Why? Sebab aku tak boleh nak digest lagi dalam kepala aku yang maklang dah tak ada. Setahu aku, dia tak ada sakit apa-apa and masa kali terakhir aku jumpa dia pun, dia sihat je. Aku rasa aku terkesan dengan pemergian arwah maklang sebab aku quite rapat dengan anak-anak maklang. Cousin favourite sebelah ayah tu. So serba sikit, aku memang rasa kehilangan jugak la. Belum dengar lagi dialog-dialog yang keluar daripada mulut Akim (anak arwah yang bongsu). Aku banyak kali jugak pesan dekat diri sendiri to not cry, jangan menangis, tapi aku tak boleh tahan jugak.

Back to main topic again, semua orang tahu yang mati itu pasti. Semua orang tahu yang kita akan dijemput oleh Allah SWT ke alam kubur nanti. Tapi kenapa kita semua still leka dengan dunia, kejar dunia semata-mata dan lupa dengan akhirat? Semua orang cakap yang kita percaya dengan hari kiamat, percaya dengan hari pembalasan.

Persoalannya sekarang, are we really ready for the Judgement Day? Sejauh mana persediaan kita untuk menghadapi dunia kekal selepas mati nanti?

Labels:


1 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram